DSMD 44

1.6K 83 3
                                    

Selimut aku selak. berjalan menghampiri pintu bilik. Dah dekat 3 hari aku tak keluar dari bilik. aku jadi takut nak keluar dari bilik. Makanan yang ibu hantar pun aku tak jamah langsung.

tak ada selera nak makan dalam keadaan bersalah.

Aku tahu. Ibu ayah dengan abang datang berjumpa dengan keluarga kuzo dan damia.

Yang buat aku sedih..Ibu dengan ayah sanggup minta maaf secara berdepan kat keluarga kuzo dan damia atas kesalahan yang aku tak perna buat.

Aku harap sangat semua nie mimpi tapi tak! ini realiti.

"veron..Kawan veron ada kat bawah. Pergilah tengok kejap" beritahu abang shah sebaik saja aku buka pintu bilik.

"takpelah.. Suruh je dia balik" kata aku lemah. Pintu bilik aku tolak perlahan untuk tutup. Abang shah mengeluh.

pintu bilik aku tutup rapat.

Tok tok tok

"abang veron tak ada mood nak..." kata kata aku terhenti bila nampak wajah mey betul betul depan aku.

Mey tolak aku masuk ke dalam bilik. Pintu bilik di tutup rapat dan dikunci.

Aku memandang mey. Tatapan kosong je yang mampu aku bagi. dah tak ada wajah beria nak jelaskan apa yang betul dan apa yang salah.

Katil aku tuju.

"aku nampak apa yang jadi vie" mey bersuara selepas duduk di bangku berdekatan meja belajar.

Aku tunduk. Tersenyum kelat. Mesti mey nampak yang aku tolak damia kan. Padahal aku tak tolak pun.

" aku nampak dari awal sampai akhir" sambung mey.

Aku terus mendongak memandang mey. Mey tersenyum memandang aku.

" aku percaya kat kau vie. Biarlah DD dengan izati salah faham kat kau. Atleast aku ada kat sini dengan kau." ujar mey.

Yup betul DD dan izati kecewa dengan aku. Diorang tak percaya kat aku. Diorang layan salah faham tu.

Semua orang...

"kuzo.." aku terhenti bila mey mencelah.

"sokey vie. Just abaikan." kata mey. Bahu  aku dipeluk erat. Cuba bagi semangat kat aku.

"dia mungkin tak maaf kan aku mey. diorang dah fikir aku yang tolak damia. Lagi lagi damia masa tu mengandung" aku tunduk. Tangan aku mengeletar kembali.

Selepas kejadian di hospital hari tu. Aku langsung tak dapat berita dari damia.

" vie kau tak boleh macam nie"kata mey memujuk.

"aku rasa aku tak patut ada kat sini mey. Diorang tak nak tengok aku ada kat sini lagi." pedih. Perit aku nak buat keputusan nie.

Tapi aku rasa nie yang terbaik. Untuk diorang tak nampak aku lagi. Mesti rosa akan bersorak gembira kan. Tak pe lah .

"vie kau jangan nak buat kerja gila" marah mey. Aku gelang. Tak!

Aku tak buat kerja gila. Aku just nak tenangkan fikiran.

"aku nak pergi sabah mey. Kat tempat Aael." kat sana je aku boleh tenang. biarlah diorang terus salahkan aku.

"kau nak tinggalkan aku ke vie" sayu suara mey. Aku tunduk

"kalau aku kat sini. Aku akan tetap terserempak dengan diorang mey. Kuzo dah beri amaran kat aku untuk tak tunjuk muka kat dia. Takpe lah ini je cara yang aku ada. Lagi pun aku taknak hubungan rapat keluarga aku dengan keluarga diorang renggang di sebabkan aku" aku pandang mey.

Dia Si Muka DinginWhere stories live. Discover now