Sebelas

1.5K 143 27
                                    

Seminggu

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


Seminggu. Tiada lagi panggilan daripada lelaki tersebut. Aku sedikit lega tetapi tetap berjaga-jaga. Masih belum berkesempatan bertanyakan hal ini pada Amin. Lelaki itu sibuk dengan kerja luar. Jarang juga dapat berbual lama. Berjumpa apatah lagi.

Lagipun, perkara penting begini aku lebih selesa berbual sambil bertentang empat mata dengannya. Senang aku baca riaknya.

Sehinggalah suatu hari, lelaki misteri yang akhirnya terbongkar namanya sebagai Faizal menghubungi aku lagi. Kali ini lebih parah.

"Awak nak apa lagi, hah? Tak puas lagi ke kacau hidup saya?" Terus aku sembur je. Takut juga tapi aku gagahkan juga.

"Kau ni memang perempuan tak reti bahasa. Aku suruh kau putus dengan dia kan? Aku suruh kau tinggalkan Amin kan?"

"Aku dah takda apa-apalah dengan Amin. Tolonglah!" Hilang sudah panggilan sopan, saya awak. Bergantikan kata nama baru.

Faizal ketawa sinis.

"Kau ingat aku bodoh ke tak tahu korang masih bersama, hah?!" Herdiknya. Aku sedikit terkedu.

"Eh kau tolong cakap kat perempuan tu..aku takda apa-apa dengan Amin lah. Full stop!"

Kali ini ketawa Faizal lebih kuat. Gila ke dia ni?

"Amina. Amina. Aku ingat kau ni cantik, bijak. Rupanya takda otak! Kau percaya sangat si Amin tu? Okay, meh sini. Aku nak bagitahu kau satu benda pasal Amin.."

...

Kali ke sepuluh telefon aku berdering sejak dari pagi tadi. Aku abaikan. Aku tahu siapa yang call. Tapi aku belum bersedia nak jumpa dia lepas apa yang aku dengar dari Faizal.

Tok! Tok!

"Min, cik abang Min datang. Pergilah jumpa dia.."

Tidak mahu Angah mengesyaki apa-apa, aku bangkit perlahan-lahan meninggalkan katil.

Pintu utama aku kuak, wajah lelaki yang aku sayang berada di depan mata. Wajahnya penuh kerisauan.

"Sayang! Awak okay tak? Kenapa tak jawab call saya?"

"Okay.."

Dicapai tanganku. "Kenapa ni? Saya ada buat salah ke? Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf. Mungkin saya tak sedar.."

Ya Allah, dia lelaki yang baik. Takkan mungkin tergamak dia melakukan hal sedemikian.

"Takda apa. Saya okay je ni.."

"No. You're not. Saya kenal awak. Tell me. What's wrong, hmm?"

Aku pandang anak matanya dalam-dalam. Sudah bersediakah aku mahu mendengar penjelasan dari pihaknya?

Mampukah aku?

"Sayang.." Pipiku diusap perlahan dengan ibu jarinya.

Tak semena-mena air mataku menitik. Entah bila bertakung di tubir mata. Amin jelas sedikit panik. Terkejut aku menangis tiba-tiba.

SAKIT ©️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang