BAB 14

7.1K 419 63
                                    

"Kenapa tak nak kahwin dengan lelaki pilihan Mak Long tu?"

"Kenapa tanya? Ada kaitan dengan awak ke?"

"Ada."

Irdina jongket kening. Raid Ehsan senyum pula.

"Awak jangan sibuk hal saya boleh tak? Tak ada kena-mengena pun dengan awak." Sedikit rasa kurang senang Irdina menuturkan ayatnya.

"Aku bukan nak sibuk..." Raid Ehsan berhenti sejenak, cuba menyusun kata dalam benak fikirannya.

"Aku cuma nak tahu keputusan kau je." Sambungnya.

"Kenapa nak tahu? Penting ke bagi awak?"

Raid Ehsan senyum sedikit.

"Dah la. Saya malas nak cakap dengan awak. Pergi la balik. Dah lama awak kat sini. Nanti orang mengata pulak." Ujar Irdina lalu mengorak langkah masuk ke dalam rumah.

"Wait."

Terhenti langkah Irdina.

"Apa lagi?"

"Dah cari rumah baru?"

"Tak faham."

"Jangan la buat-buat tak faham. Aku tahu lah apa yang Mak Long kau cakap hari tu."

"So?"

"Aku boleh tolong kau."

Irdina diam. Berat hatinya mahu mempercayai lelaki ini.

"Apa kata kau tinggal je dekat villa keluarga aku tu. Rumah tu bukannya ada orang pun. Ada pembantu rumah dengan tukang kebun je."

"Gila awak ni. Tu bukan nak menolong, nak menambah masalah lagi ada lah." Sedikit meninggi suara Irdina.

"Why? Salah ke?"

Irdina mengeluh kecil.

"Tinggal satu rumah dengan awak? Memang tak lah. Haram tahu tak?!" Marah Irdina.

Raid Ehsan tertawa pula.

Irdina terus menghadiahkan jelingan tajamnya.

"Aku stay dekat penthouse dengan Zein. Jadi kau boleh tinggal dekat villa tu."

"Saya tak nak."

"Kenapa tak nak?"

"Orang macam awak ni mana boleh percaya." Ujar Irdina.

"Suka hati kau lah. Aku nak tolong kau sombong pula. Jangan sampai kau kena halau macam kucing kurap dah la."

Buntang mata Irdina. Dia disamakan dengan kucing kurap pula. Dasar mulut celupar mat salih ni. Tak ada insurans. Getus hati Irdina.

"Awak balik nanti jangan lupa kunci pintu pagar tu." Ujar Irdina dan cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat dan dikunci.

Raid Ehsan yang duduk di bangku di luar rumah hanya tersenyum kosong. Seolah-olah tiada perasaan.


"Mana Raid?"

"Dah balik."

"Aik dah balik? Bukan ke dia cakap nak makan tengahari kat sini? Cepatnya balik."

"Tak tahu lah. Ada hal lain la tu." Ujar Irdina sambil berjalan masuk ke dapur.

Puan Mardhiah mengeluh.

"Mak masak banyak ni siapa nak habiskan? Raid cakap nak makan udang masak lemak cili padi. Mak dah masak dah ni, dia balik awal pula." Rungut Puan Mardhiah. Semangkuk besar makanan kegemaran Raid Ehsan dipandang. Membazir saja masak banyak-banyak.

RAID IRDINAWhere stories live. Discover now