SAKIT merupakan sebuah mini novel pertama author, menceritakan tentang kisah cinta seorang gadis yang penuh liku dan dugaan. Selepas satu, satu ujian menimpa hingga membuatkan hatinya semakin hilang keyakinan pada cinta.
Seringkali dia bertanya, apa...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Beberapa ketika berlalu, aku lupa tentang kawan sekolah Angah bernama Amin itu. Sangkaku, Angah mungkin bergurau sahaja jadi aku takda lah ambil pusing sangat tentang hal tersebut.
Tanpa aku duga, satu hari seorang lelaki menegurku di whatsapp. Memperkenalkan dirinya sebagai Amin. Jujurnya, aku terkejut kerana tidak menyangkakan Angah dan Haiza benar-benar serious dengan niat mereka.
Amin Assalamualaikum. Hai Amina 😊
Amina Waalaikumussalam Ya, saya Siapa ni ya?
Amin Saya Amin Kawan kakak awak dan Haiza Diorang ada bagitahu pasal saya kan?
Amina Oh, awak rupanya Maaf..saya tak tahu Ya, ada Angah bagitahu dulu Saya ingatkan dia bergurau je 😅
Amin Takpa Awak tak kisah ke Diorang kenalkan kita?
Aku okay ke? Ah, Amina. Kau single. Amin pun single. Apa salahnya cuba berkawan dulu? Bukan kena kahwin terus. Lagipun, sampai bila kau nak mengelak dari mengenali lelaki lain?
Amina Saya okay Tak salah kan kita cuba berkawan
Amin Betul..tak salah mencuba Fuh, lega saya bila awak boleh terima Risau juga kena reject sebelum start apa-apa
Aku ketawa membaca mesej dari Amin. Kelakar juga dia ni.
Amina Hehe😂 Takdalah awak Saya okay je ni
Amin Okay, good 🙂 By the way kita macam berjodoh Nama kita sama Amin..Amina🤭 Mula-mula tu ingatkan Haiza tipu Kata nama awak Amina Yelah, sebab macam kebetulan sangat kan
Amina Haa..itulah Saya pun mula-mula dengar nama awak Saya fikir Angah main-main Tak sangka pula memang sama Bezanya 1 huruf je kat hujung 🙈
Maka, bermulalah detik perkenalan aku dan Amin. Memandangkan aku sudah hampir ke penghujung pengajian aku di sini, kami hanya berhubung melalui whatsapp dan call sahaja.
Amin bekerja di Kuala Lumpur dengan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyelenggara aircond. Masih single, juga orang sama negeri denganku cumanya berlainan daerah.
Kata Angah dan Haiza, Amin ni budak baik masa kat sekolah dulu. Maklumlah ketua kelas, kena jaga perilakunya.
Melalui gambar-gambarnya di facebook dan instagram, aku boleh kategorikan Amin sebagai lelaki yang tampan. Tinggi, tidak terlalu kurus, kulit tidaklah terlalu cerah atau gelap. Just nice. Maskulin. Pandai bergaya. Luarannya, pakej lengkaplah orang kata.