DSMD 3

2.9K 135 3
                                    

"kau buat apa kat sini" mendatar suara garau tu menegur.

Aku  dongak nak lihat siapakah gerangan yang menegur aku.

Seorang lelaki tinggi lampai macam pokok kelapa sedang berdiri depan aku. Muka dia langsung tak ada senyuman dingin je. Sedingin yang aku rasa sekarang.

Aku tak tahu la berapa C° dah suhu sekarang nie. Sejuk nak mati.

aku pandang 2 lagi lelaki di belakang mamat muka dingin depan aku nie.

Cool je pakai hoodie. Hmmm untunglah ada hoodie tak la sejuk sangat. yang aku nie. Hanya mampu tersenyum.

"err aku tunggu hujan ni berhenti" jawab aku Mengigil.

Bukan aku takut ehhh aku dah sejuk tahap titanic nie.

Sekali lagi aku lirik jam tangan aku.

Dah pukul 6.34 petang. dah nak gelap betul ni. Aku nak balik macam mana.

"kau tak balik ke" soal mamat pakai hoodie merah tu. Aku tak tahu nama dia apa. Tapi dia nampak macam perna nampak...

Jap aku perah otak jap..

aku kecil kan mata.

Ohh ya aku ingat diorang nie kan hotstuff yang terkenal lah sangat tu...Apa nama diorang kuzo fahmi ngan siapa satu lagi...Arggg aku lupa pula.

"macam mana aku nak balik hujan ni tak bagi chance" jawab aku selambah.

Aku dah mula rasa hidung aku berair nie. Aduhh nie yang aku tak suka nie. Mesti lepas ni demam.

"Kau ikut kitorang balik je la" ajak mamat pakai hoodie grey.

Aku terdiam. Ikut diorang balik. Gila apa.

"alah tak ya risau la jom" kata mamat yang pakai hoodie merah. Ehh macam tahu tahu je dia yang aku nie sedang risau.

Tiba tiba tangan aku di tarik mengikuti langkah mereka.

"ehhh" aku nak tarik balik lengan aku tapi mamat muka dingin nie kuat betul pengang lengan aku.

Aku di tolak lembut masuk ke dalam kereta. Aku tak tahu kereta jenis apa sebab aku tak sempat proses maklumat.

"btw nama aku fahmi yang hoodie grey nie nama dia kennedy just call him ken yang sebelah kau tu nama dia kuzo" kata fahmi memperkenalkan diri.

Ouhh baru aku tahu mana satu fahmi mana satu ken dan mamat muka dingin nie kuzo.

Dingin masih terasa. Aku gosok lengan aku perlahan.

"so nama kau..." sengaja fahmi berhenti berkata.

"vie" jawab aku sepatah.

Fahmi angkat kening.

"itu je" ehhh lagak tak puas hati pula fahmi nie.

"veronica vie ilara" hah! kan fullname aku bagi kau .Hadam.

"kau form 5 kan" ken yang memandu tiba tiba menyampuk. Wah dia pun tak nak ketinggalan wehhh

aku angguk kepala. Aku tahu dia nampak.

"err korang. Rumah aku kat hujung tu" kata aku bila ken dah masuk kat taman rumah aku.

Aku turun dari kereta. Hujan masih gerimis.

"bye vie" fahmi dan ken melambai. Mamat muka dingin tu just tengok je aku.

aku lambai balik

Sebenarnya kepala aku dah mula berdenyut.

makin lama aku rasa makin terasa denyutan kat kepala aku nie.

Dia Si Muka DinginWhere stories live. Discover now