Bab 2~Mimpi seakan benar

396 55 0
                                    

Aku memikirkan agar hari ini aku dapat bermimpi tentang diriku berada di sebuah pantai. Bersantai dan berseronok selepas semua yang terjadi

Aku menutup mataku selama yang boleh dan lama-kelamaan aku tidak sedar aku sudah pun tertidur. Mimpi bermain di benak fikiranku

Yaa aku dapat bermimpi aku sedang bersantai di tepi pantai. Pasir yang menghangatkan tubuh. Lautan yang menyegarkan minda dan pemandangan yang mengubati hati ini. Aku tidak tahu mengapa aku sering dapat mimpi yang ku mahukan. Tapi itu tak menjadikan masalah. Aku gembira dengan kebolehan ku ini

BUM! Aku dengar bunyi sesuatu meletup dan tiba-tiba suasana pantai hilang dalam pandangan, digantikan dengan suasana putih yang terang. Aku berasa hairan dengan apa yang terjadi. Betul nii... Apa semua iniiiii?!

"Puteri Amy.... " Seorang lelaki tampan, berbadan sasa dan lebih kurang tinggi abangku menegur

"Awak siapa?" Aku bertanya

"Saya Ryan" lelaki berbadan sasa itu mrmperkenalkan diri

"Saya Michael" Seorang lagi lelaki berbadan sasa memperkenalkan diri. Michael tidak laa kelihatan tampan seperti Ryan tapi sesuatu yang membuatkan dia menyerlah adalah matanya yang bewarna kuning

"Apa kamu berdua nak?!" Aku menjadi takut sekiranya aku diapa-apakan

"Kami datang untuk memenuhi perintah ratu kami. Kamu akan ikut kami ke dunia kami untuk menjadi ratu seterusnya" Kata Ryan

Aku terkelu lidah. Aku tidak faham apa-apa pun yang mereka kata. Ratu? Ratu seterusnya?

"Aku tak faham... "

"Kau akan jadi ratu kami" Kata Ryan lagi

"Aku... Tak, tak bukan aku. Aku cuma budak biasa, tak penting pun. Tolonglah cari orang lain"

"Di dunia kau, di dunia kami... Kau penting. Tolonglah ikut kami sekarang" Michael menghulurkan tangannya kepada ku

"Tak... Aku taknak" Peluh mula membanjiriku. Jantungku berdegup kencang. Aku ketakutan

"Tolonglah tuan puteri... " Ryan merayu. Dia juga menghulurkan tangan

"Taknak.... AKU TAK NAK. AKU NAK KEMBALI SEDAR SEKARANG!" Mimpi ku segera menurutku dan keadaan mula berputar. Lama-kelamaan suasana menjadi gelap

Aku bangun dari tidur. Peluh masih membanjiri ku dan degupan jantungku semakin laju. Mimpi itu seakan benar. Aku dapat melihat dengan jelas semua itu. Muka mereka dan apa yang mereka katakan. Aku tidak berani untuk tidur semula. Jam menunjukkan pukul 6 pagi dan aku mengambil keputusan untuk bangun dan bersiap ke sekolah

Aku menguak langsir tingkap dan mengemaskan tempat tidurku. Aku mandi dan memakai baju yang sesuai untuk ke sekolah. Sejurus itu aku membawa langkah kaki menuju ke tingkat bawah

Aku terhidu sesuatu yang sedap dari dapur dan perutku mula berkeroncong. Baru aku tersedar yang malam semalam aku tidak makan apa-apa. Aku segera menuju ke dapur dan melihat mak sedang sibuk memasak di dapur

"Selamat pagi mak... " Aku mengucapkan

"Selamat pagi"

Buat pertama kali selepas enam tahum mak membalas ucapan selamat pagi walaupun dia tidak memandang diriku. Aku bertukar ceria. Mungkin dia membalas kerana dia tidak terlalu sibuk sekarang

"Mak, Amy lapar" Aku tersengih. Perutku berbunyi lagi

"Mak tengah sibuk goreng kentang untuk abang kamu ni... Boleh kamu bakar roti kamu sendiri?"

Senyuman ceriaku hilang serta merta. Aoran lagi! Dia sudah besar macam saja tidak boleh masak sendiri! "Apa-apa sajalah!" Dengan rasa tidak puas hati, aku mengambil sebotol susu segar dan sebungkus sandwich sejuk dari peti ais dan terus keluar dari rumah

Mak tidak mempedulikan ku mahupun menghalangku pergi. Aku menghempaskan pintu dan mengayuh basikal menuju ke suatu tempat. Masih awal untuk ke sekolah

Aku mengambil keputusan untuk duduk di sebuah kerusi taman permainan yang sering ku kunjungi bersama mak sewaktu aku berusi 6 tahun dahulu

Aku mengunyah sandwich sejuk itu dan memandang ke arah taman permainan yang kosong. Memori lama bermain di minda. Aku melihat seorang anak gadis yang ceria sedang berketawa bermain kejar-kejar bersama ibunya. Aku mengenali gadis ceria itu. Gadis itu adalah aku 12 tahun yang lalu. Imbasan memori itu membuatkan mataku berkaca dengan air mata




Queen of DreamWhere stories live. Discover now