Bab 6~Koma

374 57 3
                                    

Aoran POV

Sedari tadi aku, ayah, mak dan Alvin masih menunggu di luar wad kecemasan. Aku melihat jam. Jika tidak silap, sudah lebih sejam dan belum ada doktor keluar untuk memberi keterangan tentang apa yang sebernarnya berlaku terhadap Amy

"Mmm, kamu semua ni keluarga Amy kah?" Seorang doktor akhirnya keluar. Aku melihat pada tanda namanya. 'Doktor Danny'

"Ya... " Ayah berdiri

"Macam ni encik... " Doktor Danny menarik nafas dan melepaskannya dengan keluhan. Jantungku mula berdegup kencang "Anak encik mengalami sawan yang teruk ketika tidur. Dia masih hidup cuma dalam keadaan koma. Kami menjangka dia hanya dapat bertahan selama 3 bulan. Degupan jantungnya sangat lemah encik... "

Ayah terus terduduk dan memegang kepalanya. Mak mula mengeluarkan air mata, meraung berharap ini hanya sekadar mimpi. Alvin cuma duduk diam. Dia tidak memahami apa-apa. Dia baru berumur lima tahun

"Tiada apa-apa yang doktor boleh buat kah?" Aku berdiri dan menghampiri doktor Danny

"Maaf... Orang yang koma tidak mempunyai banyak peluang untuk hidup. Purata menunjukkan hanya 3/100 sahaja berjaya sedar semula"

Dang!!!! Ibarat satu tamparan kuat menghentam jiwaku. Degupan jantungku semakin kuat. Aku kehilangan kata-kata dan terus berlari keluar dari hospital. Ke mana arah tuju ku? Aku tidak tahu. Aku cuma mahu berlari. Membawa satu perasaan yang lahir dalam jiwa ku ketika ini

👑

still Aoran POV

Aku tidak tahu sudah berapa jauh aku berlari. Aku melihat sekelilingku. Aku berada berhampiran pantai. Aku membuka langkah kaki ku dan memijak tanah pasir yang begitu hangat. Aku duduk di situ sambil disinari cahaya bulan yang setia menemani ku

Tiba-tiba aku merasa air hangat mengalir di pipi ku dan terus jatuh ke pasir. Aku menangis. Yaaa AKU MENANGIS kerana kebodohan ku. Yang berada di ambang maut sekarang adalah adikku. Adikku yang tidak pernah ku peduli, adik yang sentiasa di marah kerana aku, adik yang sentiasa memikul bebannya sendiri. Aku berasa sangat bersalah. Ada kah dia jadi begitu kerana aku?

"ARGHHHHH AKU BODOHHHHHHHH!" Aku berteriak. "Abang minta maaf dikkkkkk! Tolonglah Amy, balik semula ke sini, abang janji aa abang akan layan kamu dan memastikan kamu bahagia" Aku meraung. Andai masa dapat ku putar kembali, aku akan memastikan Amy tidak terabai. Abang jenis apa aku ini? Kalau aku mendapat karma... Yaa aku memang berhak dan menerimanya dengan rela hati

"Abang minta maaf... Tolong lah kembali.... " Kepada laut, dan angin. Aku kirimkan kata-kata ku ini. Berharap agar Amy mendengar dan bertarung nyawa untuk hidup... Tapi adakah dia akan memilih untuk hidup semula, sebab baginya... Apa lah istimewa dunia ini untuk dirinya

~Benarlah kata orang, bila sudah kehilangan baru lah kita mahu sedar😶~

Queen of DreamWhere stories live. Discover now