TFD 20 | Sesuatu Dalam Hati

1.1K 65 11
                                    

PANDANGAN mata mereka berdua bersabung dengan lama bagaikan detik waktu terhenti seketika. Hanya mata berbicara melalui hati. Hanya hati cuba mentafsir masuk ke ruangan minda. Sehinggalah Ardella sendiri yang kalah dengan renungan Irfan tanpa kelipan itu. Tangan yang diletak atas meja semerta dia jatuhkan ke peha.

"Awak cakap apa ni?"

"Jadikan saya sesuatu dalam hati awak," kata Irfan senafas, terus membuatkan mata Ardella kembali terpaku pada Irfan.

"Sesuatu? Okey, awak macam abang saya..."

"No!"

"Habis tu? Bukan ke saya anggap awak macam abang saya tu dah something?" Apa pula Irfan nak mengarut petang-petang begini? Sudahlah muka Irfan serius benar bagaikan ada benda penting yang ditelan masuk ke dalam hati, tapi masih ragu untuk diluahkan.

"Ardella..." Seketika, rambut Irfan diraup ke atas sebelum tangannya kembali diletak di atas meja.

"Kenapa? Awak ni peliklah hari ni." Ardella melepaskan tawa kecil tetapi dia sendiri rasa terlalu plastik. Mungkin kerana hatinya dapat mengagak apa yang bakal Irfan katakan nanti, walaupun dia sendiri tidak berapa pasti.

"I'm talking serious, Ardella. Saya nak awak jadi seseorang yang boleh isi ruangan hati saya ni. Sebab dah lama saya sukakan awak." Selesai berkata, Irfan terus meletakkan cawan kaca yang berisi mousse au chocolat di atas meja. Dia tolak cawan itu betul-betul berhadapan dengan Ardella.

Ardella memandang sekilas manisan itu, dengan hati yang sedikit sebu.

"Will you take my heart and keep it as an unforgettable memories?" Kemudian, mata Irfan beralih semula pada Ardella yang cuma berdiam tanpa sebarang kata. Dilihatnya, wajah Ardella berkerut seketika sebelum sebuah keluhan pendek terbit dari bibirnya.

"Irfan... saya tak ada masa nak tengok awak main-main! Serius, tolong jangan jadi pelik."

"Bila masa saya main-main, Ardella? Saya cakap benda betul. Saya sukakan awak, or I would rather say that, I love you so much."

Serentak dengan itu, jantung Ardella bagaikan jatuh dihempap batu besar. Sungguh, dia tak pernah mengharapkan Irfan berkata seperti ini. Jauh sekali untuk mengungkap kata cinta. Irfan tidak boleh meletak sebarang rasa terhadap dirinya, kerana sekeping hati kecil Ardella juga tiada rasa buat Irfan.

Tak pernah wujud.

"Kenapa diam? Saya perlukan jawapan." Irfan sungguh mengharap jawapan Ardella nanti bakal memuaskan hatinya.

"Saya tak ada jawapan." Wajah Irfan tidak dipandang, sebaliknya Ardella mengalihkan matanya ke sekeliling ruangan kafe ini. Mujur sahaja Irfan pilih tempat duduk yang tersorok dari mata orang. Tapi, tetap juga ada beberapa pasang mata yang melihat mereka. Ardella yakin akan perkara itu.

"Ardella, susah sangat ke nak jawab?"

"Then, what do you expect me to say? I love you to the moon and back? Macam tu?" sindir Ardella selamba. Sakit juga hati dia kalau Irfan selalu menggunakan sesuatu untuk mendesak dirinya untuk bercakap.

"Boleh jugak!" Irfan sengih nakal.

"Orang lelaki, pandai bermanis mulut. Jadi, saya takkan cair dengan ayat awak tu." Ardella jadi sebal dengan tingkah Irfan.

"Lagipun..."

"Lagipun?" Irfan tidak menunggu, terus mengutarakan sambungan ayat Ardella.

"Lagipun awak tak patut simpan perasaan dekat saya. Well, that's cliche right? Tapi, saya tak nak awak letak sebarang harapan, sebab saya tak pernah mengharap awak untuk berharap lebih."

The Fallen Dahlia [COMPLETED]Where stories live. Discover now