Part 3

1.2K 34 0
                                    


Yaya POV

Selepas ditembak oleh Retak'ka,aku terhempas di dinding dan terjatuh ke lantai,aduh!sakitnya!Aku menahan sakit dan cuba melihat apa yang berlaku .Aku melihat Ying & Fang tidak sedarkan diri dan aku melihat pula pada Boboiboy.Eh? Boboiboy dah takde kat tempat dia terhempas?!.Tiba-tiba aku terdengar suara Boboiboy menjerit "Boboiboy Kuasa Lima" dan dia keluar dari bawah Retak'ka.Taufan,Halilintar & Duri membuat serangan kombo yang sangat hebat.Tapi malangnya,serangan kombo tu mudah  dipatahkan oleh Retak'ka.Aku melihat Gempa mengeluarkan golemnya dan Solar menyerang Retak'ka dengan 'Tembakan Solar Gerhana".

Aku melihat segala apa yang berlaku.Serangan dari Boboiboy sangat hebat tapi aku terkejut sebab serangan Solar tu sebenarnya telah menyalurkan kuasa kepada Retak'ka.Selepas Retak'ka berjaya sedut  kuasa Solar dan tiga lagi elemental lain selain Gempa,Blaze & Ice,aku nampak Gopal berjaya menangkap Boboiboy dari terus disedut kuasanya dan mereka memasuki kapal angkasa.Boboiboy terpaksa meninggalkan kami bertiga dan terus ke Planet Quabaq.

Aku memandang Boboiboy dengan pandangan yang sayu.Aku mahu mengikut Boboiboy dan memastikan dia selamat kerana dia sudah kehilangan 4 Kuasa Elemental.Tapi,aku terpaksa melepaskan dia kerana dalam keadaan aku yang sedang sakit dan mungkin juga arahan dari Komander,dia terpaksa pergi ke Planet Quabaq kerana ia merupakan arahan dari Komander Kokoci dan meninggalkan kami dalam keadaan terpaksa.

"Pergi je,Boboiboy!"kata Fang selepas dia sedar dalam keadaan kesakitan.

Retak'ka berjaya menghentikan kapal angkasa dari terus berlepas dengan Kuasa Elemental Balak,tapi mereka masih berjaya 'teleport' ke Planet Quabaq.

Third Person Pov

Selepas Boboiboy berjaya melepaskan diri.

"Hah!Budak tu dah terlepas!"kata Retak'ka dalam keadaan marah.

"Bagaimana sekarang,Tuan Retak'ka?"tanya Gogobi,ketua penggali kristal.

"Dia boleh lari,tapi dia tidak boleh bersembunyi dariku."kata Retak'ka yang bertukar kepada rupa asal dan berjalan ke dalam kapal angkasa penggali kristal.

"Ayuh!Bergerak sekarang Ayu Yu."arah Retak'ka dan Gogobi.

Selepas kapal angkasa Retak'ka dan penggali kristal telah berlepas.

"Bagaimana dengan stesen angkasa ni?"tanya Gogobi.

"Letupkan sahaja."arah Retak'ka.

"Hahaha.Baiklah."kata Gogogbi.

Di Stesen Tapops

Yaya POV

"Macam mana dengan Laksamana?"aku bertanya dalam keadaan kesakitan.

"Semua okey ke?'tanya Ying.

Secara tiba-tiba,Stesen TAPOPS meletup dan kami semua panik,tidak tahu bagaiman untuk menyelamatkan diri.

Tiba-tiba,

"Hiargh!Dinding Tenaga!"

Kapten Kaizo datang menyelamatkan kami bertiga,Komander,Laksamana dan beberapa alien lain yang berdekatan,tapi tak semua berjaya diselamatkan.

Stesen TAPOPS musnah buat kali ke-2 dan kami sempat melarikan diri dengan menaiki kapal baharu Kapten Kaizo sebelum Stesen TAPOPS hancur secara total.

"Lahap!Pasang alat pengesan kat kapal angkasa Retak'ka sekarang!"arah Kapten Kaizo.

"Baik Kapten."kata Lahap dan terus menekan butang untuk mengeluarkan alat pengesan dari badan kapal angkasa dan alat tersebut melekatkan pada kapal Retak'ka dan terus menjadi halimunan.Kami segera meninggalkan tempat itu dalam keadaan kapal angkasa menjadi halimunan.(Author rasalah,ni mesti kuasa dari Stealthbot)

Kami seterusnya dibawa pergi ke sebuah markas dan sekutu kepada TAPOPS,Tempur-A.Kami bertiga diberikan rawatan dengan segera sebaik sahaja tiba di kapal angkasa tersebut.





Boboiboy Movie 2 (Fanfiction)Where stories live. Discover now