BAB 6 - Berkongsi Rahsia

13.9K 20 0
                                    



Hubungan aku dengan Wani makin akrab, namun ianya tidak kekal lama apabila dia telah diterima pertukarannya atas alasan mengikut suami. Kami kini hanya berhubung menerusi SMS dan kadang-kala bercakap di telefon. Aku juga dapat tahu yang dia sedang hamil, kandungannya mencecah 5 bulan. Setelah bertukar, agak lama juga mereka berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, namun sering gagal. Wani pernah memberitahuku, hal itu terjadi disebabkan dia mengambil suntikan mencegah kehamilan sewaktu berjauhan dengan suaminya dahulu, iaitu sewaktu dia tinggal di rumahku. Kini, mereka sedang menantikan saat indah untuk bergelar ibu ayah.

"Bang" aku mengejutkan lamunan suamiku yang sedang kusyuk menonton TV, filem Kabhi Kushi Kabhi Gham.

"Hmm..." balasnya pendek. "Kenapa sayang?"

"Wani nak datang cuti sekolah ni, dia nak stay sini dua tiga hari. Boleh ke?"

"Hah?" suamiku agak terkejut. "Wani yang sewa sini dulu tu ke?"

Á'aaa... dia la" jawabku mengadap menantikan jawapannya.

"Masih ingat dia lagi kat kitakan?" sambung suamiku. "Dia ada urusan kat sini ke?"

"Takde la, saja dia nak datang. Nak ziarah kita. Sambil-sambil dia nak tanya pasal kandungan, pasal baby, hal orang perempuan la bang" jelasku menjuih sambil ketawa kecil.

"Ye la...ye la" sindirnya. "Abang tau dia tengah pregnant. Ayang ada bagi tau abang hari tu. Abang tak kisah. Boleh je nak datang, lagi pun rumah kita ni kosong. Banyak bilik"

"Thanks abang" sambil memberikan kucupan di pipinya.

***********************

"Jemput masuk Wani" aku mempersilakan Wani sambil mengangkat begnya.

Wani menyambut salamku, dan mengucup pipiku kedua belah lantas memelukku.

"Rindu la kat akak"

"Akak pun" jawabku. "Lama tak tengok Wani, makin berisi nampak, makin menarik. Hehehee"

Kami beriringan masuk ke rumah, melabuhkan punggung ke atas sofa. Aku akui yang tubuh aku agak berisi sedikit, perutku juga agak besar, tetapi sesuai dengan tubuhku yang genit ini.

"Biasalah kak, dah pregnant, badan naik le" jelasnnya. "Mana yang lain kak?"

"Abang Sham ke sekolah, ada aktiviti. Anak akak tengah tido dalam bilik. Kami berdua je ni"

"Takde penyewa baru ke kak?"

"Takde, buat masa ni belum ada yang nak masuk. Akak dengan abang pun tak mencari sangat"

Kami berbual mesra. Banyak isu yang kami sembangkan, bermula dengan suasana tempat baru Wani, kerja, sekolah, suami dan keluarganya. Hinggalah kepada hal-hal kehamilan. Apa yang boleh aku kongsi, pengetahuan yang aku ada sebagai ibu, sebagai nurse, dan apa sahaja yang aku tahu tentang kehamilan, bayi, pantang dan seumpamanya, semua telah aku ceritakan pada Wani. Dia amat berterima kasih kepadaku. Sedar tak sedar, hampir dua jam kami berbual sambil menjamah makanan ringan yang ada. Hari telah mulai petang. Sekejap lagi suamiku akan pulang. Aku meminta izin untuk menyediakan juadah makan malam. Aku menyuruh Wani ke bilik lamanya untuk berehat.

********************

"Wani dah scan ke baby?' Boy ke girl?" tanya suamiku sewaktu kami makan malam bersama.

"Belum bang, Wani tak nak scan lagi. Biarlah dah cukup besar nanti baru scan"

"Betul tu Wani, akak dulu pun tak scan. Masuk bulan ke lapan baru akak scan. Yang penting baby sihat" sambungku.

Rumahku Syurgaku - Siri 2Where stories live. Discover now