Teaser 5 - Just sex partner

2.4K 44 0
                                    

Sampai hati abam Bar ... Sian Tasneem. 😢

***

Jatuh rahang Tasneem melihat ruang presidential suite itu. Gila luas! Kakinya melangkah ke tepi cermin yang terbentang luas itu. Jelas kelihatan bumi Cardiff di luar sana.

"Bar… kenapa sampai membazir macam ni? Bila you kata you booked bilik. I tak jangka you booked bilik ni." Tasneem kalih pandang pada Barith yang sedang berjalan ke arahnya.

Barith senyum. Jaketnya disangkut ke sofa sebelum mendekat pada Tasneem. Tubuh gadis itu dipeluk dari belakang.

"Anything for you, beautiful. Aku pilih bilik ni sebab aku nak kau selesa dengan aku." Bibirnya jatuh ke kepala Tasneem. Menggesel lembut hidungnya ke rambut gadis itu. Ah! Dia rindukan haruman dari Tasneem. Rindu segala-galanya tentang gadis itu.

Tasneem pejamkan mata. Senang diperlakukan begitu oleh Barith. Ya. Walaupun kadang-kala Barith menjengkelkan dengan sikap baran dan terburu-burunya. Namun, jauh di sudut hati Tasneem, Barith punya sisi baik sendiri. Sentuhan lelaki itu sentiasa lembut padanya. Seolah setiap sentuhan itu punya rasa cinta penuh berbunga untuknya. Tapi, Tasneem tidak berani menanggung beban kecewa nanti. Dia tahu Barith mahukannya hanya kerana sebuah nafsu. Mustahillah kerana cinta seperti yang dia fikir.

"I selesa di mana-mana pun, Bar. Asalkan dengan you." Lengan lelaki itu yang melingkari pinggangnya diusap lembut.

"Betul ni?" tanya Barith sebelum memusingkan badannya menghadap lelaki itu.

Tasneem koyak senyum manis. Tangannya dibawa ke bahu Barith. Mengangguk kecil tanda dia bersungguh dengan kata-katanya.

"So, kita mula dari sini," ujar Barith dengan senyum nakal. Tak semena-mena Tasneem terasa punggungnya diangkat. Buntang matanya memandang tepat wajah Barith. Barith lingkarkan kakinya ke pinggang lelaki itu. Gulp! Cepat Tasneem menelan liur. Jangan cakap Barith nak mula dari tepi tingkap ni!

"Jangan buat muka terkejut macam tu. Jangan risaulah, orang tak nampak apa kita buat." Bila Barith menyembam muka ke lehernya. Tasneem pasrah. Siapa suruh dia mengaku selesa dengan Barith di mana-mana. Yang dia maksudkan lain. Lelaki itu fikir lain pula!

****

Bunyi deringan telefon yang tidak henti-henti dari telefon bimbit Barith mengganggu lena Tasneem. Sudahlah dia letih. Apa tidaknya, Barith betul-betul kerjakannya. Setiap pelusuk ruang bilik itu Barith gunakan. Gila betul! Dan sekarang dia rasa macam nak demam.

"Bar.. your phone.." Tasneem kejut Barith yang sedang berdengkur itu dengan mata terpejam. Tangannya masih melingkari dada sasa suaminya itu.

"Hurmm.. biarlah." Barith buat tak peduli. Malah makin erat pula Barith balas pelukannya.

Lega telinga Tasneem bila telefon bimbit Barith berhenti berdering. Bolehlah dia sambung tidur dengan tenang.

Tapi sebentar cuma. Kali ini, bilik mereka pula diketuk kuat. Berkali-kali.

Dahi Tasneem berkerut. Kalau di Malaysia, bunyi ketukan begini macam pencegah maksiat buat pemeriksaan saja. Tapi sini bukan Malaysia.

"Bar.. pergilah tengok siapa datang tu," suruh Tasneem selepas bangkit duduk.

"Halah... Housekeepinglah tu kot. Dah. Jom sambung tidur." Barith tarik tangan hingga Tasneem terbaring semula.

"Taklah Bar. I tak rasa tu housekeeping. Telefon you pun tak henti berdering sejak tadi. Ada orang cari you agaknya." Tasneem buat tekaan sendiri. 

Barith buka mata. Siapa pula yang mencarinya sampai ke sini? Telefon bimbitnya dicapai. Berkerut dahinya melihat nama yang tertera pada panggilan tidak dijawab. Thania?

Sekali lagi bunyi ketukan mengganggu mereka. Barith mendengus rimas. Gebar ditolak ke bawah sebelum kain tuala dikenakan ke pinggangnya.

"Sekejap, aku pergi tengok," beritahunya pada Tasneem.

