B,nnedick Xiamer

1.6K 78 12
                                    

"Tuan muda dah ready?" fiqky memandang anak majikannya yang masih berdiri tegak di hadapan pagar utama Semekap highschool.

"Dah" Jawab kuzo semangat. fiqky mengangguk perlahan. langkah di bawa mendekati tuan muda kuzo.

pejam celik pejam celik budak lelaki yang sentiasa tersenyum itu sudah menginjak umur 13 tahun. tak sedar masa berlalu begitu pantas.

dari umur 3 tahun dia menjaga budak itu. tak sangka sekarang anak majikannya sudah berusia remaja.

"Tuan muda..abang fiq nak cakap sikit nie"  kuzo kerut dahi. wajah di palingkan memandang wajah kacak Abang fiq.

"Lepas nie abang dah tak ada nak backup tuan muda.Tuan muda kena ingat semua perkara yang datang lepas nie tuan muda kena pandai atasi sendiri" jeda. kuzo memandang fiqky bingung.

"tuan muda dah remaja,dah besar, mesti pandai bezakan yang mana baik dan mana buruk. tuan muda kena pandai cari kawan tapi jangan cepat percayakan kawan" ujar fiqky lembut. Dia tahu anak majikanya itu seorang yang baik dan mudah di urus. tak cerewet.

"Abang nie buat kuzo takut je lah" kata kuzo. pelik dengan abang fiq hari ini.

seketika dia tergelak.

" Tak lah. Abang bagi nasihat je. Highschool nie macam macam boleh jadi. abang nak pastikan yang tuan muda pandai jaga diri. Kalau jatuh bangkit jangan tunjuk kat orang yang kita nie lemah.. okey lah dah dekat setengah jam berdiri kat sini. Masuk lah abang pergi dulu" fiqky tersenyum sebelum menghulurkan tangannya kepada kuzo.

kuzo hanya mengangguk dan hanya memandang kereta BMW milik fiqky meninggalkan kawasan sekolah.

kuzo tarik nafas dalam sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

Semekap Highschool tak lah sebesar sekolah elit. Tapi sekolah nie cantik.

kuzo berjalan mencari bangunan pejabat Am.

tapi kakinya berhenti tepat di hadapan dinding yang cat membentuk sebuah ayat.

kuzo tersenyum semangat.

Pelajar biasa, guru biasa dari sekolah harian biasa tapi mampu mencipta kejayaan luar biasa.

kuzo mengenggam kuat tangannya.Dalam hati sudah tertanam satu tekad.

kalau dia pelajar biasa yang belajar di sekolah harian biasa dan di ajar oleh guru biasa.. kuzo tersenyum penuh makna.

dia juga mampu mencipta kejayaan luar biasa. kata kata abang fiqky terbayang.

"Kuzo kena tunjukkan yang kuzo juga mampu berjaya tanpa bantuan family kuzo"

Kuzo pov.

yup aku kaya tapi...family aku je lah.

selamanya nie aku tinggal dengan abang fiq je. umur aku 3 tahun bonda terpaksa berpinda ke itali untuk menguruskan syarikat guaman.

aku dah terbiasa dengan abang fiq. tuan muda? huhu dah jadi kebiasaan diorang panggil aku tuan muda.

baru je nak masuk pejabat Am aku terlanggar seseorang. Dia pandang aku lama aku pun tak nak kalah renung dia balik.

1 saat

2 saat

3 saat

tiba tiba dia ketawa. pelik je aku tengok dia nie.

"kau pun nak masuk ke?" soal dia. aku angguk.

apa yang aku boleh cakap lah enn lelaki depan aku nie handsome, murah dengan senyuman, and ramah? kot.

Dia Si Muka DinginWhere stories live. Discover now