_B A B_7_

1.1K 46 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BENAR seperti yang dikata, dari jauh sudah boleh nampak kereta merah itu. Masalahnya kenapa datang ke baruh? Kan dah kena! Hailah! Apa-apa saja anak orang kaya ni.

"Itu ke VVVVVIP yang kau kata tu, Pia? Audi tu..." panjang leher Mirul mengintai selepas Safiya memberhentikan kereta di belakang kereta mewah itu.

"Ha'ah! Tapi janji. Apa-apa yang kau tengok tak kiralah kelakar ke tak kau jangan nak gelak. Tahan aje. Nak gelak sampai bergolek pun tunggu balik rumah dulu."

Dan-dan Mirul tergelak. Kerana dia sudah boleh mengagak. Sudah boleh nampak juga. Paling dapat dilihat cemburut wajah tuannya yang sedang meneropong.

"Eh! Kan aku dah kata jangan gelak. Karang puaka kerek tu berbunyi baru kau tahu," marah Safiya. Tali pinggang keledar dilepaskan.

"Puaka kau panggil dia, Pia? Hebat. Siapa guest tu? Rasanya aku tak nampak dia check-in hari ni," Mirul memandang dengan riak keliru.

Dia kan receptionist. Penyambut tetamu. Orang pertama yang akan ditemui guest yang berkunjung ke Aryani Resort.

"Cucu Tok Abah."

"What?" hampir terpercik air liur Mirul. Terkejut punya pasal.

"Syhh! Jom," Safiya membuka pintu kereta sedangkan Raef terpicing meneropong. Terpandang wajah gadis yang keluar dari bahagian pemandu, bulat biji matanya sekejap.

Kenapa mesti dia? Takkan tak ada orang lain dalam seramai-ramai staf resort?

Safiya ke belakang terlebih dahulu mengambil botol besar berisi air di dalam bonet. Bawa ke depan. Belum sempat mendekat hidungnya sudah bergerak-gerak. Comfirm puaka kerek itu terpijak 'bom' fresh.

Hahahah! Itulah balasannya bagi orang yang menghina anak yatim. Di atas muka bumi ALLAH Taala dah bayar cash. Nanti tak banyak sangat dosa yang perlu dibawa ketika hari perhitungan.

"Kau ni buat kerja memang lembap, kan? Berapa lama aku nak tunggu kat sini? Tak boleh datang cepat-cepat?"

Terhenti langkah Safiya sebelum kembali disambung. Dalam hati dia menyebut satu ayat. Ignore! Ignore! Ignore! Puaka kerek tu baru kehilangan papa dia. Dan Safiya tahu bagaimana rasanya. Sama seperti yang dia rasa ketika arwah ibu meninggal. Serasa mahu melompat terjun ke dalam parit.

LANGIT MASIH BEGITU || telah terbit 2024 - DearNovels ❤Where stories live. Discover now