My Heart ( Hatiku) 11 (edited)

946 50 0
                                    

Sefarina datang ke tempat yang dijanjikan; sebuah gudang lama. Tepat pada masanya, seperti yang dikehendaki oleh si pemanggil. Dia memandang Ary yang kelihatan serius.

" Fight me."

Ary mencampak kayu besbol dan pisau ke depan Sefarina.

" Protect yourself."kata Ary memberi arahan.

" Kenapa?"

Soal Sefarina sambil memerhatikan Ary  yang sedang menyarung sarung tangan hitam.

" I'm going to kill you." jawab Ary. Nada suara itu dan renungannya bukan satu gurauan.

Di tempat sunyi dan terpencil ini, logiknya, tiada sesiapa pun dapat membantu sekiranya berlaku apa-apa kepada Sefarina. Sebab itu Ary memilih pertemuan mereka di tempat ini.

Sefarina berganjak ke belakang, terfikir untuk melarikan diri. Tetapi niat itu  terbantut.

Saat ini, walaupun Ary sedang mengancam dirinya, entah kenapa dia tidak rasa seperti itu.
Mungkin...

"Kenapa?" tanya Sefarina lagi.

" Aku mendekati kau sebab diarahkan oleh somene yang berdendam dengan bapa kau. Aku permainkan kepercayaan kau dan perasaan kau. " jelas Ary.

" This was a stupid game. I will end this all, and put it to the right way." sambung Ary lagi.

Arahan dari tuannya terngiang-ngiang di fikirannya.

" Nanti! Biar saya yang lakukannya!" teriak Gale.

"Saya akan lakukan, apa pun, segalanya!" rayu Gale. "Trust me.."

Tuannya diam seraya berfikir. Kemudian dia menepuk-nepuk bahu Gale.

" Baik. Aku percayakan kan kau tetapi ingat Gale, jika kau gagal, nyawa kau jadi galang gantinya."

Ary memandang Sefarina yang tidak cuba melarikan diri darinya. Sefarina bukannya seperti gadis biasa. dia kuat dan cekal. Dia akan berdepan dengan konflik bukannya melarikan diri.

Namun dalam ketegasannya, dia jua penuh kelembutan. Senyum dan tawanya mententeramkan perasaan Ary. Hubungan yang terjalin antara mereka adalah singkat tetapi Ary dapat lihat segalanya tentang Sefarina.

Keistimewaan itulah memikat hatinya dan membuatkan dia mempersoalkan jalan hidupnya ini.

" tapi ingat Gale, jika kau gagal, nyawa kau jadi galang gantinya."

Ary tarik nafas sedalam-dalamnya, cuba membuangkan rasa serba-salah di hatinya. Nyawanya sedang dijadikan pertaruhan.

" Pertahankan diri kau jika ingin hidup." kata Ary sambil mengeluarkan pisau dari koceknya.

"Bukan...bukan penjelasan itu yang aku nak tahu..." kata Sefarina tiba-tiba.

Ary memandang kehairanan.

" I'm going to kill you. That words,
kata-kata itu , kenapa kau ucapkan dengan renungan mata yang sayu?" tanya Sefarina lagi.

Ary tersentak.

" did you just pity me? Or..." Belum sempat Sefarina menghabiskan ayatnya, Ary meluru ke arahnya dengan mata pisau dihala kepadanya.

Sefarina tahu bilah pisau yang tajam itu akan menghiris lehernya.

" Maafkan aku.." ucap Ary.

Sefarina memejamkan matanya.

Ting!
Pisau jatuh ke lantai dan tubuhnya didakap Ary erat-erat. Sefarina membuka matanya.

" Ingat tak saya beritahu bila seseorang jatuh cinta, hatinya akan berdegup tidak keruan?" kata Ary perlahan.

Sefarina mengangguk.

" Malam itu, saya dengar degupan hati ini sendiri." kata Ary sambil meleraikan pelukannya. Wajah Sefarina ditenungnya.

"Hati ini berdegup tidak keruan disebabkan awak."
Sefarina tergamam. Did Ary just confess?

Ary tiba-tiba mengeluh kuat, sepertinya lega dapat meluahkan rasa yang terbuku di hatinya.

"Disebabkan hati ini, you will be the death of me, Sefarina. Gila betul!"  rungut Ary.

Sefarina berkerut. Apa maksud Ary?

Ary kenyit mata sambil tersenyum manis. Dia mengambil kayu besbol yang tidak terusik. Pistol dan pisau juga diselit ke pinggangnya.

" Saya cintakan awak, Sefarina." ucapnya lalu meninggalkan Sefarina sendirian.

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.
Adora CafeOù les histoires vivent. Découvrez maintenant