Tiga Belas

1.7K 139 22
                                    

Promote story:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Promote story:

The Royal's by thecayyene

And

Ardhu Mahabbah by thezayann

...

Lama. Aku ambil masa yang lama untuk fikirkan semua ini. Dan aku rasakan inilah keputusan terbaik buat semua pihak.
Sepucuk surat di tangan, aku pegang kemas sambil melangkah menuju ke bilik Encik Zul.

Tok! Tok!

"Masuk," terdengar suara garau itu memberi izin. Pintu bilik itu kuak ke dalam.

"Haa..Amina. Ada apa?"

"Err..saya nak bagi ni.." balasku seraya menghulurkan sampul putih berkenaan. Berkerut wajah Encik Zul.

Sampul bertukar tangan. Kertas di dalam dibuka lalu dibaca oleh lelaki itu.

Beberapa saat kemudian, Encik Zul mengangkat wajah.

"Resign? But why?"

"Personal reason, encik. Maaf saya tak boleh nak bagitahu. Saya harap permohonan saya diluluskan," aku menjawab.

Tangan Encik Zul naik menyentuh pelipisnya. Kemudian, beralih ke dahi. Memicit sedikit. Kertas putih tadi diletakkan kembali di atas meja.

"2 weeks notice. Terlalu cepat sangat, Amina. Kenapa tak tunggu lagi sebulan? Mana saya nak cari replacement?"

"Saya minta maaf, Encik Zul. Saya terpaksa.."

"Hmm..kalau macam tu takpelah. Awak keluar dulu. Bagi saya fikir.."

"Terima kasih Encik Zul.."

Aku tidak tunggu lama lagi. Terus berpaling dan melangkah keluar dari bilik lelaki itu.

Beberapa hari kemudian, Encik Zul memanggil aku masuk ke pejabatnya. Alhamdulillah, permohonan aku diterima. Berat hati nak tinggalkan kerjaya aku di sini tetapi aku harus pertimbangkan pelbagai perkara lain.

Keputusan aku ini, Amin tak tahu menahu. Aku kalau boleh tak nak bagitahu dia. Aku takut aku kalah atau berat hati untuk tinggalkan dia di sini nanti. Aku takut aku berubah hati.

Teringat panggilan telefon dari Tiz semalam.

"Aku dah aturkan temuduga untuk kau kat ofis ayah kawan aku. Nanti bila kau datang sini, aku temankan kau pergi okay?"

SAKIT ©️Where stories live. Discover now