Teaser 4 - I miss you

1.9K 43 1
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Cemburu nampak bang? 😏

👞👞👞👞

Barith genggam kuat telefon bimbitnya. Ada seseorang menghantar gambar Tasneem bersama seorang lelaki. Siapa lelaki itu? Mengapa Tasneem berbohong dengannya? Dan siapa pula yang baik hati sangat melaporkan padanya tentang apa yang dilakukan isterinya itu?

Ah! Tak kira siapa yang jadi penyampai. Yang penting sekarang dia mahu penjelasan Tasneem.

Nombor Tasneem didail lagi namun tidak berangkat. Fikiran Barith mula berkecamuk.

Tanpa menunggu jaket kulitnya disarung ke badan.
Saat dia keluar dari pintu bilik pejabatnya, dia bertembung dengan Thania.

"You nak ke mana ni Bar?" soal Thania pelik. Dia baru saja nak ajak Barith makan tengahari bersama. Lelaki itu akhir-akhir ini selalu saja mengelak diri darinya. Penat-penat dia datang jauh dari Malaysia. Barith langsung tak mahu meluangkan masa dengannya.

"I ada hal. See you." Sekarang bukan masanya bersoal jawab dengan Thania. Dia nak tahu apa yang isterinya buat!
Barith yakin dia pernah nampak Tasneem dan lelaki itu sebelum ini. Sebelum antara mereka tercipta satu ikatan yang halal. Sudah lama dia perhatikan Tasneem. Siapa kawan di sisi Tasneem dia tahu tapi lelaki itu siapa sebenarnya pada Tasneem?

Thania merengus geram. Melihat Barith yang tergesa-gesa berlalu itu buat hatinya curiga.

"Apa yang you sorok dari I Barith?" Bisiknya sendiri. Tak boleh jadi! Dia perlu siasat. Memang Barith membantah cadangan keluarga mereka supaya disatukan tapi tidak dia. Dia mahukan Barith.

Suapan terakhir masuk ke dalam mulut. Sedap juga pizza vegan ni. Pandangan Tasneem dihala ke arah sepasang kekasih di luar kaki lima restoran. Serta merta dia teringatkan Barith.

Sudah lebih enam bulan sejak dia bergelar isteri rahsia kepada lelaki dingin itu.

Teringat perbualan pertama mereka usai akad nikah ringkas yang diurus Barith. Sama-sama menghirup teh di kafe. Masyarakat di sini memang gemarkan teh. Sampai dia pun terikut sama.

"So, lets make it clear. First, Pernikahan kita akan kekal rahsia antara kita berdua aje. Dan pastikan kawan kau tu pun tutup mulut. Aku izinkan dia teman kau tadi sebab kau kata dia boleh dipercayai." Tasneem cuma mengangguk tanda tahu. Dia tahu Barith merujuk pada Sherina.

Majlis pernikahan mereka tadi hanya ditemani Sherina dan juga seorang kawan Barith. Luth.

"Secondly, aku boleh bagi apa saja kau nak. Asalkan aku satu-satunya lelaki yang kau ada. Aku tak suka hak aku orang sentuh. Setiap inci tubuh kau hak milik aku. Faham?"

Tasneem tersenyum nipis. Memang Barith satu-satunya lelaki yang dia ada saat ini dan sekarang ini dah tentu-tentu hanya lelaki itu yang layak menyentuhnya. Mahu tidak mahu dia harus juga layan lelaki itu seperti yang dipersetujui mereka sebelum ini. Dia tiada bantahan tentang itu.

BARITH, CAN'T UNLOVE YOU (NOVEL)Where stories live. Discover now