DSMD 6

2.6K 133 3
                                    

"vie!!" izati berlari kearah aku sambil melambai kan tangan.

Automatik kaki aku berhenti daripada berjalan. tali beg aku genggam.

"kau nak apa" soal aku.

Yelah budak nie dari mana entah tiba tiba jerit nama aku. Nak aku nie famous ke macam mana?

izati yang baru sampai menarik nafas panjang.

"amboii kau vie makin sombong ehh" menjeling izati bila aku soal dia macam tu

Haha

"kau tengok muka aku..Ada aku kesah ke?" jari telunjuk aku bawa ke wajah.

izati sudah memuncung.

hah nie lagi yang sangat menghairankan Aku. Kenapa suka sangat nak muncung kan mulut tu. Ingat cute ke?

Tapi izati memang cute pun. Kenyataan okey.

Aku tak cakap izati cantik. Tapi aku cakap izati nie lebih kepada cute. Babyface gitu.

Lainlah macam DD sekali pandang macam cute. Dua kali pandang macam cantik. Tiga kali pandang dua dua ada hmmm.

"nie kau ikut kan kem tu" soal izati yang masih cuba mengstabilkan pernafasan.

Aku angguk saja. Malas lah nak keluarkan suara. Mahal nie. ada emas

"jom takyah masuk kelas. Kita kumpul kat dewan. kakak and abang fesi ada kat sana nak bagi taklimat" ujar izati.

Izati sudah menarik lengan aku. Alahai budak ni. Dia main tarik je.

aki dan izati beriringan masuk ke dalam dewan. masuk saja ke dalam semua mata memandang kitorang.

"kepada yang baru sampai sila beratur mengikut kelas masing masing!" lantang kakak tu bagi arahan ehh

Takut pula aku.

"ok sekarang kita ada dua tingkatan iaitu tingkatan 5 dan 6. Jadi esok pagi kita semua akan bertolak menaik 4 buah bas" beritahu kakak fesi tu.

Aku dan izati hanya diam mendengar.

esok? aku tak sedar yang esok dah nak kem. Cepatnya masa berlalu.

Apa je yang aku buat dengan hari hari yang lalu.

"di sana kamu akan di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Dan kumpulan akan dipilih secara rawak. Tak ada yang pilih kawan faham!"

Uiss garang betul kakak tu ehh.

"alahhh nie yang aku malas nie. Weii vie izati aku nak ngan korang" DD di sebelah aku tidak puas hati Dengan keterangan kakak fesi tadi.

"jadi sekarang untuk tidak membuang masa pada hari esok saya akan perkenalkan ajkt dan ajk perkemahan ini seterusnya membahagikan kamu semua kepada beberapa kumpulan. Harap kamu semua dapat beri kerjasama" kata kakak fesi tu.

"terlebih dahulu nama saya irine bagi sesiapa yang belum kenal siapa saya.Ok pengerusi bagi perkemahan kali ini saya perkenal kan kuzo"

Serentak itu suasana dewan yang tadi sunyi tiba tiba dipenuhi dengan tepukan dan suars suara gedik daripada pelajar perempuan.

aku memandang kosong ke arah kuzo yang sudahh berada di tengah pentas. Di tangannya terdapat beberapa kertas.

Sekarang tumpuan aku lebih kepada kertas tu.

"ken sebagai penolong dan ajkt keselamatan" irine memperkenalkan pula penolong dan ajkt keselamatan.

Suasana semakin menjadi jadi.

Dia Si Muka DinginWhere stories live. Discover now