TFD 1 | It's not a good day

4.9K 209 34
                                    

"RIN, penatlah!"

Sebuah keluhan berat terlepas dari bibir nipisnya sambil kedua belah tangan setia menopang lutut bersama badan yang sedikit membongkok. Semput nafasnya akibat terlalu banyak berlari. Ini semua disebabkan oleh gadis yang bernama Sarina. Semalam, beria-ria minah itu mengajak dia bersenam di Taman Desa ini. Katanya kerana terlalu banyak makan fast food, padahal Ardella bukan makan sangat pun makanan segera itu!

Sarina seharusnya rasa bersyukur kerana Ardella sudah tolong temankan. Kalau tak ada Ardella, mahunya Sarina kena libas dengan 'ulat bulu' mana yang sibuk datang menyendeng.

"Alah, chill la Della. Sukan ni bagus tahu? Banyak kelebihan bersukan contohnya..." Tidak sempat Sarina menyambung, Ardella pantas memotong laju. Bayangkan, selepas ini akan banyak butiran air liur akan menjamah wajahnya. Itu belum lagi dengan topik-topik hangat yang selalu Sarina bangkitkan.

"Jangan mulakan!" larang Ardella. Sudah tahu sangat perangai Sarina macam mana. Dia nak berfalsafah la tu. Taubat telinga Ardella mendengar! Jadi, lebih bagus dia tukar topik lain.

"Jadi nak mula dari mana?" Sarina menyengih, saja ingin mengusik Ardella. Kawannya yang satu tu memang tak suka dengar dia membebel.

Ardella menghantar tumbukan ke bahu Sarina sehingga menyebabkan gadis itu mengaduh sakit. Sarina mencebik lalu menggosok-gosok bahunya yang ditumbuk Ardella tadi dengan berbakul perasaan sebal.

"Sakitlah! Tumbukan kau ni boleh tahan padu jugak..." komen Sarina. Dia sudah melabuhkan punggung di bangku kayu di taman itu. Diikuti pula oleh Ardella yang duduk bertentangan dengannya.

Plastik yang berisi dua tin air 100Plus dikeluarkan oleh Sarina. Dia menghulurkan setin air isotonik itu kepada Ardella yang sudah menguap. Kesejukan dan buaian lembut angin pagi datang menampar wajah mereka. Terasa suasana seperti ini lebih tenang daripada sebelumnya.

"Sejuknya..." desis Ardella sendiri kemudian tangannya lincah membuka tin air lalu diteguknya rakus kerana kehausan itu membuatkan dia terasa ada sesuatu yang menghalangnya untuk menelan air liur. Kesat.

Sarina menggeleng melihat perangai kurang semenggah Ardella. Ingin sahaja dia keluarkan hujahnya tapi nanti Ardella tinggalkan dia pula. Tak pasal-pasal balik jalan kaki.

"Rin, ada kau dengar tak kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ni?" Ardella membuka cerita sekaligus membuatkan bulu roma Sarina merinding. Seriau dia tentang kes itu. Dengarnya, mangsa disiat-siat dengan pisau tajam dan digunting isi kulitnya. Paling teruk, selepas diambil semua organ itu, mangsa diletakkan di dalam plastik atau bagasi kemudian dibakar ke dalam api yang menyala marak.

Minta dijauhkanlah semua itu kepada mereka. Seram sungguh isu seperti ini. Semoga tak ada lagi yang menjadi mangsa.

"Ngeri!" Sarina menggelengkan kepalanya, cuba mengusir bayangan kejam itu dari kotak mindanya.

"Tapi, kenapa eh dia orang nak sangat buat kerja kejam macam tu? Apa matlamat diorang sebenarnya?" tanya Ardella tiba-tiba dan langsung membuatkan kening Sarina ternaik ke atas.

"Apa kau merepek ni, Della? Matlamat? Huh, orang kejam yang tak berhati perut takkan ada matlamat untuk buat benda macam tu." Sarina menggerutu marah. Orang seperti itu tidak layak untuk hidup!

Ardella cuma mengiakan sahaja. Bila sudah panjang topik perbualan ini, dia hentikan dengan topik lain pula. Namun belum sempat dia membuka mulut, ada seseorang yang secara tiba-tiba terlanggar badan Ardella yang sedang duduk membuatkan dia memusingkan badannya ke belakang.

"Adik okey?" soal Ardella risau. Dipegang dan dibelek-belek badan kanak-kanak itu dengan riak wajah yang sedikit cuak. Lagi gelabah Ardella apabila panahan matanya bertemu dengan panahan mata helang yang sangat tajam milik wanita berusia yang sedang memegang bahu kanak-kanak itu.

The Fallen Dahlia [COMPLETED]Where stories live. Discover now