_B A B_3_

1.5K 47 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TEPAT 12.25 minit tengahari, kereta yang dipandu memasuki perkarangan sebuah bangunan sekolah khas. Berjarak dua puluh minit perjalanan dari kampung. Safiya perlu menunggu lima minit sebelum kelas tamat. Paling penting dia perlu ada di situ sebelum Afiq keluar atau adiknya akan buat perangai.

Melihat beberapa orang ibu bapa menuju ke muka pintu depan bangunan dua tingkat itu, Safiya segera melangkah keluar dari kereta yang masih berbunyi deruan enjin. Langsung tak dipedulikan pada mata-mata yang memandang.

Kenapa? Tak ada yang pelik rasanya. Dia seorang gadis yang berjiwa brutal. Dengan kemeja lengan panjang, jeans dan tudung, sesuailah dengan Honda Civic i-Vtec lama bersama deruman enjin yang berbunyi seperti kereta lumba. Abang Mazli punya pasal ubahsuai kereta siap pasang racing seats merah demi tak mahu kereta itu dibawa lari lagi.

Terlihat kelibat Afiq tapi Safiya masih berdiri di situ. Hanya memandang adiknya dari kejauhan. Saat menyedari kewujudan, wajah Afiq serta-merta berubah. Terus berlari mendekati lalu mendakap kakaknya erat.

"Ara..."

"Hai, Fiq. Macamana sekolah? Best?" Safiya menggosok-gosok rambut di kepala itu. Masih juga Afiq mendakap pinggangnya erat bagai tak nak lepas.

"Best!" Afiq mengangkat ibu jari.

"Okey. Jom kita balik. Nanti lambat nak masak donut"

"Nonut. Nak! Best!" Afiq tetap tersenyum-senyum.

Safiya menuntun adiknya di bawa ke pintu sebelah. Disuruh duduk, kenakan tali pinggang keledar sebaik mungkin. Kemudian barulah dia ke sebelah pemandu memboloskan diri ke dalam. Pukul satu nanti dia perlu ke Mimi's Bakery untuk menyiapkan tempahan.

Rutin kehidupan seharian. Walaupun letih, tak pernah dirungutkan.

Hidup mesti terus.

Afiq memainkan jemari di ribaan. Sekejap memandang sambil tersenyum. Pipi kakaknya dicuit-cuit dengan hujung telunjuk sebelum dikucup. Tingkah seorang anak autisme yang sentiasa perlu diberikan perhatian.

LANGIT MASIH BEGITU || telah terbit 2024 - DearNovels ❤Where stories live. Discover now