_B A B_5_

1.3K 46 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MATA memandang Afiq yang leka bermain pasir pantai. Kemudian dikembalikan pada telefon di tangan. Video call untuk ayah memberitahu dia lambat balik hari itu. Disuruh Tok Abah supaya menunggu kepulangan mereka dari Kuala Lumpur.

"Kalau ayah mengantuk ayah tidurlah, ya. Mungkin pukul lima juga Aira sampai ke rumah. Ayah tak payah tunggu Aira, ya," Aira Safiya memberitahu sedang ayahnya hanya terangguk-angguk. Memandang tanpa mampu membalas percakapan.

"Afiq ada. Tu..." telefon dipusing ke belakang. Menunjuk pada ayah, adiknya yang sedang menggali pasir di bawah redup naungan pepohon rhu di perkarangan resort.

Pak Omar kebil-kebil biji mata. Mulut bergerak untuk bersuara namun tak berupaya.

"Kenapa? Ayah nak datang ke pantai ke? Balik nanti Aira bawa ayah datang sini, ya? Tapi Aira nak kena tunggu Tok Abah dulu," beritahu Safiya.

Benar dia tahu apa yang ayah mahukan. Seharian berkurung di dalam rumah, dua hari sekali dia akan bawa ayahnya ke pantai. Ada kalanya ditanam dalam pasir separas pinggang. Sesetengah orang berpendapat ia boleh menjadi salah satu proses penyembuhan. Lalu tak salah untuk dia mencuba. Bukannya perkara syirik. Kan?

Pak Omar terangguk-angguk. Senyum-senyum.

Tumpuan Safiya teralih saat telinga mendengar bunyi deruan enjin kereta yang memasuki perkarangan resort. Segera dia bangun dari kerusi santai yang diduduki lalu menjengah ke daratan.

Dengar pada bunyi memang boleh lawan enjin kereta dia.

Sebuah kereta berwarna merah diberhentikan betul-betul di sebelah kereta hitam miliknya. Lama menunggu mahu melihat tuan punya, langsung tak keluar. Lalu Safiya kembali duduk. Skrin telefon dipandang.

"Okeylah, ayah. Aira letak phone dulu. Bye ayah," tangan melambai.

Pak Omar turut melambai sebelum talian terputus. Sudah tiada wajah anaknya.

"Dah. Kita masuk dapur. Abang nak minum tak?" Maznah bertanya lembut. Taat seorang adik kepada abangnya. Langsung tak rasa ia menyusahkan.

Takdir yang menimpa mereka hanya perlu diredhai bukan dikesalkan. Kalau dia tak kuat, Safiya mungkin akan kecundang. Sedangkan anak saudaranya itu menjadi tunjang kekuatan Omar.

LANGIT MASIH BEGITU || telah terbit 2024 - DearNovels ❤Where stories live. Discover now