💖💧3💧💖

704 63 4
                                    

Gempa menatap layar skrin telefonnya yang sedang memaparkan sebuah nombor telefon seseorang. Ditulisnya di save contact itu ialah Arjuna Ais. Sang pemuda yang dia temui tadi sewaktu dirinya ditangkap basah kerana sedang menangis. Sesekali Gempa menggelengkan kepalanya ingin melupakan perihal yang memalukan yang telah dia lakukan tadi.

"2 kali aku tertangkap basah... Argh... What is wrong with you, Geum? Why all of place in there you must cried at the place where people so easily to find you?"

Gempa mencubit pipinya sendiri geram. Tidak semena-mena dia harus menebalkan mukanya untuk menerima tawaran Ais tadi walaupun kenyataannya dia tidak mahu. Sudah cukup malu bagi dirinya kerana telah ditemui oleh Ais yang mana dia sedang menangis dengan teruk sekali dan ianya terjadi sebanyak 2 kali!

Namun terdetik di fikiran Gempa apabila dia teringatkan Ais sewaktu mereka bertemu. Jika dia tidak salah pandang, bukankah Ais juga turut menangis?

Gempa mengetuk dagu kecilnya sambil berfikir. Dia tertanya akan sebab kenapa Ais menangis. Dan adakah ia sangat sakit sehingga seorang lelaki itu rela melepaskan air matanya?

"Lelaki kan terkenal kuat dengan mental dalamannya... But, if they cannot hold it anymore. I guess possibility to them to cry is strong enough to be a reason. Unless... They feels tired. "

Gempa terdiam seketika sambil dirinya secara automatik berhenti dari berjalan. Namun kemudian dia pun menggelengkan kepalanya dan menyambung semula perjalanannya.

Gempa mendongak ke arah sebuah papan tanda yang ada berdekatan dengannya dan jelas tertera nama taman kawasan perumahannya yang sedang menunjukkan arah ke hadapan. Gempa berdiri statik di tempatnya sambil menatap papan tanda itu. Entah kenapa dia mula merasakan bahawa sebaik sahaja dia melepasi papan tanda itu, dunia akan berpecah kepada 2.

Dunia yang sedang dia berada sekarang adalah dunia yang terang dan penuh dengan keamanan yang aman dan harmoni. Namun sebaik sahaja dia melangkah melepasi papan tanda itu, dia dapat merasakan bahawa dunianya akan bertukar gelap dan suram. Seolah-olah cahaya matahari langsung tidak dapat menembusi kawasan itu. Penuh dengan kegelapan yang terpendam.

Gempa bencikan hal itu. Dia jika dapat diberikan peluang, dia mahu sekali hidupnya ibarat di dalam akuaria yang dia sering ke sana sejak kebelakangan ini. Hal ini kerana suasana dalam akuaria itu walaupun gelap namun terdapat cahaya biru yang tenang sekali untuk menyuluh suasana gelap itu. Walaupun suasananya senyap dan sunyi, namun hidupan marin yang ada di dalam akuarium yang besar itu kelihatan begitu mesra sekali di mata Gempa.

Seolah-olah memahami perasaan yang terpendam di dalam hati Gempa, setiap kali Gempa pergi ke bangunan yang besar dan sejuk itu, dia pasti akan disambut mesra oleh beberapa jenis ikan yang sering dilawatinya. Gempa sukakan suasana itu. Andai sahaja jika dia boleh memahami bahasa hidupan marin atau mereka boleh bercakap, pastinya Gempa tidak akan sendirian.

Gempa termenung sendirian. Mengingat kembali sebab kenapa dia berada di sana dan sedang menangis sendirian.

Segalanya bermula dari peristiwa kelmarin. Gempa merupakan salah seorang peguam yang hebat dan berjaya di dalam syarikatnya. Syarikat yang sedang dia bekerja sekarang merupakan salah satu syarikat yang cukup terkenal di mata dunia kerana ia mempunyai begitu banyak peguam bela yang amanah dan bertanggungjawab dalam mengerjakan tugasnya.

Para peguam di sana sama sekali tidak menggunakan sebarang taktik kotor untuk memenangi perdebatan di dalam mahkamah. Mereka semua sering dipandang tinggi kerana tingkah laku dan attitude mereka yang dikagumi ramai.

Namun, walaupun mempunyai status yang tinggi dan baik di mata orang ramai, sebenarnya kebanyakan para peguam di sana mempunyai masalah individu. Masing-masing ada masalah tidak kira dari segi kewangan, keluarga, persahabatan dan banyak lagi.

Start with Your Tears [✅✔✅]Where stories live. Discover now