Cendana 6

832 42 0
                                    

Zarif terasa yang sejak-sejak akhir ini suasana Kafe Adora tenang dan aman damai. Sebelum ini dia anggap yang lepas kejadian Fai dan Dana tempoh hari , satu 'perang' akan meletus antara mereka dan Kafe Adora akan jadi medannya, tetapi masih belum ada tanda-tanda ribut akan melanda.  Gundah gulana pula hati Zarif  ini. Inikah dikatakan suasana tenang sebelum ribut taufan halilintar?? !! Dia harus berwaspada. =;=;;

Zarif perhatikan Fai yang sedang bergurau senda dengan dua orang customer perempuan. Fai yang periang dan ringan mulut itu, memang selalu dilihatnya  mudah bergaul mesra dengan sesiapapun, terutama golongan perempuan. Senyuman dia yang manis dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipi, mata yang sentiasa riang dan ceria, paras rupanya yang kacak, tinggi dan dengan personalitinya, Boleh dikatakan lengkap segala pakej.. Sebabkan itu, Zarif tidak teragak-agak untuk mengambilnya bekerja. Zarif masih ingat 2 tahun lalu, dia baru sahaja buka Kafe Adora dan masih tercari-cari konsep untuk Kafe ini dan pekerja. Hari itu Fai tiba-tiba muncul di depan Kafe Adora, meninjau-ninjau dan bila ditegurnya.

“ Bang, betul ke abang provide tempat tinggal jika bekerja di sini?” tanyanya ceria. 

 Imej hari itu takkan Zarif lupakan sampai bila-bila. Fai yang berdiri di depannya, dengan tshirt kusam dan jeans yang koyak, bersama satu beg kecil digalas di bahu, rambut yang sedikit kusut, namun yang menariknya, Zarif lihat senyuman Fai terukir di wajah tanpa sebarang kekusutan. dan pandangan matanya begitu bersemangat tanpa terikat dengan kesusahannya. Zarif terus terpaut dengan personaliti Fai, dan hari itu dia yakin dia takkan salah memilih konsep Kafe Adora. Fai adalah pekerja pertamanya, dia rajin dan bersemangat, serta ceria. customer sangat suka dengan kehadiran Fai .Kemudian Im dan Ary melengkapkan segalanya. Kafe Adora terus memanjat populariti. Kafe yang diterajui oleh lelaki yang kacak-kacak dan mesra, serta desert yang unik cantik dan sedap.

Fai menghampirinya selepas habis berborak. Kotak kek di atas meja kaunter diambilnya.

“ Deliver ke mana ni boss?” Zarif terganggu lamunannya.

“ Alamat ini.." Zarif hulurkan kertas pada Fai.

" Hati-hati ok, sekarang musim hujan.”  Pesan Zarif sebelum Fai keluar.  

 Kadang-kadang Kafe Adora menerima tempahan untuk dihantar ke rumah pelanggan.  Fai dan Ary bergilir-gilir menjadi delivery boy itu.

'''''''''''''

 Sebaik sahaja Fai hantar order dan keluar dari apartment  5 tingkat itu, dia rasa tak sedap hati. Handphone dikeluarkan dari kocek seluar tetapi tiada message yang mencurigakan. 

“ Mungkin perasaan sahaja.” Bisik hati kecilnya. 

Fai mengatur jalan untuk pulang ke Kafe Adora tapi belum sempat dia jalan jauh, dia terlihat kelibat dua lelaki berpakaian serba hitam, bercermin mata, sedang meninjau-ninjau dan mencari-cari, dari jalan utama. Jalan yang dia perlu lalui untuk pulang ke Kafe Adora. Pantas, Fai melencong ke lorong yang lain. Lorong kecil dan jalan rahsia yang hanya dia seorang tahu. Walaupun ia jauh, kurang orang dan makan masa untuk sampai ke kafe, tapi ini lebih baik dari dia menghadap mereka dan terlibat dalam adegan kejar mengejar, lagi sekali. Tapi di situ, dia terserempak dengan Dana yang senyap-senyap mengekorinya, tanpa dia sedari.

“ Ingat I lagi?”  Dana menghalang jalan Fai.

“ Emm... this is bad...” Wajah Fai jadi risau. 

“ Why.?. are you so afraid to face me?’

“ Seriously... this is so.. bad..”

Adora CafeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang