CHAPTER 6

81.8K 2.5K 69
                                    

Bella gelisah duduk berseorangan di bangku halaman rumah agam Puan Sri Kirana. Tengku Daniel akan tiba bila-bila masa sahaja. Hari ini dia akan diperkenalkan sebagai date kepada seorang billionaire yang digeruni dan sungguh berkuasa.Lama Bella duduk dan walaupun jam sudah menginjak 8.30 malam,Bella sudah berpeluh menandakan betapa takutnya dia sekarang.

Lebih kurang 20 minit Bella menunggu,Bella melihat 5 buah kereta SUV mengiringi sebuah kereta mewah iaitu Lamborghini Urus. Bella tahu mengenai kereta tersebut kerana dia melihat kereta tersebut di dalam televisyen. Tidak hairan jika Tengku Daniel mampu untuk membelinya.

 Tidak hairan jika Tengku Daniel mampu untuk membelinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keluar susuk tubuh sasa yang ditunggu Bella. Tidak dinafikan Tengku Daniel nampak sangat segak dan handsome. Tapi di sebaliknya wajahnya itu,Bella tahu yang Tengku Daniel pasti ada muslihatnya tersendiri.

"You look beautiful. This gown suits your skin." kata Tengku Daniel sambil mengelus tangan mulus dan gebu milik Bella. 

'Haram! Aunty tolong Bella!' Hati Bella memberontak.

Bella yang tidak selesa dengan perlakuan tersebut segera menarik tangannya tetapi genggaman tangan Tengku Daniel menjadi lebih erat. Bella memandang wajah Tengku Daniel yang berubah menjadi tegang. 

"Never do that again! This time I'll let you go. I can touch you anywhere and anytime. You are mine to touch. Do as I say and you will be happy. Just a reminder, stick with me at the ball. Don't go anywhere. If anyone touch you, report to me. Do you understand?"

"Crystal clear" Bella berkata perlahan.

Bella masuk ke dalam kereta mewah tersebut. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam kereta mewah. Seat kulit serta kulit lembut kerusi tersebut membuatkan dirinya terasa kecil. Lelaki disebelahnya mampu memiliki segalanya dalam sekelip mata. Jika hendak dibandingkan dengan dirinya ibarat langit dengan bumi.
........................................................

Sepanjang perjalanan,Bella terasa janggal. Dia hanya mendengar Tengku Daniel bercakap di telefon dalam bahasa asing. Yang dia hanya fahami adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tengku Daniel memarkir kereta mewahnya di lobi hotel mewah tersebut. Kunci kereta diserahkan kepada pengawal peribadinya. Dia lebih mempercayai pengawal peribadi untuk menguruskan keretanya. Tangan mulus Bella dicapai dan dilingkarkan ke tangannya. Dalam tak sedar,Bella menggenggam erat tangan Tengku Daniel dek kerana stiletto yang dipakainya. Dia khuatir jika dia terjatuh dan memalukan Tengku Daniel. Bukan kehendaknya untuk memakai kasut sebegitu,ianya pilihan Tengku Daniel. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
YOU ARE MINE (#1): WANTED BY THE DEVILWhere stories live. Discover now