4

2.9K 131 26
                                    

BAB 4

SANTAI sahaja gayanya malam ini. Kemeja berwarna kelabu muda dan berlengan suku menampakkan urat tangannya yang sasa. Dikenakan pula dengan seluar khakis berwarna hitam sudah cukup menampakkan gaya maskulinnya. Pewangi badan yang digunakan menaikkan aura maskulinnya. 

“Betul-betul nak menjala kau malam ni, Gabriel? Kalahlah aku.” 

Gabriel tersenyum senget mendengar celoteh Uwais. “Bukan menjala. Kalau menjala, hasilnya banyak tetapi aku nak memancing. Hanya satu yang melekat dekat joran aku.” 

Uwais mencebikkan bibir. “Seriuslah kau nak try adik Isaac tu? Sebab apa?”

“Aku bukan try. Aku NAK dia. Bila aku nak, aku akan dapatkan,” ujar Gabriel dengan suara garau yang ditahan-tahan sambil tersenyum senget penuh muslihat. Mata terbayang-bayang figura Aura. 

“Apa rancangan kau sebenarnya ni, Gabriel? Apa-apa pun, jangan buat benda bodoh sudahlah. Apa yang aku tengok, Aura ni bukan macam gadis-gadis lain dekat sini. Masa aku tegur dia dengan kawan dia dekat dataran tadi, sikit pun dia tak hairan dengan aku yang kacak ni tahu tak? Siap mengelamun lagi tu. Nasib baik kawan dia mengancam jugak!” 

“Aku tahulah apa aku buat. Gabriel tak pernah gagal,” Gabriel memerhati seluruh kawasan private pub yang dijadikan tempat untuk majlis hari jadi sepupunya malam itu. Dia hanya duduk bersandar di meja bar memandang ke setiap orang yang ada di dalam pub yang mula dipenuhi dengan keluarga dan beberapa kenalan mereka. 

Air yang diambil dari pelayan tadi diteguk berkali-kali. Gelas yang baru singgah di bibirnya serta-merta terhenti, tidak jadi diteguk airnya saat matanya menangkap dua susuk tubuh yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam private pub itu. Serta-merta bibir nipisnya mengukir senyum segaris. 

AURA masuk mengekori Deandra di hadapan. Kekok. Aura tidak biasa dengan suasana parti di dalam pub begini. Versace Casa Print Minidress milik Aurora yang dipakainya dibetulkan kedudukannya. Clutch warna hitam dipegang erat. Puas dia menolak ajakan Deandra yang bersungguh-sungguh untuk menemaninya ke parti ini namun melihat kesungguhan Deandra yang sanggup meminta keizinan Tuan Megat sendiri, akhirnya Aura tewas juga. 

Boleh tahan mewah juga pub ini. Dekorasi parti hari jadi juga nampak mahal. Tema Channel. Segalanya ada lambang Channel. Bunyi muzik yang dipasang juga tidaklah terlalu kuat dan bingit seperti pub yang lain atau mungkin sahaja parti belum bermula?

“Uwais!” jerit Deandra sedikit kuat cuba untuk menyaingi bunyi muzik barangkali. Tangan naik melambai ke arah seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna putih serta seluar berwarna coklat itu.

 “Jom, parti baru nak mula ni. Tengah tunggu birthday girl. Duduk minum dulu, jom?” ajak Uwais. Selamba sahaja tangan Deandra ditarik dan digenggam oleh Uwais. 

“Margarita?” soal Uwais sambil tersenyum sebaik sahaja mereka duduk di meja yang berdekatan dengan kaunter bar itu. 

“Jus!” Pantas sahaja Aura menyampuk. Matanya dijegilkan ke arah Deandra yang nampak seperti mahu membangkang. Pantas lengan Deandra ditarik merapatinya. Bibirnya didekatkan di telinga Deandra. “Bukan kali ni, Dean. Kau kena balik dengan aku. Nanti tok daddy tahu kau minum, mati aku.” 

Deandra hanya mengeluh dan bibirnya dicebirkan. Uwais yang memerhati hanya tersenyum lantas mengambil dua gelas jus oren dan dihulurkan kepada Aura dan Deandra. Matanya tertancap lama pada wajah cantik dan comel Aura. 

Aura diam menikmati jus di tangannya. Deandra pula masih seronok berborak dengan Uwais. Mata Aura sesekali dapat menangkap tangan Uwais yang nakal merayap di beberapa bahagian tubuh Deandra. Aura biarkan sahaja kerana tuan punya badan sendiri seperti merelakan bahkan makin seronok bergelak tawa. 

AURA LUF - TERBIT -Donde viven las historias. Descúbrelo ahora