PROLOG

2.3K 31 0
                                    

Hai korang.  saya reprint lagi buku ni. Kali ini dengan cover baru ya. 

So, jom la layan teaser dulu K. Insya-ALLAH. Cerita ni best. Hehe.


PERKAHWINAN
atau pernikahan dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut. 'Nikah' membawa maksud bertemu, berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah 'Ijab dan Qabul' ('aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Perkataan zawaj digunakan di dalam Al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya. Perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah S.W.T menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan perbuatan zina.

Allah berfirman:

"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah." (Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49)

Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia, yang bererti sifat pembawaan manusia sebagai makhluk Allah S.W.T. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Teman hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh diajak bekerja sama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). - Sumber: Syafiqolbu.wordpress.com.

Barith menyandar ke kerusi dengan mata terpejam. Laman blog yang dibaca tadi itu ditutup olehnya.

Fikiran menerewang pada akan pengalaman yang dilaluinya sebelum ini.

Sekarang barulah dia sedar bahawa hakikat sebenar makna sebuah pernikahan itu terlalu besar. Pernikahan itu tidak seharusnya didorong dek nafsu atau rasa cinta semata. Segalanya harus seiring dengan tanggungjawab, keserasian dan kefahaman antara satu sama lain.

Menghela nafas, kotak minda Barith terbang pada permintaan anak didik kesayangannya, Kamil.

"Saya tetap nak kahwin juga dengan Shira. Saya tak mahu Shira tinggalkan saya, sir. Lagipun ibu dia dah setuju. Kami pun sepakat nak buat majlis kecil-kecil saja. Jadi, saya nak sir jadi wakil saya. Sir saja orang tua yang saya percaya. Sir tahu kan keluarga arwah ibu dan ayah saya macam mana? Mereka tak sukakan saya." Bersungguh betul Kamil meminta pertolongannya untuk menjadi wakil bagi pihak pengantin lelaki.

Terlepas keluhan nipis dari bibir Barith.

"Kamu yakin dengan keputusan kamu ni, Kamil? Kamu sedar tak selepas ini tanggungjawab kamu akan jadi lebih besar? Kamu akan ada isteri yang harus kamu didik dan jaga. Jangan kamu fikir perkahwinan ini hanya untuk menyelamatkan nafsu kamu saja. Perkahwinan perlu disertakan dengan niat yang betul, Kamil. Bernikah biarlah kerana Allah." Tajam Barith menatap pelajar lelaki itu. Biar Kamil tahu perkahwinan bukanlah satu perkara yang main-main. Bukan semata-mata untuk menyelamatkan nafsu yang seperti anak muda sekarang selalu fikirkan.

"Saya yakin, sir. Jangan risau. Insya-ALLAH. Saya akan jaga Shira dengan baik." Kamil angguk yakin. Dia sangat cintakan Shira. Demi Shira, dia sanggup lakukan apa saja.

"Kalau itu yang kamu mahu, saya pun tak dapat nak halang. Cuma, satu yang saya pesan. Rancanglah famili nanti. Kamu dan Shira masih belajar. Jauh lagi perjalanan kamu berdua. Saya harap kamu faham apa yang saya maksudkan ni." Bukan Barith mahu mengatur hidup Kamil. Cuma, dia mahu mengingatkan Kamil tentang tujuan utama mereka ke universiti. Dia tak mahu mereka berdua terkandas di tengah jalan.

BARITH, CAN'T UNLOVE YOU (NOVEL)Where stories live. Discover now