Bab 15~Silap besar

274 38 0
                                    

Amy POV

Perutku berdenyut-denyut. Angin sejuk mula membius. Darah yang berbaur kesakitan masih terasa deras alirannya. Aku ingin membuka mata.. Tapi entah kenapa ianya terasa begitu berat

Aku dapat rasa telapak kaki seseorang berjalan mendekatiku dan berhenti betul-betul dibelakangku. Aku dapat mendengar deruan nafasnya dan aura sinisnya

"Tuanku... " Dia membelai lembut rambutku. Suaranya itu, yaa.. Tak lain dan tak bukan 'Raja Kengerian'. Dengan segala kudrat yang aku ada, aku membuka mata

"A-apa kau na-k?!" Aku bertanya dengan tergagap-gagap. Aku masih lemah, tikaman yang dalam menghilangkan tenagaku sedikit demi sedikit

"Apa aku nak..?" Dia menarik rambutku dengan perlahan sehingga menyentuh bahunya. Dia memandangku dengan senyuman "Aku nak bagi kau.. Satu tawaran. Kau beri aku kerajaan ini dan aku akan beri kau kehidupan yang kau mahukan. Kasih sayang di dunia sebenar" Raja Kengerian menepuk kecil bahuku

"Mak-maksud k-kau?"

"Aku hantar kau balik ke dunia nyata di mana semua orang akan suka kau, sayang kau, hargai kau... " Raja Kengerian berkata "Kau tak mahu kah..?" Dia tersenyum

"Be-betul?" Raja Kengerian mengangguk. Aku mula berfikir. Ini cuma mimpi. Mimpi nii hanya menyakiti aku. Lebih baik aku balik. Lagipun rasa rindu akan mak, ayah, Alvin sudah mula mencengkam perasaanku

"Kau nak..?"

Dan..

Perkataan "Ya" keluar dari mulutku

"Baiklah... Terima kasih!" Raja Kengerian berdiri dan itu merupakan perkara terakhir yang aku lihat sebelum kepulan asap hitam mula mengepung diriku

👑

Kegelapan menyelebungi ku. Aku berdiri tegak dan memerah otak meminta jawapan. Tiba-tiba sebuah cahaya muncul dari hujung dan lama kelamaan cahaya itu semakin membesar. Mataku mula menjadi silau

"Amy?!" Aku mendengar suara seseorang. Ianya bukan suara Michael, Ryan mahupun Raja Kengerian. Suara ini... Suara yang amat biasa dengan ku. A-adakah itu?..

"Aoran?" Aku melihat wajah Aoran yang amat terkejut di sebelahku

"Doktor!" Aoran berlari keluar. Aku masih lagi pening dan mula melihat keadaan sekeliling.. Baju aku bukan lagi baju dress dari dunia mimpi melainkan baju hospital yang bewarna hijau. Tangan ku? Apa ni? Hos dicucuk ke salur nadi tanganku?! Dan... Alat pernafasan? Adakah aku di HOSPITAL?!...Tapi apa juga yang terjadi?!!!!!

"Amy!" Aoran kembali bersama seorang doktor. Dia menghampiriku dan memelukku. Aku segera duduk dan menepis pelukannya. Weii aku tak biasa rapat dengan Aoran!

"Boleh saya periksa dia terlebih dahulu?" Doktor itu bertanya meminta keizinan. Aoran mengangguk sambil senyuman keceriaan bergantung di bibirnya

Doktar tersebut membuka alat bantuan pernafasanku. Dia kemudian menyuluhkan lampu suluh ke mataku. Aku hanya berdiam, menunggu dia selesaikan melakukan pemeriksaan

"Dia baik saja. Saya rasa esok dia dah boleh keluar" Doktor itu tersenyum ke arahku dan Aoran dan berlalu pergi

"Abang rindu dengan kamu tak guna" Aoran mencuba untuk memelukku lagi dan seperti tadi, aku menepisnya

"Abang faham kalau Amy marah kat abang" Aoran berkata

Bila masa pula dia cakap baik ngan aku ni? Adakah betul Raja Kengerian memberikanku apa yang aku mahu? "Apa juga sebenarnya yang terjadi?"

"Kamu sawan dalam tidur dan kemudian koma. Dah lebih kurang 2 bulan kau terlantar kat sini" Aoran menerangkan

"Ha?" Aku terkelu lidah. Kalau aku tidak silap, aku cuma berada di dunia mimpi selama seminggu setengah. Masa di sini ngan sana lain ek? Japp... Dia kata aku koma? It means semua tu mimpi je ker?

