Perempuan

49 1 0
                                    

Terkadang menjadi perempuan itu lelahnya bukan tentang cantik sahaja
Barangkali mereka mengangap perempuan itu mudah
Sedangkan hati nya sangat rapuh
Tidak kompleks tapi tipih
Mudah sekali untuk kau guriskan hatinya
Mudah sekali untuk kau leburkan impiannya
Mudah sekali untuk kau matikan rasanya
Mudah sekali untuk kau goyahkan pendiriannya

Namun acapkali perempuan itu di diskriminasikan
Konon nya perempuan itu lemah
Perempuan itu tertindas
Perempuan itu letaknya di bawah

Ah mudah sahaja bukan?

Dengar ya
Aku tulis sesuatu tentang perempuan
Apakah kau lupa tentang tenangnya perempuan? Goncangnya lembut tapi mengoyah dunia
Apakah kau lupa tentang celiknya perempuan?
Bahasnya tegas tidak pernah lumpuh ingatan
Apakah kau lupa tentang dendamnya perempuan?
Di asah lidah menikam mangsa

Lalu bait-bait mu merendahkan kaum itu hanya kerana kau menjadi Adam?
Kau yang pertama turun ke bumi?
Kau yang menakluki kami?
Kau yang memaksa kering jiwa menongkah arus hidup?
Lalu kau perah keringat
Kau kutip pingat

Banggamu menjadi lelaki durjana?

Dengar ya
Aku tulis tentang perempuan
Beribu tahun dulu
Yang melahirkan anak tanpa suami itu perempuan
Yang menghafaz ribuan hadith itu perempuan
Yang menyusukan manusia agung itu perempuan
Yang kau taktahu menjadi sakti pada dunia itu
Sebenarnya perempuan

Sekali lagi
Tepuk dada mu

Apakah perempuan itu hina?
Atau mudah?

Puisi Buku BiruHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin