Chapter 42 : Training & Secret in Past?

316 41 1
                                    

Matahari menjengah dari timur,hari yang gelap diterangi pancaran matahari.  Aizman dan rakan-rakannya masih lagi berada di negara Seraphim,walaupun objektif Aizman telah dicapai mereka mengambil keputusan untuk berada di situ dalam sehari dua lagi.

Kapal armada tersebut diperhatikan oleh sepasang mata,Roger hanya sekadar menghela nafas pendek. Dia berpaling dan beredar dari situ,Roger diminta oleh Ikhwan menjaga kumpulan Aizman sepanjang mereka berada di negara Seraphim.

Aizman terkebil-kebil memerhatikan ke arah lampu,dia bingkas bangun dan turun dari katil. Setiap bilik yang ada di dalam kapal armada agak besar saiz ukurannya,boleh muatkan dalam lima ke enam orang.

"Sebelum mandi.. Ada baiknya aku berlatih.." gumam Aizman sendirian.

Aizman menggeliat panjang dan juga meregangkan ototnya,dia membetulkan posisi badannya. Tangannya digayakan peninju dan melakukan tujahan,satu kali hayunan dan dua kali hayunan.

Supp!! Supp!!

Swossh!

Terjahan kaki pula dilakukan,Aizman ketika itu hanya mengenakan pakaian singlet hitam. Peluh mula mengalir dan memercik setiap kali dia melakukan hayunan penumbuk,nafas dilakukan dengan teratur.

Swossh! Swossh!!

"Hiah!"

Tendangan kaki dilakukan beberapa kali,walaupun Aizman mendedikasikan dirinya sebagai pengkaji yang professional. Tetapi dia tidak lupakan ajaran pertahanan diri daripada ayahnya iaitu Hufaz,posisi badan digayakan dengan teratur.

Gerak liuk tangannya begitu lembut,dia kini dalam keadaan yang fokus. Aizman menarik nafas panjang,kemudian tujahan hayunan penumbuk dilepaskan.

BRAMM!!!

Gegaran pada kapal kedengaran,jelas oleh pihak yang berada dalam Trinity Armada. Putra terkebil-kebil dan Naomi juga terbangun,Farzana segera berkejar ke tempat di mana Aizman berada.

"Woo..." ujar Aizman agak tergamam.

"AIZMAN? Apahal ni?" soal Maya muncul sebaik pintu terbuka.

Aizman menoleh ke arahnya,sambil tersengih dan apa yang lebih mengejutkan Maya adalah keadaan dinding bilik Aizman yang remuk. Tidak lama lepas itu pula,Farzana muncul disusuli Zainol dan Putra.

"Awak nak buat renovate ke apa?" soal Farzana pula dengan muka blur dan Aizman hanya mampu tersengih.

"Boleh panggilkan encik Azaman tak?"

Seketika kemudiannya....

"Seriously captain.." ujar Azaman melihat keadaan dinding bilik Aizman yang rosak dek Aizman sendiri.

"Maaf boss.. Morning practice..." kata Aizman menggosok belakang kepala dan dia baru selesai mandi.

"Kalau nak berlatih.. Bilik latihan ada.. Kelengkapan semua ada.." jelas Azaman sambil memulakan baik pulih dinding yang rosak.

"Kita ada bilik latihan?" soal Aizman.

"Ya ada.. Bilik tu ada di selang lima bilik dari bilik kapten.." kata Azaman dengan muka selamba.

"Kenapa tak beritahu awal-awal..?" soal Zainol.

"Kamu tidak tanya..." jawab Azaman sambil tangan melakukan baik pulih.

Aizman tanpa banyak soal terus ke bilik yang dimaksudkan oleh Azaman,sebaik tiba di hadapan pintu dia dan yang lain agak lama memerhatikan pintu bilik tersebut.

"Tunggu apa lagi? Bukak ah.." ujar Putra.

"Entah tu.. Boleh jadi tunggul pulak.." kata Zainol dan Aizman menahan bengang,dua orang ni tak sebulu tapi bila mengutuk boleh pula sekepala.

BIO-TAMER : FIRST ENCOUNTER™ (C)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant