Prolog

7.4K 305 27
                                    

"INI adalah sebuah kisah tentang sekuntum bunga yang diberi nama Dahlia. Dahlia sangat sayang akan dirinya. Dahulu, dia pernah jatuh. Dia cuba bangkit, tetapi dia tak mampu. Dan, dia tak berputus asa. You know what, she used to be the real Dahlia."

"Then, what happened to the old Dahlia?"

"Dia dah lama mati. Namun, dia hidup semula kerana dia tumbuh dengan jiwa yang baru. Azamnya tinggi, yang dia tak akan jatuh kembali. Kerana dia tahu, jikalau kelopaknya jatuh, mungkin tiada seorang pun yang akan cuba kutip. Membiarkan jiwa dan kelopaknya terbang ditiup angin semilir lalu."

"Sedihnya... Delisha sayang Dahlia. Delisha tak nak Dahlia mati," ujar Delisha sayu sambil tangan menggoncang-goncang tangan ibunya. Si ibu hanya menggelengkan kepala. Delisha merupakan seorang kanak-kanak yang sentiasa dibaluti dengan emosi. Sampai suatu masa, dia merasakan emosi Delisha boleh membunuh orang di sekelilingnya.

"Delisha sayang..." Ibu memanggil Delisha bersama satu senyuman manis. Matanya yang terkelip-kelip itu merenung lembut pada tampang wajah si anak.

"She is bold and she would never giving up on her life. Delisha tahu tak, Dahlia itu... sangat bererti. Dahlia... ianya terlalu berharga kepada manusia yang tahu menghargai setiap kelopak bunganya."

"Dia sangat cantik. Dia juga ayu. Warnanya mengasyikkan pada setiap mata yang memandang. Dia terpelihara, tapi dia seringkali didusta." Ibu mendakap Delisha dari sisi sambil menceritakan rentetan kisah yang suka anaknya itu dengari.

Delisha, dia suka akan bunga. Lebih-lebih lagi kepada Dahlia.

Tetapi, Delisha tidak tahu bahawa bunga juga berbahaya. Walaupun dahlia mungkin tidak beracun, tetapi Dahlia yang ini boleh disamakan dengan Autumn Crocus walaupun tidak secara fizikalnya.

Dia boleh keluarkan racun kalau dia mahu.

Dia juga boleh mempertahankan dirinya sendiri jika dia dalam keadaan yang bahaya.

"Ibu, Delisha akan sentiasa sayangkan Dahlia." Ringkas ujaran Delisha. Senyuman ceria masih kekal meraut wajah putih kemerahan itu. Ibunya sendiri tidak mengerti kenapa Delisha terlalu suka akan bunga dahlia, dan mungkin juga pada sang gadis yang mempunyai nama indah seperti Dahlia.

Dahlia, bunga yang jatuh.

Dahlia, bunga yang cuba bangkit.

Dalam diam, ibu Delisha mengukir senyuman nipis bersama tangannya yang mengusap-ngusap rambut Delisha dengan penuh rasa sayang. Andai sahaja mereka tahu dan mengerti bahawa cebisan memori yang ada tidak akan selalu terlihat indah.

The Fallen Dahlia [COMPLETED]Where stories live. Discover now