Lapan

1.4K 123 6
                                    

Hari Sabtu, aku bekerja separuh hari sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hari Sabtu, aku bekerja separuh hari sahaja. Sama seperti kebanyakan syarikat swasta lain. Jadinya, pukul 1 petang aku dah punch out dari office. Baru sahaja aku hidupkan enjin kereta, handphoneku berbunyi. Nama Amin tertera di skrin mengundang senyuman lebar.

"Hai.." sapaku sebaik sahaja talian bersambung.

"Hai, sayang. Buat ape tu?" Soalnya.

Amin sekarang ni selalu je panggil aku sayang. Aku pula dah mula menyesuaikan diri dengan panggilan tersebut. Tapi tetap juga hati berbunga setiap perkataan itu meluncur dari mulut Amin.

"Saya baru nak drive balik. Awak tak kerja ke?"

"Kerja. Half day. Ni pun nak ride balik juga," ujar Amin. Terdengar ketawa kecil darinya.

Irama yang aku kira indah buat halwa telingaku saat ini.

"Oh, awak dah lunch ke?"

"Belum. Kenapa? Nak ajak lunch date ke?"

Aku ketawa.

"Nak ke?"

"Mestilah nak. Tapi sorry, sayang. Saya dah janji nak jumpa member kejap lagi. Ni saje call awak. Nak dengar suara. Rindu.."

Lahai, ada orang rindu kita la awak!

"Takpa. Saya okay je.."

"Petang nanti saya ambil awak.."

"Err..nak pergi mana?"

"Adalah. Tak boleh bagitahu. Haha.."

"Yelah. Pukul berapa?"

"Lepas solat asar okay? Tak payah risaulah. Bukan saya nak culik awak pun.." usiknya.

Aku iyakan sahaja.

Seperti yang dijanjikan, Amin tiba di bawah pangsapuriku dengan pakaian yang santai. Tshirt roundneck hitam, berseluar pendek bawah paras lutut berwarna khakis dan bertopi. Tak pernah tak smart.

Aku lemparkan senyuman manis buatnya. Sama pula warna baju kami hari ni. Aku selesa berblous hitam kosong dipadankan dengan jeans dan tudung bercorak flora. Simple.

"Kita nak ke mana ni, awak?"

"Rahsia.."

Aku hadiahkan jelingan padanya. Amin ketawa sebelum mula meninggalkan perkarangan pangsapuri.

Tiba di sebuah taman, Amin melepaskan tali pinggangnya sebelum keluar dari kereta. Aku mengikut perbuatannya.

"Ni nama dia Taman Layang-Layang.." terangnya tanpa aku pinta.

"Oh.."

"Come.." gamitnya.

Amin melabuhkan duduknya di atas rumput. Aku pula mengambil tempat di sebelahnya. Duduk mengangkat lutut.

SAKIT ©️Where stories live. Discover now