_B A B_9_

1.1K 42 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


RUTIN saban hari, siap mandikan ayah pakaikan baju, sapu bedak biar wangi. Kemudian suapkan breakfast dan ubat. Sejak tersedar dari koma enam bulan yang lalu, ayahnya cuma boleh makan nasi bubur. Minum susu yang disedut menggunakan straw. Tapi Safiya bersyukur yang teramat sebab ayah sudah menunjukkan kesembuhan yang tak dijangka.

Lebih setahun terlantar koma, doktor menjangkakan ayahnya tak mampu untuk sedar. Tapi sekarang ayah sudah membuktikan telahan doktor salah belaka. Ayah bukan saja mampu sedar, tapi sudah menunjukkan tanda-tanda positif untuk sembuh seperti sediakala.

Hari ini jumaat, jadi Safiya tak perlu menyiapkan Afiq ke sekolah. Dibiarkan adiknya tidur sampai puas sementara dia membantu Mak Nah di warung sana. Bila sudah bangun nanti comfirm Afiq akan berteriak memanggil namanya.

Seperti biasa juga sebelum ke warung, kerusi roda ayah diletak ke depan pintu rumah. Televisyen dibuka siaran Oasis.

Kalau hari biasa, Safiya mula bekerja pada pukul lapan pagi. Di hujung minggu, pukul tujuh sudah ke warung Mak Nah yang terletak di pinggir jalan sana. Hari minggu juga pelanggan lebih ramai dari biasa.

Pukul 7.30 pagi Safiya menerima whatsapp dari Tok Abah menyuruh bungkuskan sarapan. Sekejap lagi Raef Afham akan datang mengambil.

Membaca nama itu, spontan Safiya mengeluh.

Boleh tak kalau dia orang tak berjumpa lagi? Malas dia nak bertekak, bergaduh, bercakar. Cukuplah dengan apa yang berlaku semalam. Memang Safiya malas nak melayan. Lalu dia siapkan tiga bungkus nasi kerabu ayam bakar, sebungkus bihun goreng yang dimasak hari itu juga kuih muih seperti yang Tok Abah pesan.

Dua puluh minit kemudian, kelibat kereta merah ternampak di pandangan. Cepat-cepat Safiya angkat punggung dari kerusi terus mengelek nota tebal lalu masuk ke dalam. Kalau boleh dia tak mahu tengok muka itu. Tak nak Raef tahu kewujudan dirinya juga.

Haih! Dah jadi Raef tak ada puaka kerek lagi?

Sengaja Safiya mahu menyebut elok-elok dari mendapat dosa free. Nanti bertambah dosa yang perlu ditanggung. Dan dia juga tak mahu menjadi beban ayah dunia mahupun akhirat hanya kerana tingkah seorang anak gadis yang agak keterlaluan.

LANGIT MASIH BEGITU || telah terbit 2024 - DearNovels ❤Where stories live. Discover now