9

2.2K 93 4
                                    

WAJAH gadis polos yang sedang lena ketiduran itu ditatap lama. Luf duduk di sisi Aura yang tiba-tiba sahaja pengsan di ruang tamu tadi. Dia yang baru sahaja mahu memejamkan matanya untuk berehat setelah seharian penat menghadap bermacam-macam perkara berkaitan Aura dikejutkan pula dengan suara Cik Nin yang mengatakan Aura pengsan. 

Mata tajam Luf bermain-main di seluruh wajah Aura. Tidak dinafikan Aura sememangnya dikurniakan wajah yang sangat cantik. Alis mata yang cantik terbentuk, sepasang mata yang bulat, anak mata hazel terang, hidung sederhana mancung dan bibirnya kecil dan nipis sahaja. Tidak terlalu kurus dan tidak terlalu bulat bentuk wajahnya. Rambut dark brown asli miliknya yang mungkin diwarisi daripada Aurora juga nampak sangat memikat hati. Paling istimewa, warna kulit Aura yang kecoklatan itu sememangnya menaikkan lagi imej seksi dirinya. 

Mata Luf jatuh pula pada batang leher Aura. Kemudian berhenti lama di kedua-dua belah dada Aura yang berombak tenang menghela nafas. Tertelan liurnya menggerak-gerakkan halkumnya. 

“Tuan Gabriel.” 

Luf tersentak. Matanya terpejam dan dia mendesis kecil. 

 “Hmmm,” jawab Luf dengan hanya berdeham begitu. Langsung tidak berpaling. Matanya kembali menatap wajah lena Aura. Sempat matanya menari-nari nakal di bibir merah ranum milik Aura. 

“Cik Nin nak lap badan Cik Aura dan tukarkan dia baju.” 

“Okey,” balas Luf ringkas sebelum dia bangun dan berdiri di tepi katil memberi laluan kepada Cik Nin. “Cik Nin, lepas ni jangan panggil saya Gabriel. Panggil saya Luf.” 

Terangguk-angguk Cik Nin menandakan yang dia faham. Ini sudah masuk kali kedua Luf mengingatkannya tentang itu, sering sahaja Cik Nin terlepas kata. Cik Nin kemudiannya menyelak perlahan selimut yang menutupi bahagian bawah pinggang Aura dan diletakkan ke tepi. Hujung t-shirt yang dipakai oleh Aura pula mula ditarik perlahan-lahan ke atas.

Luf terus memakukan matanya ke arah tubuh Aura sebaik sahaja t-shirt yang ditarik oleh Cik Nin menampakkan bahagian perut. Kulit perut Aura yang nampak sangat mulus dan landai itu ternyata berjaya mengiurkan Luf yang sejak tadi tidak lepas memandang. 

“Tuan Luf memang nak tunggu Cik Nin siapkan Cik Aura ke?” soal Cik Nin. Agak kurang selesa bila Luf terpacak di situ memperhatikannya membuat kerja. Tidak pernah-pernah pun Luf menunggu dia menyiapkan kerja. Jangan kata tunggu, nak tengok muka Luf dekat rumah pun susah. 

“Cik Nin nak saya tolong ke?” soal Luf cuba mengawal gelabahnya di depan Cik Nin yang sekarang mungkin sedang merasakan Luf ini sengaja mahu mengambil kesempatan terhadap Aura. 

“Tak apa, tuan. Cik Nin boleh buat.” 

“Betul ni? Boleh ke angkat Aura ni? Larat?” 

“Boleh, tuan. Cik Aura ni kecil aje, tuan.” Tersengih-sengih Cik Nin melihat Luf yang terlebih prihatin saat ini. Bukannya dia tidak tahu apa yang ada di kepala majikannya itu. Huh, lelaki!

“Saya masuk bilik saya dulu. Bila Cik Aura dah sedar, panggil saya.” Seraya itu Luf memandang sekilas ke arah Aura sekali lagi sebelum dia melangkah keluar.





AURA tersedar bila terdengar seakan bunyi pintu ditutup. Perlahan-lahan matanya dicelik dan semakin membesar bila mata menangkap suasana tempat yang sangat asing di pandangan mata. Ruangan bilik yang bertemakan warna putih keseluruhan dekorasinya itu diperhatikan sambil otak ligat memikir.

AURA LUF - TERBIT -حيث تعيش القصص. اكتشف الآن