Pagi ini aku bersiap awal memandangkan abang Luth kata nak pergi fitting baju nikah dan sanding yang kami tempah 5 Bulan yang lepas.
Aku tak nak tempah segala macam, sewa je dah memadai. Tapi, tu la tu abang Luth kan ramai member berpangkat dan abang Luth pesan; kahwin sekali je kenalah gempak sikit.
Dan malam selepas abang Khal warning aku tu, aku terus tak nampak batang hidung dia. Aku adalah tanya Dira ke mana pergi abang kedua dia tu tapi, Dira hanya mengangkat bahu dan melarikan diri.
Pelik. Ah abaikan sajalah.
"BILA abang kau kahwin?" Danial yang sedang mengunyah biskut itu memandang ke arah Khaleef yang khusyuk melayan wwe.
"Next month." Jawabnya malas. Orang tengah thrill tengok match john cena vs randy Orton ni dia boleh pulak menyebok.
"Jadi, kau bila nak fly ke Malaysia? Tak sponsor apa-apa ke?" Inilah padahnya ada kawan yang mulut banyak. Soalan dah macam makcik-makcik.
"Aku tak payah sponsor apa-apa. Abang aku lebih Dari mampu nak tanggung semuanya."
"Oh ye eak. Hm, tak nak balik ke tolong Apa yang patut?"
"Kau senyap sekejap. Lepas habis ni kau nak Tanya, Tanya lah." Jeling Khaleef geram. Danial mendengus geram.
Tak sampai berapa minit, telifon milik Khaleef berdering. Melihat nama yang tertera di skrin telifonnya membuatkan Khaleef mendengus geram.
"Angkat jeklah. Selagi kau tak angkat, selagi itulah dia berdering." Ujar Danial yang sudah terbaring di atas sofa.
Khaleef menjawab panggilan tersebut. "Hm."
"Abang Khal! Where are you? Mimi dah tunggu abang lama tahu tak?!" Bentak si pemanggil di dalam talian.
"Kau tunggu untuk Apa?" Dingin saja suaranya itu.
"What?! Abang Khal lupa ke nak teman Mimi shopping!" Separuh menjerit gadis bernama Mimi itu. Khaleef menepuk dahi.
"10 minutes." Dan panggilan di tamatkan oleh khaleef.
"Kau nak pergi mana pulak ni? Match tak habis lagilah." Soalan danial apabila melihat khaleef yang sudah mengangkat punggung itu.
"Jumpa Mimi." Jawabnya dan beredar.
"Ergh! That annoying perempuan. Menyampahnya Aku." Danial menggulingkan matanya.
"KENAPA abang tengok Nia macam tu." Nia melarikan pandangannya. Buat orang tak selesa betullah Luth mikael ni.
"Nia, you look pretty today." Senyum Luth tampan. Memiliki wajah yang putih dan tinggi sememangnya bonus buat Nia kerana bakal memiliki jejaka itu sebagai suaminya.
"Ceh. Today jek? Yesterday? Tomorrow?" Cebik gadis itu manja.
"Buat muka! Cubit kang.." Luth mengacah mahu menarik hidung gadis itu namun pantas Nia tepis tangannya.
"Nia, can I ask you something?" Nia menelan air liur apabila raut wajah dihadapannya itu bertukar serius.
"Apa?"
"Is it true, Nia anak yatim piatu? Don't get me wrong, abang just.. ya Nia fahamkan?"
"Abang tak percayakan Nia ke?"
"Tak.. Bukan abang tak percayakan Nia. Abang percaya. Abang cuma nak pastikan kata-kata Khaleef salah."
"Kata-kata khaleef? Abang Khal kata Apa dekat abang?"
"Nia jangan terasa hati. Nia kenal kan Khaleef tu macam mana?" Nia mengangguk faham.
"ABANG! Satu jam tau Mimi tunggu abang." Rengek Mimi di tengah-tengah shopping mall.
"Stop, Mimi. Aku dah ada depan mata kau kan sekarang." Khaleef merenung Mimi tajam.
"Hm.. Fine" melihat renungan yang tajam itu membuatkan Mimi terpaksa batalkan niat nak mogok dengan Khaleef.
"Aku tunggu dekat dalam kereta. One hour jek." Arah khaleef.
"Jap. Kenapa abang nak tunggu dalam kereta? Temanlah Mimi shopping."
"In your dreams. Bukan style aku teman perempuan shopping. Leceh!" Khaleef melangkah pergi meninggalkan Mimi tercengang di situ.
KHALEEF hampir terlelap di dalam kereta namun telifon miliknya berdering. Keluhan kecil dilepaskan. Baru nak rehatkan diri.
Nombor yang tak dikenali tertera. Belum sempat dia mahu menjawab, panggilan tamat. Namun, selepas beberapa saat telifon kembali berdering. Nombor yang sama.
Khaleef menjawab panggilan. Telifon dilekapkan ke telinga. Dan dia senyap menunggu suara dari talian sana.
"Assalamualaikum. Saya Huda, kakak Nia Ameera."
Tatkala mendengarkan kenyataan itu, jantung khaleef berdegup pantas. Kakak? Nia ada kakak?
"Waalaikumsalam. Siapa kau?" Jawab khaleef dingin.
"Saya Huda, kakak Nia. Boleh saya berjumpa dengan encik? Ini mengenai Nia."
Gotcha, Nia. Khaleef tersenyum sinis. Dan aku akan dapat tahu siapa kau tak lama lagi.
"Saya tak ada di Malaysia sekarang. But, saya akan balik Malaysia tomorrow. Just for this."
•••
Hello, peoples!
This story akan jadi slow update from now. Thank you yang masih support
YOU ARE READING
Tetap Kamu. [ diterbitkan ]
RomanceWN | 01 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 1119 cover : stargazell Nia Ameera telah dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sehingga dia dihalau keluar dari rumah. Takdir menentukan yang dia bakal bertemu dengan Khaleef Faliq dan Dira Erna. Dia dibaw...