Bab 1~Reality Hidup

518 60 10
                                    

"Bangun budak tak guna!" Aroan mengetuk keras pintu bilikku. Dia merupakan abangku tapi cara dia melayan ku seperti aku bukan adik kandungnya

"Aku bangun laa ni!" Aku menengking agar dia tahu aku sudah bangun. Aku tidak mahu dia memekak seperti orang gila lagi

"Turun cepat kalau tak aku habiskan bahagian kau" Aroan ketawa. Dalam banyak-banyak manusia kenapa lah harus dia menjadi darah daging ku?!

Aku bangun dan segera menuju tingkap. "Satu lagi hari yang tidak bermakna" Aku tersenyum hambar. Namaku Amy Lana dan merupakan anak ke dua dari tiga orang adik beradik. Aoran, aku dan adik kecil ku Alvin.

Aku kemudian mengemas bilik ku sebelum membersihkan diri. Tidak lama untuk membersihkan bilik ku yang kecil ini. Aoran mendapat bilik yang besar dari aku hanya kerana dia harus mendapat keselesaan, dia merupakan atlet kebangsaan negara dalam seni mempertahankan diri taekwondo. Pada mulanya aku juga mendapatkan bilik yang besar, tapi sejak Alvin lahir aku harus berpindah ke bilik yang kecil hanya kerana Alvin memerlukan bilik yang besar untuk bermain

Aku mengambil masa beberapa minit untuk bersiap sedia ke sekolah dan kemudian aku turun ke tingkat bawah untuk bersarapan

"Selamat pagi semua" Aku berkata tapi seperti biasa tiada sahutan. Ayah sibuk berbual dengan rakan sekerjanya di dalam telefon, mak sibuk mengurus Alvin dan Aoran, huh... Dia takkan peduli aku

"AORAN!" Aku menengking tatkala melihat pinggan ku yang sepatutnya berisi dua keping roti bakar telah hilang "KAU AMBIL MAKANAN AKU KAN?!"

"Kau lambat. Aku dah beri amaran kan?" Aoran memakan roti ku tanpa perasaan bersalah dan tersenyum

"Mak... Aoran makan sarapan aku" Aku mengadu

"Ish kamu ni. Abang kamu tu perlukan tenaga untuk sesi latihan hari ni... Roti ada kat dapur kamu pergi buat roti bakar kamu sendiri" Mak berkata. Dia tidak memandangku kerana sibuk membetulkan baju Alvin

"Aku sudah agak dia akan kata macam tu" Aku berdiri dan mengambil bag sekolah ku. Aku sudah hilang selera dan segera mendapatkan basikal untuk ke sekolah

Aku lebih memilih membawa basikal untuk ke sekolah kerana kalau aku mengikut ayah, dia hanya akan memarahiku kerana membuat dia lambat. Dia selalu menghantar Aoran ke tempat latihan tapi kenapa dia langsung tidak memarahi lelaki itu?!

Jadi basikal lebih baik... Tiada leteran, tiada Aoran, dan paling bagus, aku dapat bersenam dan menghirup udara yang segar

"WOIII!" Tiga orang gadis perempuan menghalang laluanku. Sorry aku lupa bagi tau... Ini lah kelemahan kalau aku naik basikal. Ada saja geng perempuan gediksssss ni nak mengacau

"Apa lagi?!" Aku mengeluh. Aku sedikit berkeringat kerana takut. Apa pulak diorang nak dari aku kali ini. Kelmarin mereka menuduhku mencuri di kedai sebelah sekolah. Nasib saja aku tidak pergi kedai itu kelmarin kalau tidak ada saja rancangan mereka untuk membuatku di marah

"Kau turun dari basikal kau sekarang" Gadis bernama Dian menarik ku ke lorang yang kecil

Dua orang rakannya yang bernama Ivy dan Emmy menyepak basikal ku dan kemudian mengikuti dari belakang

"Aku nak tanya kau sesuatu... " Dian menolakku sehingga aku terjatuh
"Kenapa kau nak dekati Harold?" Dia duduk di hadapan ku

"Aku tak pernah nak dekat laa dengan teman lelaki kau yang tak handsome tu!" Aku berkata dengan sangat marah. Mereka dah mula nak memfitnah

Pap! Satu tamparan kuat menghentam muka ku

"Kau dah lah sibuk nak dekat kekasih dia, kau kata lagi lelaki hebat macam tu tak tampan" Ivy berkata dengan muka tidak puas hati memandang aku

"Aku taknak kau dekat dengan kekasih aku lagi!" Dian memulas leher baju ku

"Ba... Baiklah" Aku terpaksa mengalah kerana tidak mahu menerukkan keadaan. Itulah aku, si lemah yang harus mengalah

"Good girl" Dian tersenyum sinis dan berdiri. Ivy juga turut berdiri dan berjalan meninggalkan aku

Kini hanya tinggal aku dan Emmy. Aku tidak tahu kenapa budak bebal ni harus di sini. Kenapa dia tak ikut saja dua bebal tu?!

