💖💧10💧💖

444 61 23
                                    

"Maafkan aku. Aku tahu yang kita memang tidak dapat ditakdirkan bersama kerana perbezaan taraf hidup kita. Tapi... Aku nak kau tahu yang... Aku sangat gembira kerana dapat berkenalan dengan kau. "

"Tidak! Aku tak nak macam ni, Aze! Aku tak sanggup! Aku hanya sayangkan kau! "

"Jangan, Mia. Keluarga kita takkan restui hubungan kita kerana kau dan aku tak sama! Tolonglah... Faham tentang keadaan kita sekarang. "

"Tidak! Tidak Aze! Aku tak nak! Tidak! "

Meleleh air mata Ochobot kerana sedih akan drama yang sedang ditontonnya yang begitu mengharukan. Sudah habis 2 kotak tisu digunakannya bagi mengelap air mata dan hingus yang mengalir keluar.

"Wuhuuu..!! How could you, Aze?! Why are you always want to take care of others heart while you are the one who is hurt in the end?! Aarrghh!! "

Ochobot melepaskan segala tangisannya di saat melihat pemergian watak pelakon lelaki yang kini telah meninggalkan heroinya yang sedang menangis. Ya, Ochobot tengah menonton drama Melayu yang mana pelakon utamanya ialah artis kegemarannya iaitu Blaze yang memegang watak sebagai Aze di dalam lakonan Aku Tidak Peduli Siapa. Entah kenapa pelik semacam tajuk drama tersebut.

"Abang? Abang tengah buat apa tu? "

Gempa muncul dari tingkat atas sambil di tangannya dia membawa telefon bersama. Gempa memandang pelik ke arah abangnya yang kini sudah menangis macam janda hilang anak. Buruk betul rupanya. Dah lah tu, jatuh pula saham anak jantan abangnya yang menangis semata-mata kerana drama.

"Uhuk! Geum! Watch this drama! Oh god it is so sad you know! "

"Why? It is just a drama. Apa yang abang khusyuk sangat tengok ni? "

Gempa melihat drama yang disebut oleh abangnya itu. Dan seketika kemudian dia melihat wajah watak utama di dalam drama tersebut. Ah, sekarang baru dia faham.

"Abang tengok drama lakonan Blaze, ya? "

"Yelah! Abang kan minat dia? "

"Aduh.. Abang ni. Suka betul dengan Blaze ni kan? "

"Mestilah! Dia ni hebat tau! "

Gempa hanya mampu tersenyum. Dia tidak kisah apa abang dia suka. Asalkan abang dia tidak terlalu taasub dengannya sudah.

"Abang, Geum nak tengok laman belakang rumah kejap. Nak tengok kot-kot kalau ada bunga yang boleh ditambah lagi. Abang duduk sini je tau! Kalau ada apa-apa abang panggil, ya? "

"Roger! And out. "

"What? "

"Nothing! "

Gempa menggelengkan kepalanya seraya tersenyum dengan telatah abangnya itu. Macam-macam perangai abangnya seorang itu. Kalau matang tu memang cool habis. Tapi bila datang perangai kanak-kanak dia habis semua benda dia nak buat jadi bahan jenaka. Tapi takpe, Gempa suka segalanya tentang abangnya kerana Ochobot tidak akan pernah melukakan Gempa.

Gempa pun kembali meneruskan perjalanannya menuju ke kawasan laman rumahnya melalui pintu kedua yang berada di sisi rumah yang berdekatan dengan dapur.

.
.
.

Sewaktu Gempa berada di luar rumah, Ochobot teruskan sahaja menonton drama Melayu kesukaannya. Setelah lebih kurang 10 minit menonton, tiba-tiba dia terdengar bunyi loceng rumah berbunyi. Ochobot, dengan susah payah cuba untuk menggerakkan kerusi rodanya dengan baik. Sebaik sahaja dia selesai, Ochobot terus membawa kerusi tersebut ke arah pintu rumah bersamanya.

"Ya? "

Sebaik sahaja pintu dibuka, ternyata pandangan Ochobot tidak disambut dengan baik. Dia melihat seorang lelaki dewasa yang bertubuh tegap sedang berdiri di hadapan muka pintu dengan pakaian yang lengkap berwarna hitam dan bercermin mata hitam.

Start with Your Tears [✅✔✅]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