CHAPTER 7

76.4K 2.2K 32
                                    

Hari ini Bella mula bekerja seperti biasa. Puan Sri Kirana berserta suaminya telah selamat mendarat pada waktu subuh waktu tanah air. Seperti biasa Bella akan mengemas dan menyapu bahagian dalam dan luar butik untuk memastikan butik kelihatan kemas dan setara dengan kemewahannya.

'Ting'. Mendengar bunyi loceng tersebut,Bella terus menekan satu button di kaunter untuk membuka pintu. Bella melihat sepasang pasangan masuk ke dalam. Yang lelaki segak bergaya namun baginya Tengku Daniel Marco lebih seksi dan segak manakala yang perempuan hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksinya pakaian wanita tersebut.

 Yang lelaki segak bergaya namun baginya Tengku Daniel Marco lebih seksi dan segak manakala yang perempuan hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksinya pakaian wanita tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I cari Puan Sri Kirana, dia ada tak" tanya wanita itu penuh sombong.

"Maaf cik,Puan Sri Kirana dia sekarang masih lagi dalam cuti. Tapi tak apa,saya ada,saya boleh bantu cik. Cik cari apa?"

"I nak you cari baju I cepat. Jangan lembab sangat. My fiance ada kerja lepas ni" kata wanita itu sambil menyerahkan resit yang tertulis jenis kain dan bajunya.

Bella segera pergi ke bahagian baju tempahan dan mengambil baju milik wanita itu. Sekembalinya dia ke pasangan tersebut,Bella melihat satu adegan yang tidak patut dia lihat. Bercumbu-cumbuan di depannya! Ish! Menjijikkan!

"Ehem..."

Terhenti perbuatan mereka apabila Bella berdehem. Wanita itu hanya memberi reaksi biasa manakala lelaki tersebut memandang ke arah Bella dengan penuh senyuman nakal.

"Bak sini baju I" . Wanita tersebut terus ke fitting room meninggalkan Bella dan tunangnya.

"Did I turn you on miss? I know you want to do it. Just tell me and I will do exactly the same". Lelaki tersebut mula mendekati Bella dan Bella sudah diselubungi ketakutan memandang mata nakal lelaki itu. Mata lelaki itu meliar di sekitar tubuh Bella lagi-lagi bahagian dada dan pinggulnya.

"I want to taste you badly. I want to touch your body badly!" 

'Pak!

Bella menampar kuat pipi lelaki tersebut sehingga berdarah di hujung bibirnya. Tunangnya yang kebetulan keluar daripada fitting room tersebut terkejut melihat tindakan Bella.

"Hoii perempuan! Kenapa kau tampar tunang aku. Kau dah gila ke?!". Perempuan tersebut meluru ke arah tunangnya dan mengusap-usap pipi tunangnya.

"Ni ha perempuan ni sayang. Dia cuba goda I. I tolak dia lepastu dia terus tampar I"

"Encik jangan nak menipu. Encik yang gatal sangat. Tak senonoh!" Bella menghamburkan kata-katanya. Kini giliran Bella pula ditampar oleh wanita tersebut. Terteleng kepala Bella menerima tanparan wanita tersebut. Lelaki tersebut hanya memandang dengan senyuman sinis.

'Rasakan kau perempuan. Jual mahal sangat dengan aku' hatinya ketawa jahat.

"Aku batalkan tempahan baju aku. Aku akan saman butik ni dengan kau sekali. Pandai-pandai lah kau jawab dengan Puan Sri Kirana. Sebagai balasan aku akan ambil baju ni free of charge"

YOU ARE MINE (#1): WANTED BY THE DEVILWhere stories live. Discover now