Teaser 9 - Dunia ni bulat.

1.7K 33 6
                                    

“Look Barith. You dah janji kan? Kita tak akan berjumpa lagi. You lupa?” Tasneem ingatkan Barith.

Ya. Ada perjanjian antara mereka sepuluh tahun dahulu. Dia percaya Barith baca isi suratnya dulu. Mustahil Barith sudah lupa.

Barith ketuk dagu. Badan dicondongkan sedikit menyamai tinggi Tasneem.

“I masih percaya yang dunia ni bulat Cik Tasneem. Sebab tu kita bertemu semula.” Barith ukir senyum manis.

“But, I tak tahulah kalau you fikir yang sebenarnya
bumi ni rata. Jadi, you fikir kita takkan jumpa sampai bila-bila,” sambung Barith sebelum menegakkan badan semula.

Senyum yang Barith pamer itu buat Tasneem rasa
seolah mengejeknya pula. Kecil besar saja Tasneem nampak lelaki itu. Boleh pula kata dia pengikut bumi rata!

Barith tundukkan badan setentang dengan Tasneem
semula. Kali ini lebih rapat. Cepat Tasneem mengundur. Jantungnya jangan dikata lagi. Sedang mahu meloncat keluar.

“Dan perjanjian itu you sendiri yang buat. I tak
pernah setuju. Lagipun I datang sini bukannya I cari you. I datang jadi wakil student I,” ujar Barith lagi dengan senyuman senget sebelum berdiri tegak semula.

Tasneem tarik nafas dalam.

“Okey. Baguslah macam tu. Jadi, kita pura-pura saja
tak kenal.” Habis saja berkata Tasneem pusing badan. Mahu balik ke rumah. Sakit kepalanya sudah tidak tertanggung. Bertambah sakit kepala bila terjumpa Barith di majlis itu.

Barith geleng kecil melihat gelagat Tasneem.
Tapi kenapa ya Tasneem masih membujang?
Jambang nipisnya diusap perlahan dengan anak mata yang masih mengekori langkah Tasneem dari belakang.

Barith nampak Tasneem jalan terhuyung hayang.
Sudah kenapa pula tu? Cepat Barith berjalan laju mengikut wanita itu.

“You okay tak ni?” kalut Barith bertanya apabila
Tasneem sedang tunduk dengan menekan tangan pada kereta yang terparkir di situ.

Tasneem pandang wajah Barith yang berbalam di
matanya. Rintik peluh sudah memenuhi dahinya. Dia rasa sekejap lagi pasti dia pitam.

“Bar… I...” lemah Tasneem bersuara.

“You datang bulan?” Barith tunduk sedikit memandang Tasneem yang sedang membongkok menekan perut itu. Memastikan telahannya itu betul.

Tasneem angguk lemah. Dia sudah tak mampu
bertahan. Tahu-tahu saja pandangannya gelap.
Barith terkesima. Cepat-cepat dia menahan tubuh
itu dari terjelepuk ke tanah.

“Neem. Hey… Neem. Bangun.” Barith pandang ke
arah khemah. Tiada yang perasan akan mereka. Mungkin kerana kedudukan mereka yang berada di belakang khemah yang tertutup dek pelamin.

Barith hela nafas panjang. Mahu tak mahu kena
angkatlah juga ni? Harap pinggangnya mampulah menampung berat Tasneem. Boleh tahan berisi Tasneem sekarang. Bahagia sangat ke?

“Ya Allah. Anak aku. Kenapa ni?” Kelam kabut Mak
Teratai dapatkan Tasneem yang tidak sedarkan diri dalam dakapan entah lelaki mana.

“Maaf mak cik. Anak mak cik ni pengsan. Kat mana
saya nak letak dia ni?” tanya Barith dalam nafas tertahan. Aduh! Pinggang dia dah sakit ni.

“Sini… sini. Bawa masuk bilik pengantin. Takkan
nak bagi dia baring tengah rumah.” Mak Teratai tunjuk di mana arah bilik pengantin. Yang dia tahu bilik itu saja belum berpenghuni lagi. Biarlah. Sekejap saja pun.

Barith letak tubuh Tasneem hati-hati. Wajah
Tasneem, Barith pandang lembut. Lama tak jumpa. Makin comel pula wanita itu.

“Ehem! Dah sudah ke tenung anak mak cik tu?” Mak Teratai berdeham kuat. Amboi. Lain macam saja cara lelaki itu pandang anak daranya.

Barith mengundur ke belakang. Regangkan bahunya
sedikit. Lenguh!

“Terima kasihlah angkat anak mak cik. Kamu ni
siapa?”

“Dia dari pihak pengantin lelaki mak ude. Professor
Shira. Kak Neem tu kenapa? Boleh pulak pengsan tiba-
tiba.” Shira muncul tolong menjawab bagi pihak Barith. Dia baru dapat tahu Tasneem diangkat lelaki itu masuk ke bilik pengantinnya. Pengsan kata mereka.

“Manalah aku tahu dia nak pengsan. Aku pinjam
sekejap katil kamu ni.” Mak Teratai duduk di birai katil. Kemudian dia berpaling pada Barith.

“Yalah. Macam-macam Kak Neem ni. Buat malu
Shira je.” Shira terus berlalu pergi dari situ. Sakit pula hati tengok orang lain rasmi dulu katil pengantinnya.

“Kamu nak tunggu situ sampai bila? Mak cik nak
buka tudung dia ni.” Mak Teratai jegilkan mata pada Barith.

Tak sudah-sudah lelaki itu merenung anaknya. Seriau pula dia rasa.

Terkedu lelaki itu.

“Ya. Ya. Saya keluar.” Buru-buru Barith keluar dari
bilik pengantin itu.

Tiba-tiba dia rasa lain macam. Tasneem okey ke?

💕

BARITH, CAN'T UNLOVE YOU

Nak sambungan ke 🙈

Nak sambungan ke 🙈

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BARITH, CAN'T UNLOVE YOU (NOVEL)Where stories live. Discover now