"Kenpa kau masih kat sini?" Aku bertanya

"Sebab.... " Ppaakkkk! Kali ini, sebuah tumbukan mengena mata ku sehingga lebam "lebih baik kau jangan cari fasal dengan kami" Dia berjalan pergi

"BODOH!" Mata ku menampung air mata. "Aku tak kacau pun kamu!" Aku meraung sekuat yang boleh. Dalam hati masih tertanya-tanya bila masa aku mengacau mereka. "APA LAGI YANG KAMU TAK PUAS HATI!" Kali ini air mata ku tidak dapat di bendung dan mengalir ke pipi

👑

"Saya dah balik" Aku membuka pintu rumah. Aoran tengah duduk menonton TV di ruang tamu dan mak sedang sibuk di dapur. Alvin tiada di sini. Mesti tidur petang

Aku naik ke tingkat atas dengan rasa penat mencengkam tubuh ku. Mata ku masih lebam. Sepanjang masa persekolahan aku harus menutup lebamku. Aku tiada kawan untuk berbincang masalah dan mengadu jadi berdiam saja pilihan yang aku ada

Aku membersihkan diri dan membuat kerja sekolah yang sentiasa bertimbun di atas meja. Kata cikgu awal tahun dia beri kerja rumah tak banyak... Tapi hakikatnya macam satu buku dia nak suruh kami habiskan. Aku membuat kerja sekolah, menunggu abang tak guna aku panggil untuk makan malam

Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam dan kerja sekolah sudah selesai. Akhirnya bukit buku berjaya ku daki lol.

"Budak tak guna, kalau kau taknak aku habiskan makanan kau turun sekarang!" Teriak Aoran dari luar bilik

Klik aku membuka pintu. Aoran berada di depan mataku

"Hoii kenapa dengan mata kau tu... Apasal lebam?" Aoran bertanya. Riak wajahnya berubah menjadi risau. Adakah ini merupakan pertama kali dia akan mengambil berat tentangku? Tunggu... Tiba-tiba senyuman nakal terukir di bibirnya "KAU GADUH KAN?!" Dia terus berlari turun untuk memberitahu mak dan ayah

"AKU TAK GADUH LAH!" Aku mengejar Aoran untuk menahannya. Walaupun usia sudah 19 tahun, bagi aku si bebal ni memang tidak pandai matang

"Mak, ayah Amy bergaduh kat sekolah!" Aku terlambat. Aku tidak sempat menahan Aoran, dia sempat melapor

Aku terkelu lidah, Mak dan Ayah memandangku dengan muka yang marah

"Amy lana!" Ayahku bersuara

"Habislah kau... " Aoran mengejekku

"Mari sini sekarang" Ayah kelihatan berang

Aku berjalan dengan perlahan mendapatkan ayah "Ye ayah?" Aku menundukkan kepala, tidak sanggup memandangnya

"Angkat muka kamu!"

Aku mengangkat muka

"Apa dah jadi dengan muka kamu ni?! " Ayah melihat tepat di wajahku yang lebam

"Amy terlanggar tiang tadi" Aku menipu

"Ayah tak percaya. Kamu bergaduhkan?!"

"Takkk.... Amy tak gaduh" Aku cuba untuk menyakinkan

"Budak tak guna" Dan... Tamparan mengena muka ku "SUDAHLAH BERGADUH MENIPU LAGI!" Ayah kelihatan amat marah

Aku menangis atas perkara yang aku tidak lakukan. Aku tak salah kenapa aku harus menerima tamparan ini? Aku dapat mendengar Aoran cuba menahan ketwanya. Ibu ku menggeleng dan adikku hanya berdiam diri

"AKU TAK LAKUKAN LAH. AKU TAK BERGADUH!" Perasaan tidak puas hati membendung diri ku. Aku berteriak membela diri. Aku tidak bersalah!

"Kurang hajar!" Dannn... Yup satu tamparan lagi menghambat wajahku "Pergi masuk bilik kamu. Kamu takkan dapat duit belanja selama dua bulan!" Ayah menegaskan

Tiada duit belanja selama dua bulan atas perkara yang aku tidak lakukan? Mungkin aku cuma anak angkat dalam keluarga ni.... Dengan perasaan sedih bercampur marah aku melangkah menuju ke bilikku. Air mata masih menghujani diri

"Aghhhhhh!" Aku menghempas pintu bilik dan kemudian baring di atas katil. Hatiku seakan hancur menjadi debu dan ditiup angin membawa keceriaan ku pergi

Dalam kesedihan aku meratapi satu lagi hari yang malang ini. Sekurang-kurangnya aku dapat tidur sekarang dan meninggalkan reality ini "selamat malam... "

Queen of DreamWhere stories live. Discover now