BAB 28

9.1K 473 38
                                    

Irdina tersenyum memandang Raid Ehsan yang tak jemu-jemu melayan Aqif dan Aira. Sifat seorang ayah sudah menebal dalam diri lelaki itu. Irdina akui dia sukakan Raid Ehsan yang sekarang walaupun layanan lelaki itu terhadapnya tidak sepertimana dia melayani Aqif dan Aira. Kadang-kadang tersangat sinis cara layanannya terhadap Irdina.

Pun begitu Irdina bagaikan sudah lali dengan layanan yang tidak begitu memuaskan hatinya itu. Sudah hampir sebulan usia perkahwinan mereka. Semakin lama semakin terserlah sifatnya yang sebenar. Mungkin kata ibunya benar belaka. Raid Ehsan lelaki yang baik dan boleh diharap.

Dan mungkin Irdina yang sentiasa memikirkan perkara yang tidak baik terhadap lelaki yang bergelar suaminya itu. Namun, segala telahan negatifnya selama ni sudah semakin menipis dek kerana Raid Ehsan yang sentiasa cuba mengambil hatinya. Irdina berfikir mungkin tidak salah dia memberi peluang kepada Raid Ehsan.

Buk!

"Aduh!" Irdina menggosok kepalanya yang terkena bola yang dilambung Aqif. Lamunannya terus hilang.

"Aqif kenapa baling kat mama? Kesian mama." Raid Ehsan berkata sambil berjalan mendekati Irdina.

"Aqif tak sengaja. Sorry mama, sorry papa." Ujar Aqif dengan rasa bersalah. Dia turut mendekati Irdina.

"Sakit tak?" Raid Ehsan bertanya sejurus berhenti betul-betul di depan Irdina. Kepala Irdina digosok.

"Sikit je lah. Tak sakit pun." Ujar Irdina. Tangan Raid Ehsan yang sedang menggosok kepalanya dialihkan.

"Betul ni? Macam kuat je bunyi tadi."

"Tak kuat mana pun. Bola plastik je tu." Ujar Irdina jujur.

"Sakit tak mama?" Aqif bertanya.

"Tak... tak sakit pun." Jawab Irdina tersenyum.

"Pergi la main bola. Kesian adik sorang-sorang je kat situ. Aqif pergi temankan adik."

"Okey." Aqif pantas berlalu pergi. Aira yang sedang merangkak di atas tikar yang dihampar pada laman rumah berhenti merangkak bila Aqif datang dekat padanya.

"Betul ni tak sakit?" Raid Ehsan menyoal lagi.

"Betul la. Tak sakit langsung."

"Kat mana kena tadi? Sini ke?" Kepala Irdina di sebelah kiri digosok lagi.

"Dah tak sakit la." Irdina mengalih tangan Raid Ehsan. Risau sangat ke kat dia? Hati Irdina menyoal.

"Betul?"

"Betul lah. Awak pergi la temankan budak-budak tu."

"Kau nak pergi mana?"

"Nak masuk. Awak suruh saya kemas bilik yang tengah tu kan?"

"Tak payah lah. Duduk je sini."

"Tak payah kemas?"

"Sekejap lagi pun boleh kemas kan? Sekarang ni kau duduk sini dulu."

"Yelah." Irdina akur. Raid Ehsan senyum. Dia suka bila Irdina mendengar kata begini.








******






"Lusa Aira kena pergi klinik. Awak boleh hantarkan?" Irdina bersuara sejurus Raid Ehsan duduk di sebelahnya.

"Pergi klinik? Kenapa, Aira tak sihat ke?" Soal Raid Ehsan. Rasa risau mula hadir.

"Tak lah. Aira kan dah nak genap 12 bulan. Kena pergi klinik la."

"12 bulan? Setahun? Umur Aira dah setahun?" Tanya Raid Ehsan seperti tidak percaya.

RAID IRDINAWhere stories live. Discover now