DSMD 19

1.6K 93 7
                                    

Pejam celik pejam celik sedar sedar je dah di pertengahan tahun. Maksudnya peperiksaan semester 1 akan bermula tak lama lagi. Bagi pelajar STPM Dan SPM semua dah sibuk dengan pelbagai bangkel menjawab. Gerak gempur lah dan sebagainya.

Yang pasti aku dah macam nak hilang otak dah. Ini baru gerak gempur. Jawab soalan klon spm pun aku dah giveup.

Hehe tak lah aku tak giveup pun.

aku penat! aku nak rehat. Dah dekat 5 pusingan padang nie aku pusing. Aku duduk di tepi padang. Aku tak kesah langsung bila junior ke senior ke guru ke yang nampak aku macam orang gila duduk sorang sorang kat sini.

Yang penting aku dapat duduk dan bernafas dengan tenang.

Dari jauh aku nampak Damia berjalan perlahan sambil memegang pinggang.

Penat kot. Dia pun ikut jogging tadi. Tapi tak tahu lah berapa pusingan. Sebab aku langsung tak tengok sekeliling aku.

Banyak betul aku fikir. Nak fikir tentang SPM lah tentang target lah. Orang kat rumah lagi. Dengan aktiviti keluarga untuk hujung tahun nie lagi. Dan tentang cousin aku yang akan berpindah ke semekap minggu depan.

tapi aku tak tahu lah yang dia cakap tu betul atau tak. Sebab sekolah dia dah cukup bagus kot kenapa nak pindah pula?

Dan kalau lah dia pindah kat sini dia nak tinggal kat mana? sedangkan keluarga dia semua kat sana.

Uncle aku pun guru kat sana.

Tapi kalau betullah dia berpindah kat sini. Mungkin dia tinggal kat rumah peninggalan arwah nenek kot. Sebab itu je rumah yang kosong.

Aku tak tahu.

"vie!" bahu aku ditepuk dari belakang.

Terkejut? memang!.

"hehe kau ada nampak damia tak?kuzo cari dia tadi" ken tersengih memandang aku.

"tu.." aku tunjuk ke arah damia yang masih berjalan sambil menundukkan kepala.

ken terus berlalu ke tempat damia.

Sejak kejadian hari tu. Aku langsung tak ambil tahu hal diorang. Entahlah..Aku tak rasa aku perlu muncul macam dulu dan menjadu penonton setia drama diorang.

Aku dah kembali kepada vie yang dulu. Vie yang tak perna sibuk dengan hal orang. Sibuk nak tahu perkembangan terkini semekap.

Tak. sedang kan DD dan izati sendiri cerita pun langsung tak masuk kat kepala otak aku

Macam tau. Sekarang kau dengar apa yang diorang cerita. Tapi lepas tu kau dah lupa apa yang diorang cerita.

Yess! itu aku.

Aku tak perna anggap serius setiap cerita yang keluar dari mulut diorang.

siapa guru baru. Siapa murid baru.Siapa yang menang. Siapa hotstuff semua tu aku tak perna nak tahu.

Tiada langsung tanda tanya dalam diri aku.

Lagipun apa yang aku dapat kalau aku tahu semua tu?

Tiada apa apa.

Kosong.

Hidup aku tak akan berubah.

...

So stop tanya aku benda yang aku tak tahu.

Aku pandang ken dan damia di hujung padang.

bahu aku angkat spontan.

Aku bangun dari duduk dan terus berlalu.

Dia Si Muka DinginWhere stories live. Discover now