Teduhan

57 0 0
                                    

Pada titik hujan rintik itu
Aku jadi teringat pada teduhan payungmu
Dengan tenang kita berpayungan
Memerhati luruhnya hujan

Seketika ruang sunyi menyelubung
Lalu aku terkaku kedinginan
Berharap ada engkau
Bisa memanaskan ruang yang ada

Menyelusuri kisah kita
Membuat aku pendam segalanya
Mahu simpan engkau diam-diam
Di sudut paling dalam
Di daerah paling tenang
Kelak mereka tahu, teduhan itu milik aku

Jadi sayang, mahu kah engkau kekal berteduh bersamaku?

Puisi Buku BiruWhere stories live. Discover now