5 Tahun kemudian....
"Tahniah sayang" Puan Sri Kirana memeluk erat tubuh langsing tersebut kerana terlalu gembira. Hari ini merupakan hari gembira buat mereka. Setelah berhempas pulas,Bella berjaya graduate akhirnya. Dia bangga terhadap dirinya.
"Jom sayang, Aunty belanja. Bella cakap dengan Aunty apa yang Bella nak, Aunty akan tunaikan"
Bella terlalu gembira. Akhirnya,dia berjaya buktikan pada diri sendiri dan pada dunia bahawa dia mampu untuk menjadi yang terbaik serta berjaya. Kini Bella mampu untuk berdikari dan menjadi seorang wanita yang bekerjaya.
........................................................................
'Ting.Ting'
Kedengaran satu mesej masuk dalam telefon milik Puan Sri Kirana. Puan Sri Kirana membuka mesej tersebut dan hatinya berdebar-debar apabila melihat nama anaknya sebagai pengirim mesej tersebut. Mesej tersebut tertera ayat 'It's time mummy' membuatkan Puan Sri Kirana terkejut.
"Aunty, kenapa muka Aunty pucat? Aunty tak sihat ke? Kalau tak sihat kita boleh balik dulu" Bella mengelus lembut tangan tua tersebut.
"It's Daniel"
Mendengar nama tersebut terus terkaku seluruh tubuh Bella. Sangkaannya,di Dubai lelaki tersebut telah berjumpa dengan wanita yang lebih cantik dan lebih sesuai berbanding dirinya tetapi sangkaan Bella meleset sama-sekali. Ternyata lelaki tersebut masih setia kepada dirinya.
"I thought he forgot about what he said 5 years ago,but I was wrong about that. He still nak you juga Bella. Uncle dengan Aunty ingat bila kami hantar dia ke sana dia akan lupakan kamu"
Bella menghela nafas panjang. Nampaknya dia tidak akan terlepas daripada cengkaman jutawan tersebut. Namun yang paling dia takutkan jika lelaki tersebut mengetahui bahawa dirinya sudah jatuh cinta dengan lelaki lain di kolej. Sepanjang tempoh 5 tahun,Bella akui dia sudah jatuh cinta dengan jejaka yang dianggap hot di kolej. Dia terus lupa kepada Tengku Daniel.
"You know I love another man right Aunty? How Bella nak lari daripada dia Aunty?"
"Aunty akan bincang dengan Uncle dulu pasal perkawinan kamu dengan Faiz. Apa-apa hal nanti, Aunty akan beritahu"
.........................................................................
Tengku Daniel tersenyum lebar. Hari ini,dia sudah bebas daripada kerjanya di Dubai dan dia akan pulang ke pangkuan Bella. Sudah 5 tahun dia tidak bersemuka dengan wajah tersebut. Pasti lebih matang dan lebih cantik. Dia berharap Bella sudi menerima dirinya. Lagipun, bagi Tengku Daniel inilah masa yang sesuai untuk dia berkahwin. Dia sudah pun berumur 30 tahun dan Bella 28 tahun. Dia sangat-sangat bersedia untuk menjadi seorang suami dan ayah.
'Be ready baby. I'm coming for you'
.........................................................................
"Kalau korang nak tau,Bella tu memang bodoh. Kau ingat aku nak sangat ke perempuan macam tu. Lagipun kita dah bet kan,kalau aku boleh tidur dengan dia dan dapatkan dara dia aku akan menangkan?" kawan Faiz yang lain tersenyum jahat.
"Kau ni Faiz, Karisa kau nak, Bella pun kau nak sebat?" Faiz tertawa sinis sambil meneguk arak ditangannya.
Faiz tersenyum jahat memandang rakannya yang lain. Tika ini, dia berada di kelab malam untuk melepaskan tekanan. Masakan dia hendak perempuan seperti Bella. Pegang sikit tak boleh apatah lagi hendak membawa Bella ke kelab malam. Lagipun dia sukakan perempuan yang seksi dan bukannya perempuan seperti Bella yang hanya berbaju kurung sepanjang masa. Dia akan pastikan maruah Bella jatuh di tangannya.
"You will be mine Bella."
YOU ARE READING
YOU ARE MINE (#1): WANTED BY THE DEVIL
Romance"Lepaskan saya Tengku"- Bella Safiya "For how many times that I have to remind you that you are mine baby. I've told you before that you can't escape me baby. Don't do anything stupid baby or I will make you regret your own decision. You don't want...