Chapter 28 : Don't You Dare!

343 57 5
                                    


Aizman disusuli Zainol dan Zahir,menyusuri kawasan hutan yang tebal itu. Tetapi hutan tersebut bagaikan hutan yang kosong,sunyi tanpa ada bunyi dari binatang liar.

"Kenapa kau tak bawa sekali Putra?" soal Zahir.

"Aku tak mahu bawa ramai.. Korang berdua sudah cukup.." jelas Aizman.

Zainol tidak berkata apa-apa,dia hanya sekadar memerhatikan keadaan sekeliling kawasan hutan.

Aizman juga sama tetapi dia terasa hairan,Zahir mendongak ke atas memerhatikan langit.

"Pelik.." ujar Aizman.

"Ya.. Sunyi sangat.. Apa yang jadi ni?" soal Zainol dan Zahir menoleh ke satu arah.

Tanpa mereka sedar seseorang atau sesuatu,memerhatikan mereka dari jauh. Matanya bersinar-sinar dan berkerdip kemudian beredar,Aizman menoleh ke arah tempat di mana benda itu berada tadi tetapi malang tiada apa-apa di situ.

"Perasaan aku je agaknya.." gumam Aizman di dalam hati.

Radzen berjalan di sekitar bandar kota negara Beastkin,Eric dan Nicole pula hanya mengekori pemuda di hadapannya.

"Apa rancangan kau seterusnya Radzen?" soal Eric.

Langkah Radzen terhenti dan menoleh ke arah Eric serta Nicole,tenungan mata yang tajam sahaja Radzen berikan. Eric pula hanya dalam keadaan menyilangkan tangan,secara terbalik diletakkan belakang kepala.

Radzen sekadar berpaling dan menyambung langkah,Nicole dan Eric berpandangan hairan dengan gelagat ketua mereka.

"Aik? Dia buat derk je? Apa sial?" soal Eric.

"Mana la aku tahu.. Kau nak tahu sangat kan.. Pergi la tanya.." ujar Nicole.

"Kau nampak kan reaksi dia? Kalau aku tanya pun bukan dia jawab..!" balas Eric.

Radzen teruskan langkahnya dan tidak menghiraukan dua orang rakannya,bayangan seorang wanita yang cedera parah di dalam pangkuan bermain di fikirannya dan Radzen mengetap giginya.

"Niena.." Radzen mengeluh dan kenapa masa ini dia muncul dalam ingatan?

"Sial.." keluh Radzen dan didengari Eric serta Nicole.

Aizman berhenti dengan tiba-tiba,buatkan Zainol hampir melanggarnya. Zahir pula sempat berhenti,Zainol terduduk menekup muka kerana terlanggar belakang kepala Aizman.

"Maaf-maaf Zainol..! Aku tak sengaja.." ujar Aizman membantu Zainol bangun semula.

"Aduuhh Aizman.. Kau ni lah.. Apahal brek emergency ni?" soal Zainol sambil mengurut batang hidungnya.

"Aku rasai daya kuasa yang sama seperti tadi.." jelas Aizman.

Sesuatu mendarat dengan kasar di hadapan mereka,satu kuasa yang amat kuat dan Aizman sudah bergabung dengan Garou. Pedang digenggam kemas begitu juga Zainol,Zahir bersiap-sedia menghadapi sesuatu.

Taring yang tajam dan bunyi suara yang bergetar,ekor dan cakar yang besar. Bio-Wild harimau mengaum kuat di hadapan Aizman dan yang lain.

"EVERYBODY!! COMMENCING BATTLE!!"

"YES CAPTAIN!!"

Aizman memusingkan pedangnya dan Zahir menghela nafas pendek,nafas dingin dan seluruh kawasan menjadi tempat yang sejuk. Zainol menarik dan menghunuskan pedangnya,Bio-Wild harimau menghayunkan cakarnya.

ZRASSH!!!

"Hiyargh!!" Zainol berpusing sebelum menangkis cakaran Bio-Wild tersebut.

Zahir menekup tanah dengan kedua-dua tapak tangan,lalu tanah membeku sehingga 'mengikat' Bio-Wild dengan aisnya dan Aizman terus memecut ke hadapan.

BIO-TAMER : FIRST ENCOUNTER™ (C)Where stories live. Discover now