Bab 9~Petanda buruk

321 53 0
                                    

Aku dapat merasakan sesuatu yang lembut dan empuk membungkus diriku. Dalam keadaan kepalaku yang terasa berdenyut-denyut menghambat minda ku, aku dapat mendengar suara.... Suara orang tengah bergaduh. Aku membuka mata

"Apasal kau bawa tuan puteri pergi tempat tuu ha?!!" Michael menengking Ryan dengan perasaan sakit hati. Intonasinya kedengaran sangat marah

"Aku cuma nak tunjukkan tempat cantik kat situ" Ryan membela diri

"Kau tau tak tempat tu bahaya Ryan!"
Michael membentak kuat

"Mana laa aku tahu. Kau yang lebih tahu kan.... Sebab kau asal dari situ kan?!" Ryan juga turut membentak. Kedua-dua mereka saling bertikam lidah tidak mahu mengalah

Pak!

Satu tumbukan melayang mengena wajah Ryan menyebabkan dia terundur ke belakang

"SUDAH!" Aku berteriak agar mereka berdua segera meleraikan pergaduhan. Aku mendekati mereka

"Maafkan saya tuan puteri. Saya cuma takut tuan puteri cedera teruk sebelum pertabalan diadakan" Kata Michael sambil tunduk memberi hormat kepadaku

"Apa juga sebenarnya yang berlaku?" Aku bertanya. Meminta penjelasan dari mereka berdua

"Saya bukan nak bertindak kurang ajar tuanku, tapi... Lelaki tak guna ni" Michael menuding jari ke arah Ryan "Hampir-hampir saja membuat tuanku terbunuh"

"Aku tak berniat laa tak guna!!" Ryan menghayunkan penumbuk ke wajah Michael betul-betul di hadapanku

"Kau nak mati kah?!" Michael mencekik Ryan. Ryan yang tidak mahu mengalah turut mencekik Michael

"Tolonlah sudah laa tuh... " Aku bersuara tetapi tidak di endahkan oleh mereka berdua yang sibuk mahu membunuh satu sama lain. Ryan tiba-tiba melakukan serangan yang di luar jangkaanku, dia mengeluarkan pisau kecilnya dan menikam bahu Michael

"SSUUUDDAHHHHHH!!!!" aku berteriak nyaring. Memunculkan dinding di antara mereka berdua

Michael jatuh tersungkur sambil mengerang kesakitan. Ryan pula terkejut sendiri akan perbuatannya dan terus berlari keluar

"Michael, awak okay?" Aku segera mendapatkan Michael dan menahan lukanya menggunakan tanganku "DUKEEEE!"

"Ya tuan puteri?!" Duke muncul di depan pintu dengan wajah terkejut

"Tolong bawa Michael ke tempat rawatan"

"Ba.. Baiklah tuanku" Duke memegang lengan Michael dan menolongnya berjalan keluar untuk mendapatkan rawatan

Aku melihat tanganku yang di penuhi darah. Aku betul-betul tidak sangka semua itu akan berlaku. Aku mendapatkan sehelai kain untuk mengelap tanganku. Setelah itu aku segera menuju ke luar istana untuk mencari Ryan

👑

Aku meletakkan semula kudaku ke dalam kandang. Senja yang di penuhi dengan keindahan warna jingga akan bertukar gelap tidak lama lagi. Puas aku mencari Ryan di merata tempat tetapi tidak dapat ku lihat kelibatnya di mana-mana. Aku masuk semula ke dalam istana dan berjalan menuju ke bilikku dengan perasaan kecewa bersama keletihan yang mencengkam tubuh

Dalam beberapa langkah lagi untuk ke bilik, aku melihat pintu beranda terbuka dan kelihatan Michael sedang duduk di situ sambil termenung menikmati permandangan matahari berlabuh. Aku membatalkan niat hendak ke bilik dan mendapatkannya

"Michael... " Aku menegur

"Tuanku" Michael segera berdiri dan tunduk hormat kepadaku

"Awak okay ke ni?" Aku bertanya. Kerisauanku terhadapnya masih menggamit diri

Queen of DreamWhere stories live. Discover now