Pintu bilik dibuka. Entah siapa yang mengganggu mereka pagi-pagi begini. Mulalah dia rasa nak marah.

"Bar! Jadi betullah you datang sini."

Berkerut dahi Barith bila melihat Thania sedang berdiri tegak di hadapan pintu suitenya itu.

"You buat apa di sini?" tanya Barith kehairanan.

"I risaukan you. Semalam you pergi macam tu aje. Then, PA you kata you tempah suite dekat sini. Mujur  kawan papa orang kuat dekat sini. So, dia tolong I cari bilik you." Thania mendekat pada Barith. Memberitahu dengan manja. Tubuh Barith yang tidak berfabrik itu buat dia rasa mahu terkam.

"Sekejap! Siapa suruh you cari I? My dad?" Barith tahan langkah Thania.

"Tak ada siapa suruhlah. I yang risaukan you. Semalam PA you kata you nampak serabut. So.."

"I'll fire her," gumam Barith. Berang betul dengan sikap tidak amanah pembantunya itu.

"Balik. I tak mahu jumpa sesiapa," halau Barith tegas.

"Tapi Bar.. I cuma.." terkelu Thania melihat wajah ketat Barith yang seolah tidak suka akan kehadirannya.

"Bar.. siapa yang datang tu?" Suara halus seorang perempuan menyentak Thania. Perempuan? Sejak bila Barith tahu bawa perempuan masuk hotel?

Barith hela nafas keras. Bagus! Sekarang rahsianya bakal terbongkar.

"Bar? Apa semua ni? You bawa perempuan masuk hotel Bar? I tak sangka you macam ni. Luth kata you bukan kaki perempuan. Apa ni?" Melengking suara Thania menyoal Barith. Lebih sakit hati bila melihat perempuan itu hanya berjubah mandi.

Tasneem yang baru sampai di muka pintu itu sedikit terkejut melihat ada seorang perempuan berambut perang di hadapan pintu. Kekasih Barith? Tasneem tertanya sendiri bila melihat reaksi wanita itu. Seolah seorang isteri sedang menangkap suaminya yang curang.

"Hey! Hey! Yang you nak terpekik terlolong ni kenapa? Apa masalahnya kalau I bawa perempuan masuk hotel pun? Dah. Pergi balik." Halau Barith lagi sambil menarik tangan Tasneem masuk ke dalam bilik.

"Barith! How dare you? I bakal tunang you Bar!" pekik Thania sebelum pintu bilik itu tertutup rapat.
Dada Tasneem bagai dipanah petir mendengar pengakuan itu. Barith mahu bertunang? Kenapa dia tak tahu?

💕💕💕

Bunyi deringan telefon bimbit Barith menerbangkan lamunannya.

Barith terpisat-pisat bangun dari tidur. Telefon bimbitnya dicari.

Melihat panggilan dari Malaysia itu terus dia bangkit duduk.

"Yes, Dad?" Dia menjeling pada Tasneem seraya bangkit berdiri. Matanya memberi isyarat bahawa dia akan menjawab panggilan itu di luar bilik.
Tasneem menyarung jubah mandi ke tubuhnya. Dia mahu ke bilik mandi sebelum langkahnya terhenti di depan pintu bilik yang terbuka sedikit itu.

"Come on pa… again? How many times I’ve told you. I tak akan setuju dengan keputusan you. I will not marry her." Tegas suara Barith. Entah kenapa Tasneem rasa tak sedap hati. Dia mula rasa Barith akan pergi dari hidupnya.

"No, bukan sebab dia. She just my sex partner. Kenapa? Kalau you boleh usung perempuan sana-sini. Kenapa pula I tak boleh? But married? Hell no. I’m not ready yet."

Tasneem tekup mulut. Langsung melangkah laju ke bilik air.

Birai sinki digenggam kuat. Air matanya mengalir laju jatuh ke pipi.

Apa Tasneem? Apa yang kau harapkan dari dia? Cinta? Dia cuma anggap kau teman tidur dia. Dia tak cintakan kau langsung Tasneem… Dia tak cintakan kau.

Tubuh Tasneem melorot ke bawah. Lutut dibawa ke dada. Ditekup muka ke kepala lututnya. Bahunya mula terhenjut-henjut membuang tangis.

Dia tak patut cintakan lelaki itu. Dia tak patut menaruh harapan bahawa perkahwinan mereka akan membuah cinta di hati lelaki itu. Dia tak patut perjudikan dirinya demi cinta yang menyakitkan.

💕

BARITH, CAN'T UNLOVE YOU

Kombo Lelaki Setia berbaki 699 set lagi.  32 days left.

BARITH, CAN'T UNLOVE YOU (NOVEL)Where stories live. Discover now