Chapter 15 : Trouble & Soul-Ability

377 58 8
                                    


Putra berdiri di tengah-tengah terbaringnya pemuda - pemuda yang mencederakan kanak-kanak disebabkan baju kotor. Dia berhadapan dengan seorang lelaki berpakaian seragam tentera negara Winter,Rhian terkial-kial bangun dan Putra hanya mendiamkan diri.

"Siapa pula tu?" soal Zainol yang masih mendukung kanak-kanak tadi dan Zahir mengeluarkan telefon pintarnya,digodek beberapa kali dan menghela nafas pendek.

"Lelaki itu dikenali sebagai Lonnie Rhodes,juga berpangkat leftenan pertama dalam tentera negara Winter.." jelas Zahir dan Zainol kehairanan.

"Bagaimana kau ada maklumat tu?" soal Zainol.

"Ia rahsia.." jelas Zahir dengan muka tanpa perasaan.

Putra dan lelaki dikenali Lonnie,berbalas renungan dan orang awam berbisik antara satu sama lain.

"Kau siapa budak? Buat huru-hara di sini?" soal Lonnie.

"Aku cuma selamatkan seorang kanak-kanak dari dibunuh oleh binatang ni.." ujar Putra menuding jarinya ke arah Rhian.

"Betul ke?.." kata Lonnie dengan renungan tajam ke arah Rhian.

"Tak! Tak ada..! Mana ada! Dia serang kami dengan tiba-tiba!" ujar Rhian dan Putra agak terkejut.

Manakala orang awam yang tidak berani bersuara,Lonnie hanya menyilangkan tangan pada bahagian dada.

"Kau kata dia cuba serang kanak-kanak sebab kerana kotorkan baju dia?" soal Lonnie.

"Yeah.." ujar Putra.

"Mana buktinya..? Mana kanak-kanak tu?" soal Lonnie.

"Ada di sini.." Zainol mencelah dan melangkah ke arah mereka.

"Tuan boleh tengok keadaan anak kecil tu.. Tangannya hampir patah.." ujar Putra dengan merengus kemudiannya.

Lonnie memerhatikan Zainol dan Zahir,datang mendekati Putra dan memerhatikan kanak-kanak dalam dukungan Zainol. Rhian hanya merenung ke arah Putra,dia benar-benar bengang.

"Hey boss! Belasah je la mereka! Kau tahu hukuman menyentuh orang bangsawan bukan?!" ujar Rhian dan Lonnie sekadar menjeling ke arahnya.

Rhian tersentak dek jelingan Lonnie,dia terdiam dan tidak berani untuk berkata apa-apa.

"Apa kata kamu ikut kami ke tempat kami.. Kita boleh bincang sama-sama untuk selesai kan masalah..." jelas Lonnie memberikan cadangan.

"Budak ni dah selamat.. Aku rasa tiada benda untuk dibincangkan.." kata Putra.

"Ini untuk kebaikan kamu.. Jangan sampai kami tahan kamu semua.." Lonnie berkata sambil tangannya sudah di pemegang pedangnya.

Zainol jarinya pula sudah menolak sedikit pedang,Zahir menghela nafas dan wap dingin dihembus keluar dari mulutnya.

Orang ramai mula segera berundur,Lonnie memandang ke kiri dan ke  kanan. Nafas pendek dihelakan dan tidak meneruskan langkah,dia kini kembali ke pandangan normal.

"Maafkan aku.." ujar Lonnie menundukkan kepala.

"Ketua?!" Rhian tidak puas hati.

"Rhian.. Kau buat lagi masalah aku akan pastikan kau tidak akan terlepas.." Lonnie merenung tajam ke arah Rhian.

"Aku akan ingat perkara ni!!" Rhian terus berlari pergi dari situ.

"Mari adik.. Abang hantar adik balik.." ujar Putra dan kanak-kanak perempuan itu mengangguk sahaja.

Putra mendukung kanak-kanak perempuan itu berlalu pergi,Lonnie hanya memerhatikan sahaja dan melihat mereka berempat pergi. Pandangan matanya tertumpu pada satu simbol di belakang jaket Zainol,Lonnie tergamam.

BIO-TAMER : FIRST ENCOUNTER™ (C)Where stories live. Discover now