"Amy!" Mak muncul dari birai pintu bersama ayah dan Alvin

"Mak!" Mak datang memelukku

"Mak rindu sangat dekat kamu... Mak minta maaf sangat-sangat. Kata-kata terakhir mak sebelum kamu koma adalah kata-kata yang membuat kamu sakit hati. Mak minta maaf sangat-sangat. Lepas nii mak janji mak akan lebih luangkan masa bersama kamu" Mak mengucup dahiku berulang-ulang kali dan memelukku dengan sangat erat

Dalam pelukan itu, senyuman kecil terukir di bibirku. Yaa... Inilah yang aku mahu. Aku harap perubahan ini akan kekal selama-lamanya

👑

Aku menjejakkan kaki ke dalam bilikku setelah sehari bermalam di hospital. Aku menghirup suasana di bilikku yang kecil ini. Aku duduk di birai katil dan kemudian berbaring. Rindu pula dengan bilikku yang besar di dalam sebuah istana yang mewah. Michael, Ryan dan Duke... Oh ya Adela, budak yang aku selamatkan. Adakah benar mereka semua sekadar mimpi biasa. Yalah, sebab waktu aku koma... Jasad ku tak ke sana. Koma kan tidur yang panjang... Jadi itu cuma mimpi biasa kah?!! Arghhh celaru amat gue!

"Amy... " Aoran mengetuk pintu bilikku

"Ya?"

"Kalau kamu nak tukar bilik dengan abang, abang boleh saja. Lagipun kamu perlukan waktu untuk berehat" Aoran berkata. Huwauuu, gila-gila uu, dia betul-betul baik dengan aku

"Tak, Amy okey saja" Aku tersenyum. Aoran mengangguk dan meninggalkanku. Terlintas pula perasaan rinduku terhadap Michael dan Ryan yang caringnya... Uish, cair hatiku. Aku mula melelapkan mata dan lama kelamaan aku mula tertidur

Dan....

'Hari ini aku nak bermimpi untuk berjumpa Michael dan Ryan semula'

"TAkkk!" Suara kuat berbisik di telingaku

"Apa maksud kau?!" Aku kini berada di sebuah tempat yang sangat putih. "Kau siapa?!"

"Kau nak melawat ke suatu tempat tak?!" Suara itu bergema tanpa kelibat si empunya suara

"Taknak!"

"Lambat. Aku dah buat keputusan untuk tunjukkan kau!" Dan semuanya mula berpusing. Pusinggg, pusinggg, laju, laju, dannn semakin laju. Akhirnya kami berhenti dan sebuah banyangan yang sangat ngeri muncul

Aku melihat kerajaan kota mimpi terbakar. Orang ramai ketakutan. Semakin banyak orang bertukar menjadi debu

Situasi berubah. Aku melihat Raja Kengerian sedang ketawa dengan amat sinis di sebuah singgah sana. Mahkota yang amat cantik kelihatan penuh darah padanya

Situasi berubah lagi

Dan...

Aku melihat Michael di seksa. Kayu besar menghempamnya berulang-ulang kali. Kakinya banyak darah. Tangannya terdapat banyak tusukan jarum

"TAK... TAKKKKK...... " Aku ingin menolong Michael tetapi aku segera di bawa pergi

"MICHAEL!" Aku tersedar dari mimpi dan mula menangis. Aku melihat ke arah jam dan pukul 12.00 tengah malam menghiasi jarum jam "Apa yang dah jadi ni?! Bukan kah itu hanya mimpi!!" Aku menangis lagi dan lagi

Aku berdiri ingin mencuci muka ku dan tiba-tiba aku berasa sakit di bahagian perutku. Aku mengangkat bajuku dan melihat kesan lebam yang besar pada perutku. Aku menjadi tertanya dari mana datangnya lebam ini.

A-ataupun... Adakah lebam ini adalah bekas tikaman ku?!!!!!!!!! Jadi dunia mimpi itu memang wujud?!

"Ra-ratu jenis apa aku ini?!" Aku menangis lagi. Penyesalan menggamit seluruh jiwaku. Aku menyesal kerana pentingkan diri. Sanggup menyerahkan dunia mimpi kepada Raja Kengerian. Aku harus balik ke sana. Tapi... Macam mana?!

Aku berjalan mengelilingi bilikku. Mencari jawapan. Macam mana aku nak kembali?! Waktu aku ke sana, aku koma. Tidur yang panjang. Koma.. Koma. YAAA AKU KOMA.

Aku membuka tingkap bilikku seluas-luasnya. Apa aku nak buat?! Aku akan melakukan sesuatu yang gila. Aksi berani mati. Yaa aku nak terjun. Kalau aku terjun aku akan mengalami tidur yang panjang dan aku akan melangkau ke dunia mimpi

Dan...

Dalam satu langkah, aku meloncat dari jendela. Bila-bila masa aku akan mencecah tanah. "Tolonglah... Bawa aku kembali ke dunia mimpi!" Dan... Impak yang sangat kuat menyakitkan tubuhku terutamanya di bahagian kepala. Aku sempat melihat tanah yang dibasahi darah dan akhirnya semua mula bertukar menjadi gelap

~I'm fool and I'm sorry. Just please give me second chances

Queen of DreamWo Geschichten leben. Entdecke jetzt