Part 16

895 28 0
                                    

Untuk fanfiction ni, author buat setting yang diorang cuti 3 bulan sebelum ambil result SPM.

Yaya POV

Beberapa minggu sudah berlalu selepas kitorang kalahkan Retak'ka. Aku sangat gembira sebab kitorang dapat gajet baharu untuk membatu kitorang lakukan misi. Fang tiada di bumi. Dia ikut Kapten Kaizo untuk jalankan misi dan siasatan di planet yang Retak'ka serang. Ying sedih sebab misi yang Fang dan abangnya jalankan memakan masa yang sangat lama. Tetapi Fang memberitahu Ying yang dia akan kembali selepas misinya selesai. Fang & Ying pun buat 'pinky promise' dengan jari kelingking sebelum Fang berlepas selepas itu.

Pada pagi selepas Fang bertolak menjalankan misi, aku,Ying & Gopal pergi ke Kedai Tok Aba untuk bersarapan. Memang dah jadi kebiasaan kitorang akan jumpa Boboiboy, Ochobot & Tok Aba kat situ. Ying duduk dengan muka monyok dia. Mestu dia rindukan Fang.

Tapi pagi itu, Boboiboy tak ada. Ochobot je yang tolong Tok Aba. Gopal pun tanya Ochobot.

"Ochobot, mana Boboiboy?" Ochobot yang sedang lap meja pandang Gopal dan jawab, "Dia pergi joging lepas solat Subuh tadi."

Kitorang bertiga pun 'oh' je. Lepas 10 minit lepak, aku ternampak Boboiboy datang dalam keadaan berlari dan berhenti di kedai atoknya. Dia aturkan nafas supaya lebih lancar dan bajunya dan basah dengan peluh. Bluetooth earphones yang dia pakai dicabut dan dibiar bergantung di leher dan dia menghentikan stopwatch di tangan kirinya.

Aku pun cepat-cepat sapa Boboiboy. "Eh, hai Boboiboy." Ying dengan Gopal yang perasan Boboiboy datang pun buat benda yang sama. "Hai" Boboiboy duduk di meja yang diorang bertiga duduk. Ochobot datang dan beri minuman kepada Boboiboy. "Terima kasih, Ochobot."

"Wei,awal gila kau lari, Boboiboy." Gopal tanya. "Biasalah, nak jaga kesihatan, kena start awal." Boboiboy pun minum hot chocolate yang Ochobot bagi.

"Korang, cuba teka, apa yang akan jadi lagi 2 hari?" aku cuba ingatkan diorang sesuatu. Diorang berhenti minum dan cuba ingat apa yang ada lagi 2 hari. "Hmm, ada apa?" Gopal cuba dapatkan kepastian.

"Ha, lusa kita akan ambil result SPM la." aku kata dengan gembira

"HA!" diorang semua terkejut beruk, lagi-lagi Gopal. "Ayoyo, macam mana ni. Aku takut gagal, Boboiboy. Huhuhu." Gopal pegang lengan Boboiboy dan goyangkan dia. "Ish, kau ni cuba relax. Aku pun nervous nak ambil keputusan esok." kata Boboiboy cuba lepaskan genggaman Gopal dari lengan dia.

Tok Aba bagitahu Boboiboy dari kaunter. "Ha Boboiboy, esok mak ayah kau datang tau. Diorang nak teman kau ambil result." "Ha?!" Boboiboy tercengang. Aku ketawa tengok reaksi Boboiboy. Kitorang tak pernah tengok muka parent Boboiboy sebab parent dia kerja sebagai Duta,so, mungkin selalu sibuk.

Apa pun aku sentiasa doakan diorang bertiga dapat keputusan SPM yang cemerlang lusa,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
terutama awak Boboiboy.

Boboiboy Movie 2 (Fanfiction)Where stories live. Discover now