Aku masih lagi berada di atas sejadah yang terbentang kemas. Aku memegang tasbih yang dihiasi dengan ukiran kalimah Allah dan juga kekasihnya Saiyidina Muhammad SAW. Kemudian aku berselawat kepada Rasul sebanyak 10 kali.
Aku hanyalah seorang perempuan biasa yang selalu lemah dengan tipu daya dunia. Angan-anganku terlalu tinggi seperti angkasa. Itu yang membuat aku terlalu sukar untuk mengapaikannya. Cita-citaku ingin menjadi seorang perempuan yang luar biasa terlalu tersimpang jauh. Iman dan takwaku masih belum cukup kukuh.
Seandainya diri ini diberikan kesempatan untuk menjadi perempuan yang terulung seperti zaman kegemilangan Islam dahulu sudah pasti daku ingin menjadi seperti Zinnirah, Khaulah Al-Azwar, Nailah Al-Farafishah dan juga Summayah.
Tetapi apakan daya daku hanya seorang gadis biasa yang masih mengejar cinta Ilahi-Rabbku. Aku seorang gadis yang masih leka dengan nikmat dunia.
Aku bukanlah wanita yang sesabar Zinnirah. Gadis yang berani mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang sangat hebat.
Aku bukan juga wanita yang sehebat Khaulah Al-Azwar iaitu seorang pejuang misteri yang begitu handal dengan berbekalkan semangat jihad dan berkeyakinan yang tinggi terhadap Allah SWT.
Aku bukan juga wanita yang Setaat Nailah Al-Farafishah yang menjadi lambang peribadi mulia seorang srikandi islam yang sanggup menggadaikan jiwa raganya demi mempertahankan suami tersayang.
Aku bukan gadis yang Semulia Sumayyah yang berani dan tabah dalam menumpahkan darah demi mempertahankan agama dan kebenaran Islam.
Aku hanyalah wanita biasa dan orang sederhana yang jauh dari kata sempurna. Dan lebih jauh kalah jika dibandingkan dengan wanita-wanita zaman dahulu yang begitu elok rupawannya, begitu anggun kelakuannya serta begitu sempurna menutupi auratnya.
Aku sangat jauh daripada semua itu tetapi biarkanlah aku menjadi diriku sendiri. Aku masih cuba berusaha mengejar cinta Ilahi dan berusaha memperbaiki diri agar menjadi orang yang lebih baik lagi.
Syukur Ilahi-Rabbiku. Akhirnya aku tersedar juga daripada khayalan dunia yang mengasyikkan jiwa. Khayalan dunia yang dipenuhi manusia yang tamak haloba. Manusia yang terkejar-kejar dengan duniawi. Manusia yang rakus meneguk kencing iblis. Manusia yang rakus memakan daging sendiri.
Allahu, manusia akhir zaman kian tenggelam dengan godaan syaitan.
Ya Allah, Engkau jauhkanlah aku daripada bisikan syaitan yang membawa kesesatan kepadaku. Aku tak ingin terkandas di jalan yang Engkau murkai. Peliharalah aku daripada perbuatan yang ditegah oleh agama.
Kemudian aku bersujud syukur. Usai daripada itu aku terus membingkaskan diri. Sejadah kusidai kemas di dalam almari. Lega rasanya apabila dapat meluahkan segalanya kepada Allah.
Tingggggg.
Telefon berbunyi menandakan noflikasi masuk tikala itu. Telekung yang masih tersarung rapi di kepala aku biarkan sahaja. Tangan aku panjangkan untuk menggapai gajetku.
Tertera nama my bestie di skrin telefon. Aku membuka noflikasi whatsapp yang baru tiba itu.
My bestie:
Wei kau kat mane?
Jariku kian rancak menaip papan kekunci telefonku.
Ainur Mardhia:
Kat rumah ni nape?
Terus aku melabuhkan punggung di birai katil. Aku menilik jam sekilas. Tepat pukul 7:25 a.m.
Tinggggg.
YOU ARE READING
TAKDIR TAK SEMPURNA [EDITED]
RomanceAchievement [Probook Award] 2nd🏅[The Queen Of Romance 2020] Kali pertama bertentang mata, Jantung berdetak ikut irama, Aku cuba jatuhkan mata, Supaya lenyap segala-segala. Di ruang sudut yang lain, Bibir mulai mengukir senyuman, Naluri aneh su...