6

2.5K 92 18
                                    

KAU betul pasti ke dengan apa yang kau nak buat ni, Aura?” Entah untuk kali ke berapa Deandra berputar pada soalan yang sama sahaja dan berpuluh kali juga Aura memberikan skema jawapan yang sama. Naik rimas Aura.

“Dean, you risau sangat kenapa? Dia balik Malaysia. Negara paling selamat!” sampuk Uwais sambil tergeleng-geleng kepalanya, pening dengan sikap terlalu menggelabah Deandra malam ini. 

“Okey! Aura, ingat pesan aku. Hati-hati dan tolong jaga diri kau baik-baik dan pastikan bila kau balik sini satu calar pun tak ada! Kalau papa kau mula nak belasah kau lagi, kau lari laju-laju sekuat hati kau, okey?” pesan Deandra bersungguh-sungguh. Masih terbayang-bayang di depan matanya parut-parut di belakang tubuh Aura kesan perbuatan tidak berperikemanusiaan Tuan Nuh.

“Ya, Dean. Aku jaga diri aku. Kau tu, jangan lupa hantar tugasan kita. Kalau kita gagal, siap kau!” 

“Oh, Aura…” Deandra menarik tubuh Aura dan dipeluk kuat sahabatnya itu. Risau betul. Aura itu terlalu polos dan mudah ditindas orangnya. Hatinya terlalu baik dan mudah sangat beralah pada sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Bila bersendirian begini dapat ke Aura bertahan?

“Jangan risaulah. Sekejap aje. Nanti aku balik,” pujuk Aura cuba menyedapkan hati Deandra. Padahal diri sendiri tidak tahu apa yang akan bakal dia hadap di sana. 

Uwais hanya diam memerhati. Melihat kepolosan dan wajah Aura yang nampak seperti sedikit gusar itu membuatkan hati Uwais mula rasa serba salah yang menggunung. Apa sahaja yang Gabriel mahu lakukan, dia berharap sangat ianya tidak akan memudaratkan diri gadis sebaik Aura. 

“I pergi daftar masuk untuk you, Aura,” ujar Uwais sebelum melangkah meninggalkan dua orang sahabat itu. 

Deandra memerhati Aura dari atas sehingga ke bawah. Bereya betul nampak gayanya Aura mahu lari dari rumahnya. Deandra lihat dirinya pula. Duh! Baju seksi pada musim sejuk begini? Seakan ‘anak ayam’ pula dirasakan!

“Dean, aku nak pergi tandas dululah,” bisik Aura. 

“Kau ni, lagi 20 minit nak panggil masuk dah. Tunggulah dekat dalam nanti baru melepas pun.” 

“Mana boleh tahan! Kau ni! Sekejap. Kau tunggu Uwais dekat sini. Nanti dia cari pulak.” Aura bangun dan terus sahaja meninggalkan Deandra di situ. Langkah dibawa mencari tandas.

Usai urusannya, Aura melangkah keluar dari tandas sambil-sambil tangan sibuk mengibas-ngibas baju yang sedikit basah akibat terpercik air ketika dia membasuh mukanya bagi mendapatkan sedikit kesegaran memandangkan dia bakal menempuhi tempoh penerbangan yang agak lama sebentar lagi. 

Kepala dipanggung dan topi yang masih kemas terletak di kepalanya yang banyak membantunya untuk menyorokkan identitinya malam ini dibetulkan sebelum jantungnya tersentak hebat saat mata terpandangkan beberapa orang lelaki yang sangat Aura kenali sedang sibuk memerhati kawasan sekeliling lapangan terbang ini.

Tahu siapa sasaran mereka, segera Aura menyorokkan tubuhnya di tepi deretan loker yang berhampiran dengan tandas. Leher dipanjangkan untuk mengintai dan Aura menggumam gelisah bila mana tahu yang dia sudah terperangkap di situ. Kuku jari kelingkingnya digigit-gigit tanda betapa gelisahnya Aura saat ini. Perlahan-lahan kaki melangkah berundur. Tidak boleh terlalu lama di sini. Pasti dia akan tertangkap nanti!

Buk! 

Langkah Aura serta-merta mati. Semakin mencanak-canak naik meter debaran di dadanya saat jelas terasa belakang tubuhnya terlanggar sesuatu yang sangat keras. 

“Miss Aura?”

Mati. Tidak mahu ambil risiko tertangkap sebegini awal, tanpa berpaling langsung terus sahaja Aura membuka langkah seribu. Berjalan laju pada mulanya sebelum mula berlari entah ke mana-mana arah yang langsung tak mampu untuk dia fikirkan saat ini. Meliar matanya sambil berlari, cuba-cuba mencari kelibat Deandra atau pun Uwais namun hampa bila Aura langsung tak tahu di mana dia berada di saat ini. 

AURA LUF - TERBIT -Où les histoires vivent. Découvrez maintenant