Part 13

942 29 1
                                    

Kalau nak best, baca sambil dengar lagu kat atas.

Third Person POV

Matahari nak terbenam menunjukkan waktu dah nak senja. Langit pun dah kemerahan dah. Boboiboy duduk di di hujung tebing untuk enjoy keindahan matahari sebelum tibanya malam. Yaya yang nampak Boboiboy duduk di hujung tebing tu. Mungkin tengah tenangkan fikiran ataupun fikirkan sesuatu.

"Hai Boboiboy."Boboiboy pandang Yaya dan berikan senyuman manis. Yaya pun balas balik senyuman Boboiboy. "Awak buat apa?" Yaya duduk bersimpuh di sebelah Boboiboy. Boboiboy nampak Yaya bawak satu bakul. Mungkin biskut dia. ALAMAK!

"Saja duduk sini. Tempat ni selalu saya lepak dengan Gopal lepas habis latihan dengan Tok Kasa. Penat kot."

"Ye la tu. Awakkan kuat. Latihan Tok Kasa ni takde hal bagi awak." Yaya ketawa kecil. "Eleh, awak baru kejap buat latihan Tok Kasa, kitorang berdua buat sepanjang korang tak ada dengan kitorang tau." Yaya, Ying & Fang tak bersama Boboiboy & Gopal selama hampir seminggu.

"Tak apa, sekarang kita dah bersamakan?" Yaya tersedar dengan apa yang dia cakap. Dia harap Boboiboy faham apa yang dia maksudkan. "Apa maksud awak kita dah bersama?" Boboiboy pandang Yaya dan buat muka smirk. Muka Yaya dah merah dah tu. "Eh, maksudnya kita semua awak, saya, Gopal, Ying & Fang."Yaya cakap dalam keadaan cemas. Boboiboy angguk & ber'oh' je.

"Yaya, terima kasih sebab banyak tolong saya. Awak tahu, saya banyak berhutang dengan awak."kata-kata Boboiboy buat Yaya termenung kat muka dia. "Tak ada lah. Saya yang banyak berhutang dengab awak. Awak tahu masa first time awak dapat kuasa, awak dah lindungi kitorang semua. Jadi saya yang banyak berhutang dengan awak. Saya cuma langsaikan je."

"Ha Boboiboy, mesti awak laparkan? Nah saya ada buat biskut. Nak rasa?" Yaya hulur bakul yang berisi biskut. "Hmm, biskut apa ni?" "Oh, ni biskut perisa caramel. Mesti awak sukakan?" Boboiboy mulanya cuba untuk tolak tapi ada dua sebab dia ambik biskut tu. First, tu flavour kegemaran dia. Second, Yaya buat muka comel. Dia pun ambik je biskut tu. "Hmm, ok lah bagi saya rasa dulu. Ngap."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Boboiboy pun makan biskut tu dan dia terhenti. Yaya yang perasan rasa serba salah pulak. "Hmm, Boboiboy, awak ok tak?" Dia takut biskut dia akan buat Boboiboy pengsan. "Se.. ssdapnya biskut ni." kata Boboiboy keriangan. Yaya yang dengar pula lega sebab biskut yang dia buat menjadi. "Ha, ni resepi baru saya tau. Saya cuba check balik pastu tengok banyak yang silap so, saya pun baiki balik resepi lama tu. Awak orang pertama yang cuba resepi ni.

"Wuh, best gila dapat jadi orang first rasa." Boboiboy pun terus kunyah biskut yang lain. "Awak tahu tak Boboiboy, awaklah orang paling jujur yang saya kenal." Boboiboy pandang Yaya dan angkat sebelah kening dia. "Maksud awak?" "Masa awak sampai Pulau Rintis dulu dan makan biskut saya, saya tahu yang awak nak cakap biskut saya tak sedap tapi diorang bertiga asyik halang je. So saya kira awak ni jujur lah." "Macam tu pulak. Ha Yaya nak lagi?" "Nah makan lah."

Boboiboy makan biskut tu dengan agak gelojoh. Yaya ketawa kecil tengok kerenah Boboiboy macam anak kecil. Pastu Yaya mengeluh berat. Boboiboy yang perasan pun tanya Yaya. "Awak ada masalah ke, Yaya?" "Hmm, bukan masalah tapi risau." " Risau? Apasal apa?" Boboiboy tak faham apa yang Yaya cuba sampaikan. Yaya cuma mengeluh je. Mungkin ada benda yang serabut kat otak dia. Boboiboy tak nak kacau apa yang dia tengah fikir. Dia pun menghadap ke arah matahri sambil makan biskut.

"Cantikkan matahari petang ni." Boboiboy memecahkan kesunyian. "Biasanya, saya akan tengok matahari senja kat tingkap bilik. Tapi tengok kat atas tebing dengan hutan sekeliling, macam kat syurga pula.", Boboiboy tersenyum. Mungkin dia cuba untuk beri ketenangan kepada Yaya dengan melihat alam semula jadi ni. Yaya sangat menjaga kebersihan alam sekitar.

Mereka berdua hanya senyap sambil tengok matahari yang hampir terbenam. Boboiboy masih makan biskut yang Yaya buat & biskut tu hampir habis.

"Amboi, banyak makan nampak. Sedap sangat la tu." Boboiboy yang perasan berhenti makan. "Memanglah. Sedap kot biskut ni. Lagi-lagi bila awak yang buat." Boboiboy cakap sambil sumbat biskut Yaya kat mulut dia.

Mereka berdua pun senyap semula. Yaya hanya jeling kat Boboiboy dan tersenyum kecil.

" Hmm, Boboiboy, boleh tak saya nak cakap something?" Boboiboy pandang Yaya dan hanya mengangguk sebab mulut dia penuh dengan biskut.

"Awak tahu, saya selalu nak jadi hebat macam awak. Ada kekuatan macam awak. Awak selalu lindungi kitorang walaupun awak dalam kesusahan. Tapi-" Yaya cuba kumpul kekuatan untuk luahkan juga- "saya juga risaukan awak. Kalau lindungi orang tu adalah kekuatan awak, saya risau lindungi oramg juga boleh jadi kelemahan awak. Boboiboy, saya tak nak tengok awak menderita lagi. Cukuplah awak dah banyak kali hampir mati hanya nak lindungi kitorang." air mata Yaya dah mengalir. "Saya cuba nak bantu awak masa awak dalam kesusahan tapi saya tak mampu." tangisan Yaya makin lebat dan dah basahi pipi dia.

Boboiboy gunakan kuasa Taufan untuk hilangkan air mata Yaya. "Terima kasih Yaya. Awak tahu, saya pun selalu fikir macam tu. Tapi saya tak sangka yang saya akan dengar dari seseorang yang sangat berharga dalam hidup saya."

Yaya mahu luahkan apa yang terpendam di hati dia. Bagi dia, waktu ni adalah waktu yang sangat sesuai untuk dia luahkan kat Boboiboy. "Boboiboy-"

"Awak jugalah rakan seperjuangan saya yang paling berharga bagi saya. Kalau saya kehilangan awak, tak tahulah macam mana hidup saya nanti." Yaya terdiam dengan apa yang Boboiboy cakap. Mungkin Boboiboy juga ada perasaan kat dia. Cuma dia tak luahkan lagi.

"Alah, biskut dah habis." Boboiboy mencebik mulut dia. Yaya ketawa kecil sebab muka Boboiboy comel bila merajuk. "Muka awak comellah bila merajuk." Yaya tersedar dengan apa yang dia cakap. Mungkin suara dia tak kuat sangat. Dia harap Boboiboy tak dengar. "Hmm, apa awak cakap tadi?" "Eh, tak ada apa-apa." muka Yaya merah semerahnya.

Yaya cuba kumpul kekuatan. Dia cuba untuk luahkan perasaan dia pada Boboiboy. Dia tundukan kepala dia dan agak resah kalau luahannya ditolak. "Hmm, Boboiboy. Boleh tak saya nak cakap sesuatu lagi?"

"Hmm, apa dia?" Boboiboy pandang muka Yaya pada matanya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Saya cintakan awak." kata Yaya dalam hati.

Boboiboy Movie 2 (Fanfiction)Where stories live. Discover now