3

2.8K 114 11
                                    

BAB 3

Dua tahun kemudian. MOSCOW, Russia. 

RAMBUT lebat separas pinggang dan sedikit keperangan warnanya itu dibiarkan lepas berkilat dan bersinar. Bibir sedia merah dan lembap miliknya dioles sedikit dengan warna merah jambu menaikkan lagi seri di bibir kecilnya. Tubuhnya yang mengenakan knit top warna kuning kundang dipadankan dengan seluar skinny faux leather warna hitam, diteliti di depan cermin. Serta-merta bibirnya menguntum senyum. Jam dicapai dan dililitkan di pergelangan tangan. Sedikit Bombshell Victoria Secret disembur di nadinya sebagai sentuhan terakhir. Beg digalas. Pintu biliknya ditarik dan ditutup. Riang hatinya sambil menyanyi kecil menuruni tangga rumah agam yang sunyi sahaja ketika itu. 

“Kuda ty napravlyayesh’sya?(Awak hendak ke mana?)” tegur suara garau entah dari mana. 

“Tok daddy! Terkejut Aura,” bebel Aura sambil menuruni anak tangga. Cemberut mukanya berjalan ke tepi bahagian ruang tamu. Isaac Iskandar yang duduk yang menyilang kaki dijeling dengan ekor matanya sahaja. 

“Senang hati? Nak ke mana?” 

“Library,” jawab Aura sambil terjengket-jengket kakinya di depan rak kasut yang lebih tinggi darinya itu. Bersusun hampir beratus kasut di dalamnya. Setelah berfikir-fikir akhirnya boot baldu hitam separas buku lali dicapai dan disarung.

“Aura, duduk. Tok daddy nak cakap sikit.” Tegas suara Tuan Megat memberi arahan. Matanya tidak beralih dari kaca televisyen di depannya. 

 “Cepatlah, tok daddy. Aura ada midterm exam esok,” gesa Aura apabila Tuan Megat lama sangat mengambil masa sebelum matanya membulat apabila sekeping sampul surat berwarna putih dilemparkan oleh Tuan Megat di atas pahanya. Bebola matanya beralih kembali ke muka bengis Tuan Megat. 

“Apa lagi ni, tok daddy?” soal Aura bosan. 

 “Buka dan jelaskan.” 

Aura cebir bibir. Muka terpaksa ditayang rela sambil membuka sampul putih di tangannya. Beberapa helai kertas ditarik keluar. Nampak sahaja kepala surat yang berwarna biru itu sudah cukup menjelaskan apa  isi kandung kertas itu.

“Jelaskan, Aura.” 

“Hmmm… Aura… tak…” Ayatnya mati. Wajah bengis Tuan Megat direnung dalam-dalam. Nafas diambil lantas Aura berdiri. Memberanikan dirinya kali ini untuk berdepan dengan Tuan Megat. “Aura minta maaf…” 

“Tok daddy dah lama tahu yang Aura tukar jurusan. Sengaja nak tunggu Aura sendiri yang mengaku tapi nampak gayanya Aura memang degil seperti Aurora. Zachem? (Kenapa?)” Walaupun soalan Tuan Megat ringkas sahaja namun sudah cukup membuatkan Aura takut.

“Sebab Aura tak minat dengan senjata api, tok daddy. Langsung tak sesuai untuk Aura meneruskan perniagaan broker senjata api macam apa yang tok daddy dan abang Isaac sedang usahakan. Aura minat fashion designer! Aura nak teruskan apa yang arwah mama dah buat.” Aura cuba memujuk. Jujur, langsung tak boleh nak hadam mengapa dia perlu terlibat dengan perniagaan yang baginya sangat tidak masuk akal untuknya itu.

“Kau degil macam Aurora! Sebab itu dia mati macam itu! Lembik!” 

“Tok daddy!” 

“Apa? Salah ke apa aku cakap? Sebab dia degil macam kau inilah hidup dia berakhir macam tu!” 

“Habis tu tok daddy nak Aura hidup macam mana? Hidup dikelilingi kegiatan hitam? Senjata api? Bunuh orang sana dan sini? Jual senjata api untuk manusia-manusia tamak? Aura tak akan kotorkan diri Aura dengan semua tu, tok daddy!” 

“Aura!” Bergema suara Isaac. Tubuhnya bangkit berdiri dan riak mukanya jelas sedang menyinga, terkejut dengan kelancangan mulut Aura di depan Tuan Megat yang sepatutnya dihormati itu. 

AURA LUF - TERBIT -Onde histórias criam vida. Descubra agora