Episode 1 : Pembulian

2.2K 143 33
                                    

5 tahun telah berlalu. Khairul membesar tanpa ibu. Khairul, atau nama manjanya, Boboiboy, sedikit tersisih dari dunia luar. Semua pelajar di tadika langsung tidak mahu berkawan dengannya. Hanya dengan alasan yang dia itu anak yatim. Mereka semua akan mengejek Boboiboy setiap hari. Ia mempengaruhi kesihatan mentalnya. Tapi, dia berpura pura tidak peduli dengan apa yang mereka katakan. Dia mahu kelihatan kuat di mata ayahnya. Dia tak mahu ayahnya risaukannya. Ayahnya tidak tahu yang Boboiboy dibuli di sekolah. Jadi Boboiboy menyembunyikan perkara itu selama yang boleh. Tapi hari ini, dia sudah tak dapat sembunyikannya lagi. Boboiboy pulang ke rumah dengan baju kotor seperti di baling dengan sampah. Muka nya juga ada sedikit luka.

Amato : Ya ampun! Boboiboy, apa yang dah jadi ni?!

Amato berlari ke arah Boboiboy dan melihat hampir satu badannya luka.

Boboiboy : Tak ada apa ayah. Boboiboy terjatuh je tadi.

Boboiboy mengukir senyuman palsu untuk menyembunyikan rasa sakitnya itu. Tapi itu tidak membantu. Amato tahu yang Boboiboy menipu.

Amato : Kamu tak perlu menipu Boboiboy. Ayah tahu kamu tipu.

Satu mutiara jernih muncul di mata Boboiboy. Dia dah tak boleh menyembunyikannya lagi. Dia menceritakan semuanya. Dari mula dia masuk sekolah. Ejek ejekan yang mereka bagi kepada dirinya. Dibuli setiap hari. Dan hari ini, di tuang dengan sampah dan ditolak masuk dalam longkang. Boboiboy memeluk ayahnya erat sambil menangis teresak esak.

Amato tak percaya apa yang didengarinya. Dia tak percaya yang budak tadika dah pandai membuli budak lain. Boboiboy disekolahkan di tadika anak anak orang kaya. Jadi itu semua tidak mustahil terjadi kepada anak anak manja. Mereka semua membuli pada usia yang muda itu. Amato sangat marah.

Amato : Kenapa Boboiboy tak bagi tahu yang Boboiboy dibuli?
Boboiboy : B-Boboiboy takut ayah marah p-pada Boboiboy..... Boboiboy cuma n-nak tunjuk y-yang Boboiboy ni kuat...... Maafkan Boboiboy ayah.....

Amato melihat Boboiboy dengan sayu. Budak ini sangat kuat.
























Sama seperti ibunya.......




























Tangan Amato mengusap lembut pipi Boboiboy. Boboiboy sedikit terkejut dengan reaksi ayahnya. Boboiboy melihat muka ayahnya.

Amato : Ayah tak marahkan Boboiboy. Ayah marah pada anak anak manja tu. Kalau Boboiboy dibuli, Boboiboy kena bagitahu ayah tau. Janji?
Boboiboy : .........janji.

Jari kelingking mereka ber dua bersatu.

Amato : Boboiboy pergi mandi. Nanti ayah ubatkan luka Boboiboy, ok?
Boboiboy : Baik, ayah.

Keesokkan harinya, Amato pergi ke pejabat sekolah bersama dengan Boboiboy.

Guru Besar : Ah! Encik Amato. Kenapa encik datang ke sini?
Amato : Saya nak bagi tahu yang Khairul dibuli oleh budak budak nakal di tadika ni. Bukan setakat buli biasa. Tapi kali ni dah serius. Mereka menuang sampah ke atas Khairul dan menolaknya masuk kedalam longkang. Semasa Khairul pulang ke rumah semalam, badannya dipenuhi luka luka.

Mata Guru Besar terbeliak besar apabila mendengar kata kata Amato.

Guru Besar : Ya ampun! Khairul, betul ke? Siapa yang buli Khairul?

Khairul menatap muka Guru besar dengan mukanya dipenuhi pembalut luka.

Boboiboy : Ya, Guru Besar. Adudu, Fang dan Ejojo membuli saya sejak awal tahun dulu.

Muka Guru Besar memerah bercampur marah dan terkejut. Mereka bertiga itu adalah pelajar terbaik di tadika itu. Dia tak sangka yang mereka bertiga membuli budak lain pada usia semuda itu.

Guru Besar : Terima kasih dah bagi tahu perkara ini pada saya. Saya akan pastikan yang ibu bapa mereka mengetahui perkara ini. Kalian sudah boleh pulang.
Amato : Terima kasih, cikgu. Boboiboy, jom balik.
Boboiboy : Baik ayah.

Mereka pun pulang ke rumah mereka. Keesokkan harinya, seperti yang dijanjikan guru besar, ibu bapa Adudu, Fang dan Ejojo sudah mendapat tahu tentang semua itu. Mereka sangat marah. Mereka menghukum mereka bertiga.

Ibu Fang : Terima kasih dah bagi tahu hal ini pada kami, cikgu. Kami akan pastikan yang mereka belajar dari kesilapan mereka.
Guru Besar : Sama sama, puan.














600 perkataan

Geee! 😁 Dah siap! Memang episode ni tak masuk tajuk cerita ini lagi. Pada episode akan datang, baru cerita sebenar akan diceritakan. Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Prototaip ( Boboiboy AU) (Complete) Where stories live. Discover now